2 tahun lepas, sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Wira di Jalan Lingkaran Tengah, berhampiran Ampangan, Seremban.
Hari ini, R Santhi, 52, yang merupakan pemandu Proton Wira terbabit dilaporkan menang kes tuntutan sivil terhadap pemandu kereta perisai Gempita AV8 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merempuh kereta yang dipandunya pada tahun 6 Ogos 2019.
Majistret Naziah Mohd Alias membenarkan tuntutan sivil R Santhi dengan sepenuhnya bagi ganti rugi khas dan am termasuk faedah dan kos.
Naziah memutuskan bahawa defendan cuai sepenuhnya dalam kemalangan yang berlaku pada 4 Ogos 2019 selepas meneliti segala keterangan yang dibicarakan.
Peguam, N Naresh berkata, keputusan itu memberi keadilan kepada anak guamnya selepas lebih dua tahun terbabit dengan kemalangan berkenaan dan bukannya semata-mata kemenangan berkaitan ganti rugi yang dituntut.
"Saya berpendapat, kenderaan berat seperti kereta perisai yang mempunyai sudut pandangan terhad perlu diiringi pengawal trafik daripada ATM atau dibantu polis trafik untuk kawalan lalu lintas.
"Secara tidak sengaja, pihak berkuasa yang sepatutnya mempertahankan rakyat boleh mencederakan rakyat sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil," katanya ketika ditemui media.
Menurut Naresh, sekiranya tidak dapat memperuntukkan pengawal lalu lintas untuk konvoi seperti itu, sekurang-kurangnya, jalan raya yang digunakan untuk konvoi seharusnya ditutup bagi kegunaan kenderaan awam.
Naresh berpendapat, sudah tiba masanya ATM meneliti semula prosedur konvoi yang membabitkan kenderaan besar seperti kereta perisai Gempita supaya tidak mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
"Sekiranya ada kawalan trafik daripada polis ataupun ATM sendiri, kemalangan itu semestinya tidak akan berlaku," katanya.
Baca: Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}