Seorang lelaki pemandu Honda Civic EK maut sementara seorang penumpang dipercayai rakannya cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Melayu Subang menghala Bukit Jelutong, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pada kejadian jam 4.20 pagi itu, mereka dari Kampung Melayu Subang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.
Pemandu berusia 22 tahun itu ingin menghantar rakan wanitanya berusia 20 tahun pulang ke rumah," katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Mangsa, Muhammad Daniel Aifiq, 22, dilaporkan tersepit dalam kemalangan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling manakala rakannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Baca: Video: Toyota Avanza hilang kawalan, pemandu maut rempuh Plaza Tol Kubang Semang
Baharudin berkata, kenderaaan jenis Honda Civic EK yang dipandu oleh lelaki itu disyaki telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan di sebelah kiri jalan dan telah berpusing ke arah bertentangan.
Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066 744," katanya.
Baca: Pemandu lawan arus punca 807 kemalangan tahun ini, catat sekitar 3 kes maut setiap bulan!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}