window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu lawan arus punca 807 kemalangan tahun ini, catat sekitar 3 kes maut setiap bulan!

Haris ยท Sep 28, 2021 03:00 PM

Pemandu lawan arus punca 807 kemalangan tahun ini, catat sekitar 3 kes maut setiap bulan! 01

Terdapat 807 kemalangan yang melibatkan kenderaan yang melawan arus sejak Januari tahun ini, berdasarkan statistik daripada Kementerian Dalam Negeri.

Jumlah yang membimbangkan itu didedahkan oleh Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan di dalam sidang dewan rakyat hari ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Dari jumlah itu, sebanyak 29 kematian dicatatkan, 17 kes mengalami kecederaan serius, 49 kecederaan ringan dan 712 kes melibatkan kerosakan," ujar beliau.

Tambah Wee lagi, kemalangan yang diakibatkan oleh pemandu yang melawan arus ini berkait rapat dengan faktor manusia, seperti memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol, memandu laju atau kurang fokus kerana penggunaan telefon bimbit dan aplikasi navigasi jalan raya .

"Kebelakangan ini, kebanyakan insiden melibatkan pemandu mabuk atau yang positif dadah meningkat dan isu ini semakin membimbangkan," katanya kepada Dewan Rakyat pagi ini.

Pemandu lawan arus punca 807 kemalangan tahun ini, catat sekitar 3 kes maut setiap bulan! 01

Wee turut menjelaskan bahawa terdapat 2 jenis senario di mana pemandu melawan arus lalu lintas.

Dalam kes pertama di mana ia berlaku di jalan raya berganda dengan pembahagi jalan, mereka yang bergerak melawan arus lalu lintas berkemungkinan besar berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Untuk situasi kedua pula iaitu semasa berada di jalan raya tunggal tanpa pembahagi jalan, pemandu berkemungkinan besar melawan arus untuk memotong kenderaan hadapan lalu menyebabkan kemalangan.

Pemandu lawan arus punca 807 kemalangan tahun ini, catat sekitar 3 kes maut setiap bulan! 02

Dr Wee juga mengatakan bahawa kemalangan jalan raya yang melibatkan individu yang berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol telah menurun sedikit berikutan hukuman yang lebih berat berdasarkan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Berdasarkan data yang kami terima, dari Januari hingga Julai tahun ini, jumlah kemalangan kereta yang membawa kepada maut adalah sebanyak 2,560 kes.

"Dari jumlah itu, 11 kes yang melibatkan kematian adalah disebabkan oleh pengaruh alkohol dan dadah," tambahnya.

Pemandu lawan arus punca 807 kemalangan tahun ini, catat sekitar 3 kes maut setiap bulan! 03

Antara kes yang mendapat perhatian umum

Beliau turut mengarahkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk melakukan kajian, yang kini sedang dijalankan, mengenai kesan hukuman yang lebih berat bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

"Apa yang kita dapati, hukuman penjara mandatori berjaya berfungsi sebagai pencegah kepada pemanduan di bawah pengaruh alkohol."

Dr Wee menegaskan bahawa terdapat perubahan dari segi pemikiran berbanding sebelum ini di mana ramai yang akan memandu pulang setelah mengambil minuman beralkohol.

"Ini adalah antara langkah yang diambil kementerian untuk mencegah kemalangan maut," katanya.

Kes melawan arus:

Bakal kenakan hukuman gantung untuk pemandu Triton lawan arus di Lebuhraya Persekutuan

Toyota Vios lawan arus sejauh 3 km di Lebuhraya KESAS, pemandu sah positif alkohol

Myvi lawan arus di MEX: Pemandu dihukum penjara, denda, hilang kelayakan lesen

Bengang ditegur lawan arus jalan sehala, warga emas OKU ugut guna sabit

Akibat melawan arus, Toyota Corolla Altis dirempuh Honda City sampai remuk!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda