window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Myvi lawan arus di MEX: Pemandu dihukum penjara, denda, hilang kelayakan lesen

Mersita · Sep 14, 2021 03:15 PM

Myvi lawan arus di MEX: Pemandu dihukum penjara, denda, hilang kelayakan lesen 01

Pemandu Perodua Myvi kelabu yang memandu secara melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menghala ke Putrajaya pada 4 September lalu dijatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda RM 8,000.

Pemandu berusia 24 tahun yang juga bekerja sebagai ejen insuran itu juga hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan. Hukuman ini dijatuhkan mengikut Seksyen 42(1)1987 Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan merbahaya.

Myvi lawan arus di MEX: Pemandu dihukum penjara, denda, hilang kelayakan lesen 02

Sumber: JSPT Kuala Lumpur

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata tertuduh akan dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hukuman keatas tertuduh dijatuhkan di Mahkamah Trafik Jalan Duta hari ini.

Tindakan memandu secara lawan arus oleh pemandu Myvi berkenaan mengakibatkan kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira yang cuba mengelak. Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Mex Seri Kembangan, Myvi tersebut didapati dipandu melawan arus menghala ke Kuala Lumpur bermula dari kawasan rehat dan rawat (R&R) Seri Kembangan.

Video kejadian tersebut yang dirakam orang awam mula tular di media sosial sejak 4 September lalu dan ia mengundang pelbagai reaksi kurang senang dari warganet.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda