window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Merendah diri, Menteri Agama selamba guna Perodua Axia sebagai kereta harian

Mersita · Dec 5, 2022 06:00 PM

Merendah diri, Menteri Agama selamba guna Perodua Axia sebagai kereta harian 01

Gambar hiasan

Bila terlihat saja kereta mahal di jalan raya, mesti ramai yang pantas menganggap ia milik orang kaya atau orang kenamaan yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Lain pula kisahnya dengan Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, yang dikatakan selamba memandu Perodua Axia ke sana ke mari.

Seperti ramai sedia maklum, Perodua Axia adalah kereta serba baru yang paling murah dijual di pasaran. Sifat merendah diri Menteri Agama yang baru dilantik dalam pimpinan baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diceritakan oleh seorang pengguna FB, Abdel Rahmanov, yang pernah bekerja di CIMB Islamic manakala Dr. Mohd Na’im pula penasihat syariah syarikat berkenaan.

 

Menurutnya, semasa di CIMB Islamic, Dr. Na’im menghadiri mesyuarat dengan menaiki kereta jenis Mercedes. Namun, tanggapannya tentang kemewahan Dr. Mohd Na’im yang juga memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie mula berubah apabila dia perlu menghantar dokumen penting kepada beliau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Selepas Isyak, saya menunggu beliau di stesen minyak Petronas Prima Saujana. Saya menunggu beliau dan mencari kereta Merc beliau tetapi tidak muncul-muncul.

Merendah diri, Menteri Agama selamba guna Perodua Axia sebagai kereta harian 01

“Kemudian beliau mesej saya bahawa beliau sudah sampai dengan kereta Axia. Saya masuk ke kereta Axia beliau sambil tergelak. Saya kata, “Ingatkan kereta Merc". Dato' Naim sambil ketawa berkata, "Man..  ini lah kereta saya pakai.",” nukilnya Abdel Rahmanov di status FBnya.

Juga baca: Anwar tolak Mercedes S600 "bukan perkara luar biasa", Ismail Sabri pun guna kereta lama?

Selain itu, dia juga berpendapat bahawa Dr. Mohd Na’im merupakan seorang ikon dalam bidangnya dan mempunyai peribadi hebar, tutur kata yang lembut, mudah tersenyum, tidak gemar menyusahkan orang lain, serta merendah diri.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda