window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Konsep Daihatsu Ayla Sport di GIIAS Indonesia ini khas untuk mengilham modifikasi yang kekal selamat

Faisal · Aug 17, 2023 04:30 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Konsep modifikasi ini dibina oleh Mark Widjaja iaitu Ketua Reka Bentuk PT ADM dan pasukannya dan ia direka untuk memberi inspirasi buat pemanduan harian dalam kalangan pengguna Ayla.

Menariknya, penerapan elemen pada Ayla Sport ini dikhaskan untuk memberi ilham modifikasi tanpa menjejaskan tahap keselamatan dan keselesaan.

Konsep Daihatsu Ayla Sport di GIIAS Indonesia ini khas untuk mengilham modifikasi yang kekal selamat 01

Berdasarkan apa yang dapat dilihat, terdapat sentuhan warna dwi-tona oren dan hitam, DRL tanbahan, gril lebih kilat, lampu unik, rim berwarna oren bersaiz 15 inci, tayar semi-slick dan suspensi lowered sebanyak 30 mm.

Jelas Mark, “Walaupun lebih rendah, empat orang masih dapat rasa selesa dan modifikasi yang menukar bahagian spring (tanpa potong) ini dapat menjadikan kereta lebih selamat dan stabil. Secara amnya, kami menggunakan Ayla sama dalam pasaran dan kalau anda perasan, warna oren juga ada dijual. Disebabkan ini, kami dapat mempertingkatkan lagi eksterik dan komponen kereta ini”.

Konsep Daihatsu Ayla Sport di GIIAS Indonesia ini khas untuk mengilham modifikasi yang kekal selamat 02

Untuk bahagian dalam pula, Ayla Sport menampilkan aksen oren pada bahagian stereng, papan pemuka, trim pintu dan konsol tengah. Tempat duduknya sendiri dibuat oleh bahan separa-kulit dan selain jahitan, terdapat sulaman Ayla Sport berwarna oren.

Apapun, konsep ini kekal dengan enjin 1.2L NA (88 PS, 113 Nm) kerana ia berasaskan varian 1.2 R CVT.

Juga bacaPerodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik?

Kredit foto: AutoFun ID

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda