window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu sasar pelancaran xEV pertama di Indonesia menjelang 2025 - akan guna asas Ayla/Axia?

Faisal · Jul 24, 2023 05:54 PM

Daihatsu sasar pelancaran xEV pertama di Indonesia menjelang 2025 - akan guna asas Ayla/Axia? 01

Anda mungkin tahu bahawa Toyota sedang giat memperkembangkan elektrifikasi di Indonesia dan ini dapat dilihat melalui pelancaran Toyota Yaris Cross Hybrid, Toyota Innova Zenix Hybrid dan Toyota bZ4X.

Daihatsu sasar pelancaran xEV pertama di Indonesia menjelang 2025 - akan guna asas Ayla/Axia? 02

Kereta Daihatsu ke 8 juta yang dipasang di Indonesia adalah Terios facelift.

Dalam acara sambutan kenderaan Daihatsu ke 8 juta yang dipasang di sana baru-baru ini, Kementerian Industri Indonesia, Agus Humiwang Kartasasmita berkata bahawa jenama Daihatsu akan melancarkan model elektrik menjelang tahun 2025. Katanya, “Kerajaan menggalakkan PT Astra Daihatsu Motor (ADM) untuk menawarkan kenderaan elektrifikasi (xEV) di Indonesia menjelang 2025”.

Juga bacaDaihatsu Indonesia lancar Terios facelift, kini dengan Apple CarPlay/Android Auto - klu awal Perodua Aruz 2023?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daihatsu sasar pelancaran xEV pertama di Indonesia menjelang 2025 - akan guna asas Ayla/Axia? 01

Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Perancangan Korporat ADM, Sri Agung Handayani memberitahu OtoDriver bahawa pengeluar itu merancang untuk mencapai matlamat kerajaan dengan melancarkan model xEV dalam masa yang diberi.

Sri mengulas, “Kami berminat untuk melancarkan model xEV baru menjelang 2025. ADM akan melihat sama ada elektrik atau hybrid lebih relevan buat masa sekarang”.

Daihatsu sasar pelancaran xEV pertama di Indonesia menjelang 2025 - akan guna asas Ayla/Axia? 02

Bagi anda yang belum tahu, Daihatsu telah mempamerkan kereta konsep elektrik penuh (EV) melalui Ayla generasi lalu di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022. Kereta itu menggunakan pek bateri 32 kWj dan motor elektrik 60 kW. Menariknya, kapasiti bateri itu adalah yang terbesar dalam segmen A.

Juga bacaKereta konsep Daihatsu Ayla EV didebut di Indonesia, Axia EV boleh jadi kenyataan?

Daihatsu sasar pelancaran xEV pertama di Indonesia menjelang 2025 - akan guna asas Ayla/Axia? 03

Secara amnya, xEV pertama Daihatsu di Indonesia mungkin berasaskan Xenia tetapi ia mungkin juga hybrid. Lagipun, media Indonesia pernah membuat spekulasi bahawa Toyota sedang membangunkan versi hybrid buat Veloz yang mana ia mungkin dilancarkan seawal GIIAS 2023 pada Ogos ini.

Menurut laporan rakan AutoFun ID kami, model hybrid Toyota ini mungkin berharga sekitar 300 juta IDR (~RM 93k).

Daihatsu sasar pelancaran xEV pertama di Indonesia menjelang 2025 - akan guna asas Ayla/Axia? 04

Apapun, menurut OtoDriver, xEV pertama Daihatsu akan menggunakan asas dari Ayla. Secara tidak langsung, persoalan pasti tertimbul sama ada Axia kita nanti akan ada versi elektrifikasi atau tidak.

Juga bacaToyota akan memperkenalkan model hibrid baru di GIIAS 2023 - mungkinkah Toyota Veloz Hybrid?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia