window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta konsep Daihatsu Ayla EV didebut di Indonesia, Axia EV boleh jadi kenyataan?

Mersita Β· Aug 11, 2022 06:00 PM

Kereta konsep Daihatsu Ayla EV didebut di Indonesia, Axia EV boleh jadi kenyataan? 01

Di Gaikindo Indonesia International Auto Show (2022 GIIAS) yang baru saja membuka tirainya hari ini, Daihatsu menayangkan satu model konsep yang menarik perhatian ramai iaitu Daihatsu Ayla EV. Ayla turut dikenali sebagai Perodua Axia di Malaysia.

Perbezaan utama antara kereta konsep ini dan Ayla/Axia biasa ialah sistem pendorongnya. Jelas pada namanya, Ayla EV ini berkuasa elektrik – digerakkan oleh motor elektrik 60 kW yang dikuasakan oleh pek bateri 32 kWh.

Sebagai perbandingan, pek bateri 32 kWh ini adalah antara yang terbesar di kalangan kereta-kereta segmen A. Opsyen pek bateri terbesar bagi Wuling Mini EV ialah 26 kWh, manakala pek bateri Nissan Sakura EV ialah 20 kWh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Axia elektrik? Daihatsu Ayla EV mungkin didebut di GIIAS 2022

Kereta konsep Daihatsu Ayla EV didebut di Indonesia, Axia EV boleh jadi kenyataan? 01

Secara visualnya, Ayla EV diberi sepasang lampu hadapan unik dengan perincian lampu kuning. Perincian rona sama juga boleh dilihat di jejaring hadapannya dan di sepanjang garisan tingkap dari sudut sisi yang menjalar ke arah ‘spoiler’ belakang. Bahagian belakang EV konsep ini juga memaparkan sepasang lampu brek berbentuk unuk, dengan elemen pencahayaan yang berterusan ke bahagian pintu butnya.

Selain itu, rekaan baru juga dapat dilihat pada bampar hadapan dan belakang. Memandangkan ia sebuah EV, bampar hadapannya tertutup kemas dan rapi kerana ia tidak perlu penyejukan seperti kereta berenjin pembakaran (ICE) biasa. Muka hadapannya yang tertutup rapi juga mengurangkan ‘drag’ dan ini boleh meningkatkan jarak perjalanannya dalam sekali cas.

Kereta konsep Daihatsu Ayla EV didebut di Indonesia, Axia EV boleh jadi kenyataan? 02

Ayla EV ini juga dipasang dengan kamera kecil di kedua-dua belah sisinya bagi menggantikan cermin sisi lebih besar yang ada pada Ayla/Axia biasa. Video dirakam kamera ini distrim secara langsung ke sepasang skrin monitor di dalam kabin, seakan-akan Honda e.

Kereta konsep Daihatsu Ayla EV didebut di Indonesia, Axia EV boleh jadi kenyataan? 03

Bagi kabinnya, kereta konsep Ayla EV ini dipadatkan dengan skrin meter digital sepenuhnya dan juga stereng yang dibawa masuk dari Daihatsu Rocky/Perodua Ativa. Perincian kuningnya juga menghiasi ruang dalaman ini – seperti yang boleh dilihat pada butang ‘push start’ enjinnya, salur penghawa dingin di sekelilingnya, dan juga pada karpet.

Juga baca: Toyota Vios generasi baharu direka oleh Daihatsu, komponen Perodua - ini persamaan dengan Ativa!

Bagaimana pula dengan Malaysia?

Kereta konsep Daihatsu Ayla EV didebut di Indonesia, Axia EV boleh jadi kenyataan? 04

Foto: Shavinish Nash

Di Malaysia, walaupun Daihatsu Ayla bersaudara dengan Perodua Axia, Perodua mungkin tidak akan menawarkan Axia EV dalam masa terdekat kerana EV bukanlah keutamaan syarikat itu buat masa ini, sebaliknya hibrid.

Dalam perkembangan lain, Perodua telah mengesahkan yang 300 unit Perodua Ativa Hybrid telah dibawa masuk ke Malaysia namun hanya ditawarkan dalam pakej sewaan.

Anda boleh dapatkan lebih banyak info tentang Perodua Ativa Hybrid di sini.

Juga baca: Perodua Ativa Hybrid - cuma RM 32k je, jimat serba serbi tapi tak boleh beli!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda