Perodua Axia konsep generasi seterusnya pada 2021? Boleh jadi!
Pejam celik, pejam celik, Perodua Axia sudahpun berada di pasaran kita selama enam tahun. Tak rasa kan, tapi itulah kenyataan tentang hatchback paling cilik dari Perodua. Ini juga bermakna ia bakal mengalami evolusi pada tahun hadapan.


Perodua Axia ini berasaskan kereta Daihatsu A-Concept 2011 yang membuat debut di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia 2011 (IIMS). Versi produksi iaitu Daihatsu Ayla membuat debut di IIMS 2021 dan kereta itu dijual di pasaran Indonesia pada September 2013.
Axia ini mengambil masa yang sedikit panjang untuk tiba. Pertama kali ia muncul adalah pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) dengan prebiu interior GMA Space Concept.
Apa-apa pun, sudah tiba masa untuk model baru. Kenapa?
Sebagai permulaan – isu platform. Daihatsu Ayla/Toyota Agya dan Perodua Axia menggunakan platform Daihatsu Global A-Segment. Pada 2019, Daihatsu mengumumkan bahawa semua kereta kompak di Jepun dan pasaran membangun akan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).


Platform DNGA membuat debut tahun lepas pada Daihatsu Tanto dan Daihatsu Rocky/Toyota Raize, dimana kita semua tahu bakal menjadi Perodua D55L. Jangan lupa Perodua Alza generasi seterusnya bakal menggunakan platform yang sama, dan kemungkinan Toyota Vios generasi seterusnya.


Dengan peraturan yang semakin ketat, Daihatsu sepatutnya sudah mempunyai pelan untuk memperkenalkan kereta dengan platform DNGA di pasaran kita.
Dengan gambar intipan Rocky/Raize di Indonesia serta D55L di Malaysia, tunggu masa saja nak tengok Axia generasi seterusnya. Mungkin pada IIMS tahun depan? Kita tunggu dan lihat.


Zamil Editor
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.