window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembar Axia, Toyota Wigo bakal dilancar di Filipina - enjin 1.0L, harga bermula RM 51k

Faisal Β· Jul 11, 2023 10:00 AM

Kembar Axia, Toyota Wigo bakal dilancar di Filipina - enjin 1.0L, harga bermula RM 51k 01

Toyota Motor Phillipines baru sahaja mengumumkan bahawa 14 Julai ini akan berlangsungnya pelancaran Toyota Wigo iaitu kembar kepada Axia DNGA dan jualan pula akan bermula pada 17 Julai.

Kembar Axia, Toyota Wigo bakal dilancar di Filipina - enjin 1.0L, harga bermula RM 51k 02

Untuk model ini, ia sebenarnya sama dengan Toyota Agya yang ada di pasaran Indonesia. Cuma yang berbeza adalah ia versi pandu belah kiri (LHD) dan model sama sudahpun dilancarkan di Vietnam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cumanya, model di Filipina ini tidak menggunakan enjin 1.2L NA 3-silinder (88 PS, 113 Nm). Sebaliknya, ia akan hadir dengan enjin 1.0L sama (67 PS, 89 Nm) yang digunapakai pada Perodua Axia dan Daihatsu Ayla.

Juga bacaRebiu: Perodua Axia 1.0 AV 2023 - Mengangkat taraf kereta peringkat permulaan di Malaysia!

Kembar Axia, Toyota Wigo bakal dilancar di Filipina - enjin 1.0L, harga bermula RM 51k 01

Pilihan transmisi pula merangkumi manual 5 kelajuan dan automatik D-CVT.

Di Filipina, Toyota Wigo baharu datang dengan varian J/M/T (609,000 PHP, ~RM 51.1k), E CVT (684,000 PHP, ~RM 57.4k) dan G CVT (729,000 PHP, ~RM 61.2k).

Kembar Axia, Toyota Wigo bakal dilancar di Filipina - enjin 1.0L, harga bermula RM 51k 02

Dari segi spesifikasi, semua varian lengkap dengan kawalan kestabilan tetapi varian E dan G ditawarkan dengan infotainment 8 inci. Istimewa untuk varian G pula adalah ciri butang push start.

Kembar Axia, Toyota Wigo bakal dilancar di Filipina - enjin 1.0L, harga bermula RM 51k 03

Berbanding semua kembar yang ada, Perodua Axia kita kekal sebagai model yang mempunyai kelengkapan paling banyak. Walaupun tidak hadir dengan enjin 1.2L, model di pasaran kita datang terus dengan ADAS PSDA dan 6 beg udara.

Selain itu, terdapat Perodua Axia 1.0E MT iaitu model generasi pendahulu yang ditawarkan pada harga RM 22k sahaja, sekaligus menjadikan ia sebagai kereta paling mampu milik di Malaysia.

Juga bacaKini lagi murah, bolehkah Perodua Axia 1.0 E 2023 buat ramai pemilik motosikal bertukar ganti?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda