window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembar Axia D74A, Toyota Agya/Daihatsu Ayla, berjaya memasuki Top 10 kereta paling laris di Indonesia pada Mac 2023

Zamil Syaheer Β· Apr 23, 2023 02:00 PM

Kembar Axia D74A, Toyota Agya/Daihatsu Ayla, berjaya memasuki Top 10 kereta paling laris di Indonesia pada Mac 2023 01

Menurut data borong terkini oleh Gaikindo, salah satu daripada kembar Perodua Axia D74A di Indonesia berjaya mencapai sesuatu yang gagal dilakukan oleh pendahulunya dengan memasuk carta Top 10 kereta terlaris Indonesia pada Mac 2023.

Kembar Axia D74A, Toyota Agya/Daihatsu Ayla, berjaya memasuki Top 10 kereta paling laris di Indonesia pada Mac 2023 02

Sebanyak 3,475 unit Daihatsu Ayla dan 2,349 unit Toyota Agya telah dijual pada bulan pertama selepas pelancarannya. Itu meletakkan Ayla sebagai kereta terlaris ke-9 di nusantara pada Mac manakala Agya di tempat ke-14.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Harga Toyota Agya & Daihatsu Ayla serba baru 2023 diumumkan - dari RM 39k; varian GR Sport RM 74k+!

Kembar Axia D74A, Toyota Agya/Daihatsu Ayla, berjaya memasuki Top 10 kereta paling laris di Indonesia pada Mac 2023 01

Namun, walaupun dengan kedua-dua nombor digabungkan, gandingan Agya-Ayla tidak dapat menandingi angka jualan pesaing terdekatnya, Honda Brio. Malah, Honda kecil itu mengekalkan kedudukannya sebagai kereta terlaris Indonesia pada Mac dengan 7,327 unit terjual.

Baca juga: Honda Brio jadi punca pembeli Indonesia tak pandang pun kembar Myvi, Daihatsu Sirion

Mengambil tempat kedua ialah Toyota Avanza dengan 5,641 unit, diikuti Daihatsu Sigra dengan 5,027 unit terjual.

Kembar Axia D74A, Toyota Agya/Daihatsu Ayla, berjaya memasuki Top 10 kereta paling laris di Indonesia pada Mac 2023 02

Dari segi varian, Toyota Agya yang paling laris ialah 1.2 G yang menyaksikan 1,712 unit terjual manakala Daihatsu Ayla yang paling laris ialah 1.0 X dengan 1,799 unit terjual. Toyota Agya hanya tersedia dengan enjin 1.2 liter 3-silinder WA-VE (88 PS/113 Nm) manakala Daihatsu Ayla tersedia dengan pilihan enjin 1.0 liter 1KR-VE (67 PS/89 Nm) dan 1.2 liter.

Baca juga: Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik?

Kembar Axia D74A, Toyota Agya/Daihatsu Ayla, berjaya memasuki Top 10 kereta paling laris di Indonesia pada Mac 2023 03

Secara keseluruhan, sebanyak 101,048 unit kenderaan baharu telah dijual di Indonesia pada Mac 2023. Angka ini menandakan peningkatan jualan sebanyak 16.2% berbanding bulan sebelumnya (86,954 unit) dan peningkatan 2.6% berbanding tempoh yang sama pada 2022 (98,535 unit).

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda