window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam "Baby GR Yaris"!

Haris ยท Feb 13, 2023 03:30 PM

2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam

PT Toyota Astra Motor (TAM) telah merasmikan Toyota Agya 2023, hatchback kompak terbaharu dalam barisan produknya. Model yang sama turut dikenali di bahagian dunia lain dengan nama Toyota Wigo/Daihatsu Ayla manakala Perodua Axia untuk pasaran Malaysia.

2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya 2023 Toyota Agya hadir dalam 2 varian iaitu Agya standard dan Agya GR-S. Atas sambutan yang menggalakkan ke atas Agya GR-S, Toyota memutuskan untuk meneruskan varian "kosmetik" dengan lebih perincian yang menarik. 

Enjin 3-silinder 1.2 liter aspirasi semula WA-VE (88 PS / 112 Nm) jadi kini menjadi nadi utama yang mempunyai kapasiti enjin yang lebih tinggi berbanding Perodua Axia. Transmisi D-CVT juga digandingkan dengan enjin tersebut untuk model tahap pengenalan ini.

2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam

Toyota Agya menandakan satu era di mana ia memberi lebih penekanan terhadap prestasi dan nilai wang. Segmen A kini didominasi oleh hatchback justeru Toyota memberi tumpuan lebih terhadap Toyota Agya lantas memenuhi kehendak pengguna serantau.

2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam

Pada bahagian hadapan, Toyota Agya generasi baharu menampilkan gril besar berbentuk pentagon yang diapit lampu hadapan tirus dan lampu DRL siang mengingatkan nuansa rekaan Myvi facelift terkini. Rekaan varian GR-S tampil lebih garang dengan bumper hadapan ala-ala GR Yaris.

2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam

Bergerak ke bahagian dalam pula, kelengkapan untuk spesifikasi varian atas Toyota Agya mendapat sistem infohibur skrin sentuh, kawalan penghawa dingin digital, serta kawalan audio pada stereng. Dijangka sistem infohibur ini hadir dengan fungsi pautan Android Auto dan Apple Carplay seperti model generasi terdahulu.

2023 Toyota Agya baharu dilancarkan - enjin 1.2L, varian GR-S dah macam

Ketika ini, butiran lanjut mengenai Toyota Agya masih belum didedahkan sepenuhnya, justeru teruskan bersama Wapcar-BM untuk sebarang kemaskini terkini.

Baca: Pelancaran peringkat rantau untuk Axia 2023, Toyota nampak Perodua lagi penting dari Daihatsu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda