window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Wigo dilancarkan di Vietnam dengan enjin 1.2L, kembar Axia berharga dari RM 70k!

Haris Β· Jun 7, 2023 10:00 AM

Toyota Wigo dilancarkan di Vietnam dengan enjin 1.2L, kembar Axia berharga dari RM 70k! 01

Satu lagi kembar kepada Perodua Axia iaitu Toyota Wigo (turut dikenali sebagai Toyota Agya di sesetengah tempat) telah dilancarkan di Vietnam. Pelancaran ini menandakan model pemanduan sebelah kiri pertama bagi kembar hatchback segmen-A ini.

Toyota Wigo ditawarkan dalam 2 varian iaitu:

  • Wigo 1.2 E MT - VND 360,000,000 (RM 70,524)
  • Wigo 1.2 G CVT - VND 405,000,000 (RM 79,339)

Toyota Wigo dilancarkan di Vietnam dengan enjin 1.2L, kembar Axia berharga dari RM 70k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun berkongsi platform DNGA dengan Perodua Axia dan kembar lain, namun Toyota Wigo memilih enjin 3-silinder 1.2 liter WA-VE. Ia juga diimport sepenuhnya dari Indonesia (CBU). 

Puncak kuasa pula adalah sehingga 88 PS dan 113 Nm yang dibantu oleh transmisi D-CVT atau manual 5-kelajuan. Penggunaan minyak didakwa serendah 4.3 liter / 100km.

Toyota Wigo dilancarkan di Vietnam dengan enjin 1.2L, kembar Axia berharga dari RM 70k! 01

Dari segi rekaan, ianya tidak begitu berbeza dengan Perodua Axia melainkan rekaan gril yang bersepadu dari atas ke bawah serta lampu kabus menegak (ala Myvi) berbanding lampu kabus melintang pada Axia. Varian manual menerima rim besi 14" manakala varian CVT menggunakan rim aloi dengan saiz sama.

Toyota Wigo dilancarkan di Vietnam dengan enjin 1.2L, kembar Axia berharga dari RM 70k! 02

Sebagai tambahan kepada penampilan personaliti luaran, Toyota Wigo telah mempertingkatkan kabin dalaman secara komprehensif dengan rekaan yang mensimulasikan kokpit sporty, tuil gear dipasang pada paras lebih tinggi dan butang kawalan yang berorientasikan pemandu bagi memudahkan pengguna.

Toyota Wigo dilancarkan di Vietnam dengan enjin 1.2L, kembar Axia berharga dari RM 70k! 03

Ia dilengkapi dengan lampu LED sepenuhnya, skrin hiburan 7.0-inci gaya terapung dengan sambungan telefon pintar, kerusi fabrik, sensor parkir dan kamera pandangan belakang bagi kedua-dua varian.

Ciri keselamatan yang diberikan pula adalah Amaran Titik Buta (BSM), Amaran Lalu Lintas Belakang (RCTA), Bantuan Daki Bukit (HAC) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (VSC). Toyota Wigo boleh didapati dalam 4 pilihan warna iaitu Putih, Oren, Perak dan Merah. Kredit gambar: Otofun

Baca: Kembar Axia D74A, Toyota Agya/Daihatsu Ayla, berjaya memasuki Top 10 kereta paling laris di Indonesia pada Mac 2023

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda