window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua kini pegang lebih 40% daripada jualan kereta baru pada 2023 - 97,438 unit setakat April

Mersita Β· May 26, 2023 12:00 PM

Perodua kini pegang lebih 40% daripada jualan kereta baru pada 2023 - 97,438 unit setakat April 01

Setakat April 2023, Perodua telah berjaya meningkatkan pegangan pasarannya dalam pasaran jualan kereta baru di Malaysia iaitu daripada 39.1 peratus pada 2022 kepada 40.7 peratus.

Perodua mendaftarkan 18,874 unit pada April 2023, 41.3 peratus lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. Namun, rekod jualan Mac boleh dipencilkan kerana ia merupakan bulan pendaftaran terakhir untuk layak mendapat pengecualian cukai jualan (SST) bagi kenderaan dipasang secara domestik (CKD) yang ditempah antara Jun 2020 sehingga Jun 2022.

Rekod jualan Mac, 32,179 unit, merupakan jualan bulanan tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah 30 tahun Perodua.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Prestasi keseluruhan jualan kereta baru di Malaysia turun 41 peratus pada April 2023 - berbanding pertumbuhan 24 peratus pada Mac 2023 – disebabkan oleh faktor pengakhiran pengecualian SST yang dinyatakan di atas dan juga kekurangan jumlah hari bekerja pada April sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tahun hingga kini, jualan kumulatif Perodua bagi 2023 berjumlah 97,438 unit – 12 peratus lebih tinggi berbanding tempoh empat bulan yang sama pada 2022.

Juga baca: 220k tempahan tertunggak, kos SST diserap untuk pelanggan yang tempah sebelum 30 Jun 2022 - Perodua

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda