window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembara Anak Perlis bawa Perodua Kancil 660 ke Thailand dan Laos - 5,000 km tu!

Mersita · Dec 21, 2022 06:00 PM

Kembara Anak Perlis bawa Perodua Kancil 660 ke Thailand dan Laos - 5,000 km tu! 01

Dua sahabat baik telah memulakan Kembara Anak Perlis 2022 pada Isnin bagi menyahut cabaran memandu sejauh kira-kira 5,000 km merentasi dua negara ASEAN, Thailand dan Laos, dalam sasaran masa 9 hari. Lebih menarik, jentera kembara mereka tak lain tak bukan hanyalah sebuah Perodua Kancil 660cc!

Kembara Anak Perlis bawa Perodua Kancil 660 ke Thailand dan Laos - 5,000 km tu! 02

Rushafizi Indrus dan Nor Azman Musa (41) berkongsi itinerari perjalanan mereka di laman Facebook Kami Mengembara dan menceritakan pengalaman sepanjang ekspedisi yang baru saja berlangsung selama 2 hari setakat ini. Menurutnya, mereka memulakan perjalanan pada jam 9 pagi berbekalkan minyak tangki penuh Kancil RM 54 dan minyak dalam tong simpanan RM 45.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kembara Anak Perlis bawa Perodua Kancil 660 ke Thailand dan Laos - 5,000 km tu! 01

Perjalanan hari pertama mereka diuji apabila memasuki Rathapom di Thailand yang telah dinaiki air banjir dengan kedalaman paras lutut – terlalu dalam untuk Kancil.

“Jalan menuju ke Phattalung dinaiki air. Dan kat sini lagi ganas sebab yang aku nampak lori, pikap, kereta-kereta besar saja. Kereta kecil berpatah balik. Aku dengan Mijan tawakal apa nak jadi pun, kami redah. Pukul 3 petang masih 30 km sebelum Phattalung. Target memang dah out.

Kembara Anak Perlis bawa Perodua Kancil 660 ke Thailand dan Laos - 5,000 km tu! 02

“Terasa macam naik bot di Tasoh pula bila air menghentam body Kancilku,” nukil mereka dalam satu perkongsian. Ternyata misi mereka dipermudahkan apabila pengembaraan mereka berjaya diteruskan ekoran cuaca semakin pulih.

Kembara Anak Perlis bawa Perodua Kancil 660 ke Thailand dan Laos - 5,000 km tu! 03

Memasuki hari kedua ekspedisi mereka semalam, perjalanan mereka ditemani dengan lori-lori yang dipandu laju selain tunjuk-arah Google Maps yang menyebabkan mereka tersesat masuk ke bandar Bangkok. Menurut mereka, malam tadi mereka berhenti tidur di hadapan 7E pada pukul 2.30 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Nakorn Ratchasima hari ini.

Kembara Anak Perlis bawa Perodua Kancil 660 ke Thailand dan Laos - 5,000 km tu! 04

Bercakap kepada Utusan Malaysia, mereka menempuh pengembaraan ini bagi memberi inspirasi pada anak-anak muda dalam meningkatkan jati diri selain mahu membuktikan kenderaan lama seperti Kancil 660 juga mampu sampai ke sempadan negara China.

Kembara Anak Perlis bawa Perodua Kancil 660 ke Thailand dan Laos - 5,000 km tu! 05

Difahamkan, ekspedisi mereka dibiayai menggunakan wang simpanan sendiri selain menerima tajaan daripada beberapa pihak.

Jika anda peminat pengembaraan jarak jauh melalui jalan darat atau ingin tahu betapa kentalnya sebuah Perodua Kancil, bolehlah ikuti pengembaraan Rushafizi dan Nor Azman di Facebook Kami Mengembara.

Juga baca: Mengimbau kenangan: Perodua Kancil 1994-1996, kecil-kecil cili padi - serba boleh!

Perodua Kancil vs Proton Saga: Yang manakah kereta rakyat yang sejati?

Sejarah Perodua Kancil – 25 tahun yang mencipta kenangan rakyat Malaysia

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda