Seperti tak masuk akal namun itulah harga yang diletakkan seorang penjual terhadap 'cap' topi keledar atau helmet jenama Bell di laman sosial, baru-baru ini.
Bukan seribu dua, malah harga yang diletakkan penjual di laman Facebook Miee Bundleracing itu untuk aksesori berkenaan mengalahkan harga Yamaha Y16ZR Doxou Edition iaitu RM 15,000.
Juga baca: Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k!
Tidak diketahui apa yang menariknya dan uniknya cap berkenaan sehingga diletakkan harga sedemikan rupa.
Namun berdasarkan imej berkenaan, cap berjenaan jelas berada dalam kondisi terpakai dengan beberapa butangnya dilihat berkarat.
Penjual berkenaan dipercayai berasal daripada Kelantan dengan pembelian COD (Cash on Delivery) boleh dibuat di Taman Uda Peng Kelantan.
Dalam paparan berkenaan juga, turut diletakkan nombor telefon selain tanda pagar #yg tegar sahaja wsap #yg tak tahu sila bertanya kabar.
Juga baca: Terlalu sentimental, Yamaha RX-Z 5-Speed 1985, RM50k pun takkan jual!
Tidak diketahui sama ada cap berkenaan sudah berjaya dijual atau tidak namun inilah yang boleh diibaratkan 'demo tak kenal bare'. Kepada peminat tegar Bell, ada yang berani terima tawaran ini?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}