Great Wall Motors Thailand (GWM Thailand) di Thai Motor Expo 2021 nampaknya baru sahaja merasmikan versi hibrid plug-in (PHEV) buat Haval H6.
Kiranya, Thailand merupakan pasaran pertama yang menerima Haval H6 PHEV. Tempat kelahiran Haval sendiri, iaitu China tidak diberi penghormatan sebegini.
Menurut GWM Thailand, Haval H6 PHEV dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L turbo, sama seperti varian Hybrid tetapi dengan lebih prestasi. Output keseluruhan mengembuskan 330 PS dan 530 Nm, hampir 100 PS lebih banyak daripada Haval H6 Hybrid (243 PS, 530 Nm tork).
Juga baca: SUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021
Dari segi visual, apa yang membezakan varian PHEV dengan Hybrid adalah fasia depan yang lebih besar dimana gril yang digunakan turut hadir dengan elemen berlian.
Juga baca: Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6!
Selain daripada itu, reka bentuk rim 19 inci dan bampar belakang kekal sama seperti varian Hybrid.
GWM Thailand telahpun mengumumkan bahawa model yang dipasang di kilang Rayong akan dieksport ke sekitar rantau ASEAN, termasuklah Malaysia. Model ini juga akan turut ditawarkan di pasaran Indonesia dan Australia.
Persoalannya, apa perkembangan terbaru dari pengedar GWM di Malaysia? Kalau anda nak tahu, Go Auto buat masa ini seakan senyap sahaja. Malah, pasukan hubungan awam mereka juga telahpun dibubarkan.
Juga baca: Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}