Proton sekali lagi mencapai jualan tahunan melebihi 100,000 unit buat tiga tahun berturut-turut.
Jualan keseluruhan sebanyak 14,187 unit (domestik + eksport) pada November lalu telah memacu analisis year-to-date (YTD) mereka sebanyak 100,566 unit.
Dengan berbaki lagi satu bulan, jualan untuk tahun ini mungkin lebih banyak berbanding 109,716 unit yang diperoleh pada tahun 2020.
Untuk November sahaja, jualan Proton menyaksikan peningkatan 6.2% daripada Oktober sebelumnya dan pertumbuhan ini sudah tiga bulan berturut-turut. Berbanding November 2020, jualan mereka meningkat sebanyak 24.3%. Jualan YTD untuk tahun 2021 juga melonjak 4.3% daripada tahun lalu.
Secara keseluruhan, Proton menjangkakan bahawa bahagian pasaran domestik mereka akan berada pada 24.5%. Buat masa ini, Proton memegang 22.8% dalam bahagian pasaran Malaysia. Dalam kategori YTD, bahagian pasaran mereka telahpun menyaksikan pertumbuhan sebanyak 1.9%.
Untuk makluman anda, Saga kekal mendahului carta jualan Proton (5,666 unit). Menariknya, November lepas merupakan bulan paling cemerlang buat jualan model ini sejak pencapaian yang membanggakan pada Disember 2020. Proton X50 pula teguh di tangga kedua dengan jualan sebanyak 4,010 unit. Ini juga kali pertama jualannya melebihi angka 4,000 unit.
Jualan Proton untuk 2021 setakat ini | ||
---|---|---|
Saga | 5,666 unit | |
Persona | 1,534 unit | |
Iriz | 642 unit | |
X50 | 4,010 unit | |
X70 | 1,901 unit | |
Exora | 434 unit |
Iriz dan Persona pula diselubungi isu bekalan komponen. Perkara ini secara tidak langsungnya mengehadkan produksi buat model ini yang mana ia memberi kesan terhadap jualannya.
Juga baca: Jualan Proton pada Oktober 2021 melonjak 28.7%, jumlah jualan Saga masih ‘tapau’ Perodua Bezza
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}