Sebelum kehadiran 'YSuku' atau Yamaha Y15ZR dan Y16ZR, kapcai handalan Yamaha dalam segmen empat lejang diterajui Yamaha 135LC. Dan selepas bertahun-tahun, popularitinya masih utuh dan versi terbaharu tetap laris.
Diperkenalkan di pasaran Malaysia bermula tahun 2006, ia boleh dianggap salah satu model paling berjaya jenama itu dengan model yang ditawarkan di pasaran ketika ini adalah daripada generasi ketujuh.
Juga baca: Yamaha Y16ZR 2021 tiba di Malaysia - model baharu, 155 cc, harga RM 10,888!
Dan sekalipun popularitinya agak menurut susulan kehadiran Y15ZR dan Y16ZR, ia masih menjadi antara tonggak jualan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).
Malah berikutan penawaran harga yang lebih rendah berbanding YSuku dan Y16ZR, tiada sebarang tanda yang pengeluarannya akan dihentikan dalam masa terdekat.
Juga baca: Yamaha Y15ZR - Kebal kritikan, reka bentuk ‘hensem’, jadi ramuan ‘takhta’ yang sukar digugat!
Perkembangan itu dikuatkan lagi dengan imej dan video tular yang menunjukkan sebuah model kapcai sedang ditunggang uji yang mirip model berkenaan di Rawang, Selangor.
Sekalipun rekaannya terutama bahagian depan cukup mirip Yamaha 135LC terbaharu, tetapi ia dilengkapi dengan brek cakera belakang dengan rekaan kepala depan rekaan juga tampak mirip model Yamaha Y15ZR dan lampu belakang miri Y16ZR.
Menurut rakan media Arena Motosikal dan informasi yang dikutip, ia berkemungkinan besar generasi terbaharu Yamaha 135LC (V8).
Ia juga dikatakan bakal dilengkapi sistem suntikan bahan api yang lebih moden dan cekap selain sistem lampu jenis LED. Dan apa yang lebih menarik, model berkenaan dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.
Juga baca: Minat Yamaha Y15ZR tapi MT-15 lagi seksi, ini perbandingannya!
Tidak dapat diketahui dengan jelas kebenaran maklumat berkenaan namun apa yang pasti, ia satu perkembangan yang mengujakan.
Sebagai info, Yamaha 135LC V7 2021 baru saja dilancarkan HLYM pada Januari lalu dengan pilihan warna baharu dengan harga jualan disyorkan ialah RM 6,868 untuk warna biasa dan RM 7,118 untuk versi Special Edition.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}