Beberapa bulan selepas kami mengintipnya di Shah Alam, ORA Good Cat elektrik penuh (EV) telah dipamerkan buat pertama kali di khalayak pada pelancaran acara Tindakan Pembangunan Bumiputera yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Antara kereta yang menarik perhatian ramai di acara tersebut, Good Cat yang dipamerkan di sini adalah unit pandu kiri yang diimport dari China.
Sumber dalam Go Auto Sdn. Bhd. – wakil jenama Great Wall Motor di sini (termasuklah Haval) mengatakan bahawa spesifikasi ORA Good Cat ini hampir sama dengan apa yang pelanggan Malaysia boleh jangkakan apabila EV itu akhirnya dilancarkan di sini.
Sumber tersebut juga menyebut bahawa ORA Good Cat dijangka berharga sekitar RM 130k hingga RM 150k di Malaysia. Tarikh pelancaran belum ditentukan pada masa penulisan.
Contoh khusus ini mempunyai motor segerak magnet kekal dengan 143 PS / 210 Nm yang menghantar kuasa ke roda hadapan.
Juga baca: Spyshot: Ora Good Cat dikesan di Malaysia, akan dilancarkan di sini atau tak?
Bagi pek baterinya, ia mempunyai bateri litium ternary 63.1 kWj (mempunyai nikel-mangan-kobalt sebagai bahan katod) dengan jarak maksimum 501 km.
Juga baca: Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai
ORA Good Cat menyokong pengecasan pantas DC sehingga 60 kW dan pengecasan AC sehingga 6.6 kW. Hatchback EV ini dikatakan mampu memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat, dengan kelajuan tertinggi 152 km/j.
Di bawah rupa yang comel, Good Cat mempunyai interior yang agak bergaya serta elegan, dengan penggunaan bahan kulit dan sentuhan lembut yang menyeluruh.
Juga baca: Kereta elektrik orang kaya bebas cukai, tapi kereta hybrid marhaen tidak. Ini sebabnya
Ia juga padat dengan ciri keselamatan dan dilengkapi dengan set lengkap ADAS yang merangkumi ciri ini, antara lain:
Di rantau ASEAN, Good Cat sudah pun dijual di Thailand, dengan tiga varian: Tech dan Pro 400 km dan Ultra 500 km. Harga untuk kereta di negara gajah putih bermula dari THB 989k (~RM 123k) hingga THB 1.2 juta (~RM 150k).
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}