Menjelang tahun 2022, satu lagi jenama automotif China akan mula bertapak di Malaysia. Kali ini, giliran Guangzhou Automobile Group Co., Ltd, (GAC Motor) pula membuka bilik pameran di sini.
Menurut sumber yang arif dengan perkara tersebut, Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) akan menubuhkan anak syarikat baharu untuk mewakili GAC Motor. Nampaknya, model GAC tidak akan dijual melalui Angka-Tan atau Edaran Tan Chong Motors, di mana masing-masing mengedarkan model kenderaan JMC dan Nissan.
Baca: Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k?
Imbas kembali pada bulan Disember 2020 tahun lepas, TCMH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GAC untuk menilai kemungkinan TCMH mengedarkan kenderaan GAC Motor di Malaysia dan Vietnam.
Sebulan kemudian, gambar intipan GAC Trumpchi GS3 Power muncul, memberi bayangan bahawa TCMH sememangnya mempunyai rancangan untuk memperkenalkan SUV segmen B ini di Malaysia.
Baca: Spyshot: Hampir pasti GAC Trumpchi GS3 Power sedang dipandu uji di Malaysia!
GAC Trumpchi GS3 Power boleh dimiliki dalam beberapa pilihan trenkuasa, antaranya enjin 3-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 163 PS dan 235 Nm, dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Terdapat juga versi 4-silinder 1.5 liter turbocaj yang menghasilkan 168 PS dan 265 Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
Pada masa ini, satu-satunya pasaran di mana GAC Motor beroperasi di rantau ASEAN ialah Filipina. Walaupun model GS3 ini ada ditawarkan di sana, ia adalah varian yang berbeza sama sekali ditambah pula GAC tidak menyediakan model pemanduan sebelah kanan untuk mana-mana pasaran RHD. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan bahawa Malaysia menjadi pasaran RHD pertama di dunia untuk GAC Motor.
Bukan setakat itu sahaja, portfolio produk GAC tidak hanya terhad dengan SUV sahaja. Syarikat yang berpengkalan di Guangzhou itu juga menawarkan beberapa MPV dan sedan bergaya di China, termasuk MPV - GAC GM6 dan sedan - GAC GA8.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}