window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k?

Haris · Nov 28, 2021 06:00 PM

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 01

2021 JMC Vigus Pro merupakan sebuah trak pikap baharu yang menjengah ke pasaran Malaysia ketika ini. Malah, tarikan utama iaitu harganya di bawah RM 100k untuk sebuah trak pikap di mana pesaing seperti Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton menawarkan varian asas sedikit di atas RM 100k. Namun, adakah trak pikap China ini mampu meyakinkan pembeli berbanding trak pikap Jepun? 

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 02

Dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Tan Chong Motor Assemblies di Serendah dan diedarkan oleh Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), JMC Vigus Pro mahu mencabar status quo dalam segmen trak pikap dalam pasaran bahagian bawah segmen trak pikap pada harga sub RM 100k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: JMC Vigus Pro dilancarkan di Malaysia, saingan Hilux, Triton berharga dari RM 98,888!

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 01

Bermula dari RM 98,888, JMC Vigus Pro adalah antara trak pikap termurah yang dijual di Malaysia. Sebelum kita menyelami lebih dalam dengan trak China ini, berikut ialah gambaran ringkas tentang kebaikan dan keburukan JMC Vigus Pro:

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 02

Kelebihan

  • Penampilan yang unik
  • Menawarkan ciri kelengkapan yang mengejutkan
  • Trenkuasa yang lancar

Kekurangan

  • Pecutan yang lembab
  • Terasa murah untuk harganya
  • Ergonomik yang teruk

Kelebihan – Penampilan yang unik

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 03

Pada kebiasaannya, cara terbaik untuk menerangkan reka bentuk trak pikap berpunca daripada perkataan lima huruf yang berbunyi maskulin iaitu 'macho'. Tidak hairanlah kerana trak pikap digunakan untuk tugas-tugas berat dan praktikal. Walaupun begitu, JMC Vigus Pro menampilkan kata sifat lain untuk menggambarkan rupa trak - ianya cantik atau kacak.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 04

Ya, JMC Vigus Pro ialah sebuah trak yang kelihatan cantik dalam kelasnya disebabkan oleh ia kelihatan seperti SUV berdasarkan postur tegap. Fikirkan ia seperti sebuah Toyota Innova. Ia kelihatan condong ke hadapan seolah-olah diilhamkan oleh puma yang bersiap sedia untuk menerkam mangsanya.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 05

Tiada cladding pada gerbang roda, suatu reka bentuk konvensional

Antara perkara yang menarik pada JMC Vigus Pro ini ialah tiada lapisan plastik tebal (cladding) seperti yang biasa dilihat pada trak pikap pesaing. Anda mungkin akan menerima kesan calar dengan mudah sekiranya memutuskan untuk pergi ke kawasan yang lebih kasar, atau membuat kerja-kerja yang lebih mencabar. Ini merupakan suatu rekaan konvensional yang memberi kelainan kepada trak pikap ini namun dari aspek praktikal, mungkin lebih sesuai untuk mengangkut barang-barang sahaja.

Kelebihan – Menawarkan ciri kelengkapan yang menakjubkan

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 06

Dengan harga kurang daripada RM 100k, pembeli mungkin menjangkakan JMC Vigus Pro memberikan kelengkapan asas apabila berkaitan dengan ciri-ciri keselesaan. Apa yang mengejutkan, trak pikap itu dilengkapi dengan lampu depan automatik (halogen), pengelap cermin (wiper) dengan pengesan hujan dan tingkap automatik untuk kesemua 4 pintu.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 07

Ia juga didatangkan dengan brek cakera pengudaraan hadapan dan belakang ketika trak pikap pesaing sekadar menawarkan brek cakera hadapan dan brek dram belakang. Kamera undur bersama dengan sensor hadapan dan belakang juga tersedia sebagai standard.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 08

Padanan untuk kamera hadapan dibiarkan kosong tanpa lensa

Di pasaran luar, JMC Vigus Pro boleh didapati dengan tempat duduk pemandu boleh laras elektrik dan kamera hadapan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan di beberapa aspek tertentu (tiada Android Auto/Apple CarPlay, hanya 2 beg udara), namun ciri-ciri tersebut tidak begitu penting pada trak pikap justeru nilai JMC Vigus Pro agak baik dengan harga kurang daripada RM 100k.

Kelebihan - Trenkuasa yang lancar

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 09

Menjana kuasa trak JMC Vigus Pro spesifikasi tempatan ini ialah enjin 2.0 liter turbodiesel Puma yang dikeluarkan oleh Ford. Enjin ini mampu menghamburkan 141 PS dan 340 Nm. Juga dikenali sebagai enjin Duratorq, ia mula diperkenalkan pada Ford Mondeo pada tahun 2000 tetapi di sebalik usianya yang melebihi 20 tahun, ia masih sebuah enjin yang boleh dipercayai.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 10

Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik ZF 8-kelajuan dengan mod manual. Apa yang lebih menarik, transmisi ini terkenal digunakan pada kebanyakan kereta premium dan prestasi kelas atasan menjadikannya satu pilihan yang menarik untuk digunakan pada trak pikap yang berorientasikan kerja-kerja berat.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 11

Hasilnya, penukaran gear dilaksanakan dengan lancar manakala di atas lebuh raya, ia merupakan sebuah kenderaan yang mampu meluncur dengan baik. Sejujurnya, kami di Wapcar sendiri terkejut dengan kelancaran anjakan pada trak pikap China ini tetapi untuk kredit, tiada apa yang gagal dengan transmisi ZF tidak kira kenderaan apa yang dipasangkan dengan penukar gear ini.

Kekurangan – Pecutan yang lembab

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 12

Warna pada unit pandu uji JMC Vigus Pro ini dipanggil coklat Steady Brown, salah satu daripada 4 warna yang ditawarkan untuk trak pikap ini. Walau bagaimanapun, steady bukanlah perkataan terbaik untuk menggambarkan pecutan JMC Vigus Pro kerana trak pikap ini terasa lembab.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 13

Walaupun tork enjin memberikan keyakinan untuk memintas atau membawa muatan yang berat (sehingga 850 kg), trak ini jauh daripada sebuah roket. Dalam ujian pecutan 0-100 km/j, ia mengambil masa sekitar 15 saat untuk trak hampir 2 tan itu mencapai pecutan seabad. Sebagai perbandingan, Isuzu D-Max 1.9 (generasi kedua, sekarang generasi ketiga) melakukan pecutan abad dalam 12.7 saat.

Baca: Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya?

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 14

Walaupun dilengkapi dengan brek cakera berventilasi di sekelilingnya, kuasa brek masih terasa samar-samar. Cengkaman brek mengambil sedikit masa justeru terasa kurang linear dengan ciri brek cakera yang diwar-warkan. Mungkin isu terpencil?

Kekurangan – Terasa murah untuk harganya

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 15

Difahami bahawa untuk sebuah trak pikap bawah RM 100k bakal mengenakan perincian kabin dalaman yang kurang mewah namun sekurang-kurangnya ia masih perlu menjalankan tugasnya dengan baik. Kabin dalaman JMC Vigus Pro sepatutnya terasa seperti sebuah kenderaan berharga RM 40k - 50k namun ia lebih cenderung kepada sebuah kenderaan berharga RM 30k.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 16

Panel tidak sekata

Masalah seperti jarak panel yang ketara dan tidak sekata di samping penggunaan plastik keras yang pernah meliputi Perodua Kancil (kenderaan berumur 25 tahun dahulu) tidak menjustifikasikan tanda harga RM 100k. Malah, ia tidak membantu konotasi 'buatan China' pada trak pikap ini yang bakal membuat pembeli berfikir 2 kali sebelum membuat keputusan.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 17

Perincian kecil seperti 'Wallpater' dan 'please Wait' terlepas pandang sama sekali

Bukanlah hendak menjadi Taliban tatabahasa (grammar Nazi) namun perincian perkataan-perkataan typo  dilihat tidak diambil peduli oleh pengeluar, malah seolah-olah suatu penjimatan kos di situ. Skrin infotainment juga tidak responsif seperti mana telefon-telefon cap China yang membanjiri pasaran global dengan harga dan mutu yang rendah. Sekurang-kurangnya, ia tidak meletup seperti satu jenama telefon pintar di Malaysia milik kroni atau mampukah ia pada suatu masa kelak?

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 18

Penyesuaian soket boleh dilakukan tetapi untuk RM 100k, tak dapat

Kesemua isu kualiti ini mungkin tidak dihiraukan jika anda melihat dari sudut pandangan pembeli kawasan urban atau trak gaya hidup tetapi dari sudut kumpulan pembeli lain, ini bukanlah suatu isu. Peniaga kecil dan petani akan melihat trak pikap ini tidak lebih daripada trak pikap tugas berat yang berpotensi.

Calar lastik dan celahan panel bukan isu utama jika trak pikap ini akan digunakan untuk 'dibelasah' tanpa belas oleh pembeli. Lagi pula, harganya bawah RM 100k serta dibeli di bawah nama syarikat. Siapa yang akan peduli?

Kekurangan – Ergonomik yang teruk

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 19

Faktor ergonomik juga merupakan suatu perkara yang patut kami tonjolkan, kerana trak pikap ini benar-benar terasa seperti pertukaran pemanduan belah kiri ke belah kanan secara langsung. Jika anda lihat penarik brek tangan, ia berada di sebelah kiri penumpang hadapan dan bukannya di sebelah pemandu. Oleh itu, ia kurang ergonomik pada hemat kami.

Saiz stereng juga besar dan langsung tidak memberikan suatu kendalian ala SUV. Anda akan terasa memandu sebuah bas atau lori dengan stereng sebesar itu.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 20

Selain itu, tempat duduk pemandu pada JMC Vigus Pro tidak disertakan dengan ciri pelarasan ketinggian. Pengecualian pelarasan ketinggian tempat duduk pemandu mungkin menjadi masalah bagi mereka yang mahukan lebih ketinggian untuk memandu sebuah trak pikap dan melihat keadaan jalan sekeliling. Kekurangan ini bukan suatu isu besar namun masih perlu diberitahu.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 21

Seperti yang dimaklumkan pada awal perenggan, brek tangan terletak jauh dari pemandu dan ia terasa menjengkelkan terutamanya jika anda perlu menunggu lama di lampu isyarat. Ini terasa seperti pasukan pembangunan JMC tidak merasakan perlu untuk menukar brek tangan kerana hanya sedikit sahaja trak pikap ini dijual di pasaran pemanduan kanan (RHD).

Konklusi - Siapa sasaran sebenar 2021 JMC Vigus Pro?

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 22

Melihat JMC Vigus Pro dengan kaca mata yang lebih objektif, ia menawarkan pemanduan yang baik dengan spesifikasi trenkuasa yang bagus. Namun bersedia dengan kabin dalaman yang sedikit 'kosong' dan kurang berkualiti. Ia mungkin tidak menarik pembeli urban yang mahukan sebuah trak pikap bergaya namun lebih difahami dengan tanda harga tersebut, pekebun di Cameron Highlands mungkin tidak berfikir 2 kali untuk JMC Vigus Pro.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 23

Dengan kabin dalaman plastik, pembeli tidak perlu risau mengenai sebarang calar atau calitan yang berada dalam trak pikap ini. Malah, ia mungkin mampu bertahan sehingga 20 tahun mendatang dengan kabin seperti yang dinyatakan.

Kelebihan & Kekurangan 2021 JMC Vigus Pro - adakah Vigus bagus untuk bawah RM 100k? 24

Tarikan JMC Vigus Pro adalah harganya di bawah RM 100k. Anda mungkin boleh membeli sebuah trak pikap yang bereputasi tinggi namun pilihan yang ada dalam pasaran menjadikan JMC Vigus Pro bukanlah pilihan terburuk. Malah, ia mungkin suatu produk yang tepat pada harganya bagi mereka yang ambil kisah tentang segmen trak pikap.

Baca: JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 JMC Vigus Pro White Series 2.0L 4WD 8AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda