window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi?

Haris · Oct 31, 2021 10:00 AM

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 01

Anak syarikat Tan Chong Group, Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) telah melancarkan trak pikap JMC Vigus Pro di Malaysia. Hanya satu varian yang ditawarkan dan ia dipasang secara tempatan (CKD) di kilang ETCM di Serendah.

ATM mensasarkan sebanyak 350 unit JMC Vigus Pro akan dijual sejak pelancaran sehingga akhir tahun.

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada harga RM 98,888, JMC Vigus Pro tidak bersaing dengan varian teratas pesaing lain; sebaliknya, ia lebih setaraf dengan varian kelas bawahan yang lebih murah seperti Isuzu D-Max 4x2 Auto Plus (RM 100,999) yang dilancarkan baru-baru ini dan Mitsubishi Triton 4x4 A/T (RM 105,990).

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 01

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 02

Bagi memberikan perbandingan yang lebih mudah, kami akan membandingkan JMC Vigus Pro dengan pesaing berharga yang setara, iaitu Isuzu D-Max 4x2 Auto Plus.

Trenkuasa – 2.0 vs 1.9, mana lebih baik?

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 03

Di bawah hud depan JMC Vigus Pro terdapat enjin 2.0 liter turbodiesel yang dibangunkan oleh Ford, menghasilkan 141 PS dan 340 Nm.

Angka kuasa ini meletakkan JMC Vigus Pro sebagai pesaing yang tepat kepada Isuzu D-Max Auto Plus 4x2 yang dilancarkan baru-baru ini, menghasilkan 150 PS dan 350 Nm daripada enjin 1.9 liter turbodiesel yang lebih kecil.

Output kuasa
Model Kuasa (PS) Tork (Nm)
Vigus Pro 141 340
D-Max 4x2 150 350
Triton A/T 181 430

Walaupun Triton A/T merupakan trak paling berkuasa dalam perbandingan ini dengan 181 PS dan 430 Nm, ia juga mempunyai kapasiti enjin terbesar, 2.4 liter. Akibatnya, cukai jalan yang perlu dibayar setiap tahun sedikit mahal untuk Triton.

Cukai Jalan
Model Cukai Jalan (RM)
Vigus Pro 439.20
D-Max 4x2 399.20
Triton A/T 793.60

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 04

Menurut syarikat yang berpangkalan di Jiangxi itu, JMC Vigus Pro mampu mencatatkan angka penggunaan minyak serendah 7.8 liter / 100 km seperti yang didakwa di bawah kitaran ujian UNECE R101.

Sebagai perbandingan, trak pikap paling jimat bahan api yang kami uji setakat ini ialah Isuzu D-Max 1.9, yang mencatatkan sehingga 8.0 liter / 100 km.

Baca: Rebiu: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya?

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 05

Jika dibandingkan dengan pesaing lain, JMC Vigus Pro menawarkan transmisi yang jauh lebih moden, dalam bentuk transmisi automatik 8-kelajuan bersumber dari ZF.

Trenkuasa, pacuan
Model Trenkuasa
Vigus Pro 8AT, 4x4
D-Max 4x2 6AT, 4x2
Triton A/T 6AT, 4x4

Hanya Mitsubishi Triton yang berharga lebih mahal daripada Isuzu D-Max yang ada menawarkan pacuan 4x4, meletakkannya setanding dengan JMC Vigus Pro.

Rekaan luaran – diinsipirasikan oleh harimau

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 06

Jika dilihat berdasarkan penampilan sahaja, sukar untuk mempercayai bahawa JMC Vigus Pro berharga di bawah paras RM100k. Apatah lagi apabila ia menggunakan rim aloi dwi-tona 16-inci, lampu nyalaan siang LED dan palang sporty – ciri yang biasanya terdapat pada varian yang lebih mahal.

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 07

Isuzu D-Max 4x2 pula menawarkan lampu depan projektor Bi-LED yang lebih terang dan rim aloi 17-inci yang lebih besar. Bagi Mitsubishi Triton A/T, ia masih menggunakan lampu utama halogen projektor dan lampu nyalaan siang hari (DRL) halogen, sambil menunggang rim 16-inci.

Baca: Isuzu D-Max di Malaysia kini hadir dengan varian 1.9 4x2 Auto Plus, bermula RM 101k

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 08

Dari segi pilihan warna, Angka-Tan Motor menawarkan 4 warna badan dengan JMC Vigus Pro - coklat Steady Brown, putih Solid White, perak Brilliant Silver dan hitam Glossy Black.

Berbalik kepada kem Isuzu, 5 warna ditawarkan pada varian Isuzu D-Max 4x2 ini: jingga Valencia Orange, biru Sapphire Blue, perak Mercury Silver, hitam Onyx Black dan putih Splash White.

Rekaan dalaman – Praktikaliti lebih utama

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 09

Kedua-dua trak menawarkan rekaan kokpit yang agak moden - terdapat paparan infotainment skrin sesentuh pada kedua-dua trak, tetapi hanya itu sahaja persamaan antara kedua-dua trak pikap.

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 10

Isuzu D-Max menawarkan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay yang wajib ada bagi semua kenderaan baru, manakala skrin infotainment JMC Vigus Pro sangat asas, hanya menawarkan sokongan USB dan Bluetooth.

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 11

Audio disalurkan melalui 6 pembesar suara yang disediakan pada Isuzu D-Max, manakala JMC Vigus Pro hanya menyalurkan sistem 4 pembesar suara.

Isuzu D-Max juga menawarkan paparan pelbagai maklumat berwarna (MID) 4.2 inci yang terletak di antara kelompok meter instrumen. JMC Vigus Pro juga menawarkan MID, namun hanya sekadar matriks titik hitam-putih yang lebih kecil.

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 12

Tersedia pada kedua-dua buah trak pikap adalah upholsteri fabrik, stereng dengan butang kawalan yang dibalut kulit, pendingin hawa manual dan penghidup dengan kunci tradisional.

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 13

JMC Vigus Pro dilihat menawarkan lebih kelengkapan dari segi paddle shifter yang dipasang pada stereng dan tombol gear yang tampil lebih menarik.

Ciri Keselamatan – Untuk tugasan, bukan pemanduan

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 14

Dari segi keselamatan, kedua-dua trak pikap Isuzu D-Max 4x2 Auto Plus dan JMC Vigus Pro adalah setanding, menawarkan 2 beg udara, ABS, EBD, Bantuan Mula Daki (HAS), Kawalan Penurunan Bukit (HDC) dan kawalan kestabilan.

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 15

Isuzu turut menegaskan bahawa keseluruhan model Isuzu D-Max telah dianugerahkan dengan penarafan ujian kemalangan ASEAN NCAP 5 bintang.

Walaubagaimanapun, ASEAN NCAP masih belum menguji JMC Vigus Pro.

Servis selepas jualan – Jangan dilupakan!

Di luar spesifikasi di atas kertas, servis selepas jualan juga merupakan satu lagi aspek penting, walaupun untuk trak pikap tugas-tugasan seperti ini.

Warranti
Model Warranti
Vigus Pro 3 tahun / 100,000 km
D-Max 5 tahun / 150,000 km
Triton 5 tahun / 200,000 km

JMC Vigus Pro disokong oleh jaminan 3 tahun / 100,000 km jarak perbatuan. Bagi trak pikap Jepun, Isuzu D-Max menawarkan waranti 5 tahun / 150,000 km jarak perbatuan, manakala Mitsubishi Triton menawarkan pakej waranti paling panjang (5 tahun, 200,000 km).

Konklusi – Menang kuasa dan harga berbaloi, atau pilih ketahanan Jepun?

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 16

Mempertimbangkan antara kedua-dua trak ini bergantung kepada citarasa anda - sama ada anda mahukan kebolehpercayaan Isuzu yang terbukti, atau anda hanya perlukan sesuatu yang lebih berbaloi harga dan kuasa seperti JMC Vigus Pro?

JMC Vigus Pro vs Isuzu D-Max: trak pikap berkuasa bawah RM 100k, mana lebih berbaloi? 17

Memilih JMC Vigus Pro memberikan anda trak pikap dengan gaya unik, serta enjin turbodiesel Puma bersumber dari Ford dan transmisi automatik 8-kelajuan sumber ZF (lebih 2 gear daripada Isuzu D-Max), tetapi ciri kelengkapan kurang.

JMC Vigus Pro adalah trak pikap yang baharu dalam pasaran Malaysia justeru sangat menarik jika kita dapat melihat bagaimana prestasinya kelak.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 JMC Vigus Pro White Series 2.0L 4WD 8AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda