window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami!

Haris · Jan 30, 2022 04:00 PM

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 01

Isuzu D-Max 2021 telah mengubah landskap pasaran trak pikap gaya hidup sejak dilancarkan pada April 2021.

Pernah dianggap sebagai bukan pilihan utama dari senarai trak pikap 3 teratas (mungkin disebabkan penggayaan yang kurang gagah pada model pendahulunya), Isuzu D-Max generasi RG01, terutamanya dalam varian 3.0L X-Terrain kini menjadi sebuah jentera berat yang mampu melayari dan menakluk mana-mana keadaan jalan, atas atau luar (off-road) jalan.

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 02

Kuasa pada Isuzu D-Max X-Terrain

Itu baru bercakap soal penampilannya sahaja – belum masuk aspek kebolehpercayaan D-Max, penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya dan hakikat bahawa tiada trak pikap lain menawarkan ciri sebanyak ini untuk harga yang sama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejujurnya, adalah sesuatu yang jarang berlaku apabila sidang redaksi Wapcar juga gagal mencari titik kelemahan Isuzu D-Max ini. Malah, aspek waranti yang meliputi sehingga 7 tahun menunjukkan bahawa begitu yakin sekali Isuzu dengan trak pikap ini!

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 01

Namun, tiada kenderaan yang sempurna di dunia. Oleh itu, kami mencari juga lima perkara yang kami tidak suka tentang Isuzu D-Max 2021 ini. Sebagai rujukan, varian teratas Isuzu D-Max 3.0L X-Terrain menjadi kambing hitam hujah kami.

Baca: Tak sampai setahun dalam pasaran, Isuzu D-Max generasi baru rangkul banyak anugerah automotif Malaysia!

Isuzu D-Max X-Terrain tidak ditawarkan dalam warna gelap

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 02

Bercakap mengenai kambing hitam, Isuzu D-Max X-Terrain 2021 tidak ditawarkan dalam warna hitam ataupun gelap. Ia hanya didatangkan dalam dua warna yang mencolok mata, Sapphire Blue dan Valencia Orange.

Bagi mereka yang masih ingat, Isuzu D-Max Diablo generasi (RT) beberapa tahun lalu menampilkan kemasan hitam berkilat yang mengancam. Sesiapa pun pasti akan terfikir bahawa warna ini akan kelihatan hebat pada Isuzu D-Max 2021.

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 03

Isuzu D-Max Diablo telah dilancarkan pada 2015 dengan aksesori tambahan dan warna hitam

Isuzu mungkin akan menampilkan pilihan cat yang lebih bergaya (atau edisi khas) pada masa hadapan, tetapi buat masa ini, kami sekadar mengusik dan menunjukkan betapa bergayanya Isuzu D-Max dalam warna gelap.

Tiada edisi gagah Safari Borneo

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 04

Beberapa model D-Max generasi lama telah berjaya menamatkan sehingga 5 ekspedisi Safari Borneo sebelum bersara

Isuzu D-Max (merentasi 2 generasi) telah berjaya menyelesaikan sehingga 13 siri ekspedisi Safari Borneo, salah satu ekspedisi off-road yang paling memenatkan di seluruh dunia.

Di sebalik beberapa pengubahsuaian seperti tayar, kit pengangkut, win dan pelindung badan – Isuzu D-Max ini mengalami penyeksaan bertahun-tahun tanpa gagal, di samping nampak bergaya ketika mengharungi ekspedisi.

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 05

Alangkah hebatnya jika Isuzu dapat membangunkan versi off-road berdasarkan model yang menamatkan Safari Borneo ini. Atau sekurang-kurangnya aksesori rasmi.

Isuzu jika anda sedang mendengar, berikan kami Edisi Safari Borneo. Tunjukkan pada dunia kebolehan kamu dan bawa nama Borneo ke pentas dunia!

Tiada alasan yang bagus untuk menjualnya

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 06

Tidak, kami tidak bercakap tentang nilai jualan semula. Walaupun permintaan terhadap Isuzu D-Max masih mengekalkan nilai yang baik – anda mungkin tidak akan mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk menjualnya.

Memandangkan kebolehpercayaan dan penjimatan bahan api yang terkemuka di kelasnya – Isuzu D-Max dipercayai mampu berkhidmat kepada pemiliknya sehingga 20 tahun atau lebih dengan penyelenggaraan berkala yang baik.

Baca: Rebiu: 2021 Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain - patut jadi pilihan utama, bukan lagi alternatif Hailak!

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 07

Oleh itu, walaupun seseorang mungkin ingin menjual D-Max mereka selepas beberapa tahun, kebolehpercayaan dan penjimatan bahan api tidak akan menjadi salah satu sebab mengapa anda melakukannya.

Tak akan jumpa tempat mencabar lagi

Tidak kira sama ada anda membeli Isuzu D-Max sebagai trak pikap gaya hidup atau sebagai kenderaan untuk perniagaan anda, satu perkara yang pasti – tiada lagi tempat mencabar untuk anda cuba.

Sama seperti sebuah supercar yang terperangkap dalam lalu lintas - D-Max lebih sesuai bergelut dalam lumpur, kawasan hutan atau sedang mencuba batu besar semasa cuba menyeberangi sungai.

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 08

Kebanyakan orang tidak akan pernah mengeksploitasi sepenuhnya keupayaan dan cengkaman lasak sistem 4X4 Terrain Response D-Max. Malangnya, kami perlu menjadikan ini sebagai satu lagi sebab mengapa kami tidak menyukai Isuzu D-Max

Isuzu D-Max tak cukup cangkuk teh ais ikat tepi

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 09

Sebelum anda merasakan bahawa kami sengaja mencari salah Isuzu D-Max, kami cuma nak bagitahu, Isuzu D-Max hanya mempunyai satu cangkuk teh ais ikat tepi, berbanding dua pada Perodua Myvi.

Walaupun cukup mengejutkan bahawa Isuzu juga memikirkan tentang butiran ini, kami terpaksa menjadikannya sebagai kekurangan kerana ia hanya mempunyai satu cangkuk di belakang tempat duduk sebelah penumpang, dan bukan di sebelah pemandu.

5 sebab utama mengapa Isuzu D-Max BUKAN pilihan utama kami! 10

Myvi mungkin mengalahkan D-Max untuk aspek ini, tetapi untuk berlaku adil, Myvi tidak boleh meranduk air sehingga kedalaman 800 mm. Untuk D-Max, itu hanyalah sekadar lopak.

Apa-apa pun, terima kasih kerana sanggup membaca sehingga habis. Semoga kegeraman terhadap Isuzu D-max ini dapat dipanjang-panjangkan supaya kita semua geram dengan trak pikap ini.

Baca: Isuzu D-Max 2022 tampil dengan rekaan ‘widebody’ dan ‘tipper truck’, mana satu pilihan kalbu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda