window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua!

Haris Β· May 18, 2022 08:00 PM

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 01

Anjakan paradigma yang mengelilingi trak pikap adalah menarik untuk diperhatikan: ia telah berubah daripada bentuk 'maskulin' kepada satu generasi di mana beberapa model kini tampil seperti SUV premium. Mungkin, tiada trak pikap yang dapat menggambarkan anjakan ini lebih baik daripada Mazda BT-50 3.0 High Plus 2022.

Berharga daripada RM 143,218.40 dan dibangunkan berdasarkan Isuzu D-Max X-Terrain, varian Mazda BT-50 ini boleh dikatakan salah satu pakej trak pikap terbaik di Malaysia, yang akan kami terokai dalam entri ini.

Kelebihan:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Ciri hebat, suite ADAS penuh
  • Penampilan premium
  • Pengunci LSD belakang untuk prestasi off-road

Kekurangan:

  • Harga cukai jalan yang agak tinggi 
  • Praktikaliti dan kerusi boleh diperbaiki
  • Tiada waranti 7 tahun seperti D-Max

Kelebihan #1: Ciri hebat, suite ADAS penuh

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 01

Sebagai varian tertinggi dalam tawaran BT-50 (hanya 2 varian sahaja ditawarkan), BT-50 3.0 High Plus dilengkapi dengan pelbagai jenis kelengkapan yang bagus untuk sensasi indera termasuk stereng kulit, tempat duduk kulit (dengan pelarasan kuasa 8 arah untuk pemandu), penghidup enjin jarak jauh dan juga corong pendingin hawa belakang.

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 02

Lebih penting lagi, Mazda BT-50 3.0 High Plus adalah satu-satunya dalam varian untuk menerima suite sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) penuh. Antara ciri-cirinya termasuk: 

  • Auto high-beam (AHB)
  • Blind spot monitoring dengan rear-cross traffic alert (BSM, RCTA)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Forward collision warning (FCW)
  • Autonomous emergency braking (AEB)
  • Adaptive cruise control (ACC)

Kelebihan #2: Penampilan premium

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 03

Berbeza dengan pendapat yang diwar-warkan oleh ramai pihak, keputusan Mazda untuk tidak menggunakan cladding plastik atau menampilkan reka bentuk fasia depan yang terlalu agresif adalah agak...menyegarkan. Apatah lagi di zaman Axia dan Iriz juga kini dilengkapi dengan cladding plastik ini.

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 04

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 05

Setakat ini, Mazda BT-50 mampu menarik mata yang memandangnya. Nuansa reka bentuk Kodo memperlihatkan BT-50 dengan sentuhan lembut hasil daripada garis badan yang lebih licin, warna yang lebih lembut dan rekaan yang lebih mirip kepada SUV berbanding trak pikap konvensional.

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 06

Tayar 18-inci adalah eksklusif untuk varian teratas

Namun disebalik kesemua rekaan yang mampu meletakkannya dalam lingkaran sosial borjuis Bangsar. ia mempunyai jarak kelegaan tanah 240 mm dan maksimum 800 mm untuk kedalaman meranduk air (jauh mengatasi Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton, kedua-duanya pada 700 mm), angka yang seri dengan Ford Ranger Wildtrak .

Baca: 5 kereta terbaik untuk meredah banjir di Malaysia. Kedalaman meranduk 900mm!

Kelebihan #3: Pengunci LSD belakang untuk prestasi luar jalan

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 07

Di sebalik rekaan Kodo ini terdapat sebuah trak pikap yang sangat berkemampuan hasil daripada kepakaran Isuzu. Kuasa dihamburkan daripada enjin 3.0 liter turbodiesel (4JJ3-TCX) dengan kuasa kuda 190 PS dan tork 450 Nm, disalurkan melalui transmisi automatik 6-kelajuan yang lancar. Hantaran kuasa lebih kepada santai serta dipadankan dengan stereng yang tidak terlalu berat, menjadikan pemanduan bandar semudah membawa SUV.

Pandu trak ini keluar daripada jalan raya asfalt dan ia boleh bersaing dengan trak pikap arus perdana sedia ada. Mazda BT-50 juga membolehkan pemandu bertukar antara mod 2H, 4L dan 4H dengan hanya memulas tombol.

Tidak lupa juga, varian High Plus BT-50 ini turut menambah pengunci Limited Slip Differential belakang, seterusnya membantu meningkatkan prestasi off-road. Dalam hal ini, ia juga tidak kalah dengan Hilux, Triton atau Ranger, malah setanding.

Kekurangan #1: Harga cukai jalan yang agak tinggi

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 08

Mungkin ia adalah sebahagian daripada pakej pemilikan sebuah trak pikap tetapi Mazda BT-50 mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan pesaing, setaraf dengan Isuzu D-Max X-Terrain.

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 09

Sebahagian besar daripada kos itu datang melalui enjin 3.0 liter (dengan cukai jalan tahunan berharga RM 1,640 di Semenanjung Malaysia, RM 903 di Sabah dan Sarawak) - jauh lebih tinggi daripada pesaingnya yang menggunakan kapasiti enjin 2.2-, 2.4-, atau 2.8 liter.

Kekurangan #2: Praktikaliti dan kerusi boleh diperbaiki

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 10

Beberapa kekurangan Mazda BT-50 terlindung dari pandangan mata dari luar kerana ia sebahagian besarnya adalah susun atur kabin dalamannya. Sebagai sebuah trak pikap, ia boleh dipertingkat dengan penyelesaian storan yang lebih baik dan mempunyai bangku tempat duduk belakang yang lebih selesa.

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 11

Tempat duduk belakang agak tegak (seperti kebanyakan trak lain), dan ini terasa janggal pada badan, menjadikan perjalanan jarak jauh agak membosankan. Mitsubishi Triton menangani isu ini dengan sangat baik dengan kerusi berkontur 'J-Line' khas yang menjadikan tempat duduk belakang lebih selesa.

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 12

Juga masih berkisar mengenai tempat duduk belakang, Mazda BT-50 tidak datang dengan sebarang ruang simpanan rahsia tambahan di sekeliling kerusi belakang untuk menyembunyikan barang-barang kecil apabila dek muatan tidak mampu memberi manfaat kepada anda. Sekali lagi merujuk kepada Mitsubishi Triton, ia mempunyai ruang simpanan rahsia yang agak bagus dan mungkin sekali penanda aras terbaharu di dalam kelas trak pikap.

Kekurangan #3: Tiada waranti 7 tahun seperti D-Max

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 13

Bayangkan Aruz dan Rush mempunyai waranti berbeza

Model asas, Isuzu D-Max X-Terrain dalam varian teratas – didatangkan dengan waranti perbatuan 7 tahun / tanpa had yang mungkin sekali terbaik dalam mana-mana kenderaan yang ditawarkan di Malaysia. Untuk Mazda pula, pembeli hanya mendapat waranti yang lebih pendek, 5 tahun / 100,000 km.

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 14

Kedua-dua varian juga tidak termasuk dalam pakej penyelenggaraan/perkhidmatan percuma Bermaz Motors seperti model lain.

Terdapat 2 perspektif dapat dilihat untuk situasi ini. Sebagai model yang sama, Mazda BT-50 mempunyai semua kelebihan yang ada pada Isuzu D-Max. Jaminan waranti hanyalah polisi hitam-putih syarikat sahaja. Lagi pula, di Thailand kedua-duanya dipasang sebelah menyebelah.

Atau perspektif lain, jaminan pengeluar dilihat sebagai komitmen terhadap kualiti. Dalam erti kata lain, Mazda BT-50 mungkin tidak setanding kualiti Isuzu D-Max. Terpulang kepada anda untuk menilai.

Konklusi: Produk yang agak niche, seperti sebelumnya

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 15

Terdapat beberapa perkara yang menarik tentang Mazda BT-50 3.0 High Plus 2022 ini. Bagi pemerhati automotif kasual, ia kelihatan seperti satu fesyen atau trend, namun di sebalik sentimen itu, ada individu yang mahu menonjol sedikit di tengah-tengah lautan sedan atau SUV segmen C mahupun trak pikap yang boleh didapati pada harga yang kompetitif.

Kebaikan & Keburukan: Mazda BT-50 3.0 High Plus - Trak pikap ini bukan untuk semua! 16

Berapa banyak Mazda BT-50 yang anda lihat di atas jalan? Mungkin tak banyak tetapi tak dinafikan, ia masih ada. Walaupun dalam generasi lama. Jika jenama tidak memainkan peranan besar dalam keputusan pembelian kenderaan, maka tiada jenama yang akan mengeluarkan bajet besar untuk pemasaran. Bagi mereka yang memahami posisi jenama Mazda, anda pastinya akan memahami mengapa BT-50 ini tetap dipasarkan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda BT-50 Double Cab 1.9 High

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda