Pencipta MaxTAG, EFKON persoal kenapa SmartTAG & TnG diganti dengan RFID yang lagi hampeh

EFKON Asia Sdn Bhd, penyedia teknologi Austria bagi sistem kutipan tol Infra-Merah (IR) di lebuh raya Malaysia, berkata sistem yang terbukti itu sedia dan mampu membantu mempercepatkan pelaksanaan sistem aliran bebas trafik berbilang lorong dan membantu mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Pengarah EFKON Asia, Helmuth Blasch menegaskan bahawa sistem IR yang menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan unit pembaca tol yang terkenal sebagai SmartTAG mempunyai gabungan pangkalan pelanggan seramai lima juta pengguna dan jumlah ini semakin berkembang.

“Ditambah dengan usaha menaik taraf produk berterusan yang telah meningkatkan kebolehpercayaan sistem dan pengalaman pengguna dengan ketara, sistem ini menjadi titik persediaan yang ideal dan jauh lebih maju untuk mencapai objektif lebuh raya bebas kesesakan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) berbanding dengan sistem pembayaran Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) yang masih baru,” katanya

Blasch menegaskan bahawa pada tahun ini sahaja, dianggarkan 75% daripada 270,000 kereta penumpang dan kenderaan komersial baharu yang didaftarkan di Semenanjung Malaysia sehingga September 2021 telahpun diserahkan kepada pembeli lengkap dengan pembaca tol terbina dalaman atau peranti mudah alih yang serasi dengan SmartTAG.

“Ini merupakan petunjuk jelas bahawa sistem IR terus menikmati keyakinan pengeluar, penjual dan pemilik kenderaan dan telah membuktikan nilainya sebagai sistem kutipan tol tanpa tunai yang cekap, mudah dan kos efektif,” tambah beliau lagi. 

Berdasarkan maklum balas orang ramai terhadap pengumuman baru-baru ini oleh Kementerian Kerjaraya Malaysia (KKM), kebanyakan pengguna lebuh raya jelas lebih mengutamakan kemudahan unggul, kebolehpercayaan yang terbukti dan pengalaman pengguna yang lebih baik yang diberikan oleh sistem IR, yang telah digunakan di negara ini sejak tahun 2005.

Blasch percaya bahawa pihak berkuasa dan syarikat konsesi lebuh raya harus melihat kepada menambah dan bukannya mengurangkan lorong SmartTAG jika objektifnya adalah untuk mengurangkan kesesakan di plaza tol.      

“Di Jerman, Sistem Tol Trak Seluruh Negara yang dipasang di semua lebuh raya dalam konfigurasi Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) telah terbukti sangat berkesan, memenuhi keperluan lebih dua juta trak yang bergerak sehingga 100 km/j. Ia menggunakan teknologi IR yang serupa di Malaysia untuk mengesahkan pembayaran. Kami juga telah berjaya mengulangi ujian ini di Malaysia. Unit serasi SmartTAG kami mematuhi piawaian DSRC (Dedicated Short-Range Communication) dan diperakui ECE R10. Mereka beroperasi dalam jalur 400THz. Senang cerita, ia dapat memindahkan data 10,000 kali lebih cepat daripada RFID. Dengan berkuasa bateri, setiap unit aktif dengan masa bangun hanya dua milisaat berbanding RFID pasif 45 milisaat,” jelas beliau.

EFKON Asia telah bekerjasama rapat dengan pengeluar tempatan peranti serasi SmartTAG untuk terus memperkenalkan peningkatan dan menambah baik pengalaman pengguna.

“Bagi pengguna, pembaca tol terbina dalaman yang serasi dengan SmartTAG dikuasakan secara langsung oleh bateri kereta manakala unit mudah alih seperti MaxTAG kini didatangkan dengan bateri 1000mAh dan boleh dicas semula yang mana ia berkuasa dan tahan lama. Port USB untuk pengecasan mudah di dalam kereta juga ada bagi memastikan ketersediaan pada setiap masa. Bagi syarikat konsesi lebuh raya, kami kini menawarkan antena sisi lorong baharu pada kos subsidi untuk menaik taraf prestasi lorong SmartTAG bagi memastikan aliran trafik yang lebih lancar.

Pada suku pertama tahun 2022, kami akan bergerak ke arah pendigitalan dengan mendayakan sambungan Bluetooth antara peranti dan telefon pintar serta sistem media kereta kami. Sambungan ke e-dompet untuk tambah nilai mudah juga boleh dilakukan,” tambah Blasch.

Juga bacaLorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton X70

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model