window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID?

Khairil ยท Dec 18, 2021 08:00 PM

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 01

Pengumuman Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenai pemansuhan secara berperingkat lorong kad Touch 'n Go (TnG) dan SmartTag bagi memberi laluan kepada RFID di lebuhraya PLUS mencetus banyak persoalan kepada pengguna lebuhraya berkenaan. 

Dalam pengumuman berkenaan, transaksi tol dengan teknologi RFID akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari depan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1).

Juga baca: Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 01

Sekalipun belum diketahui bila tarikh lorong TnG dan SmartTag akan dimansuhkan, pengumuman itu memberi peringatan agar penggunanya supaya membeli 'tag' RFID atau Identifikasi Frekuensi Radio bagi mengelakkan masalah berbangkit di masa depan.

Justeru, bagaimana hendak mendapatkan kelengkapan itu? Ini adalah panduan ringkas untuk anda.

Pusat Pemasangan RFID

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 02

Ada dua cara untuk mendapatkan tag TnG RFID untuk kereta anda. Pertama dan paling asas adalah bawa kerata anda ke salah satu daripada 39 Pusat Pemasangan RFID di seluruh semenanjung.

Pengguna boleh mencari pusat berkenaan berhampiran anda selain informasi lain menerusi pautan ini. Dalam pautan itu, turut disertakan lokasi pusat berkenaan menerusi aplikasi Google Maps dan Waze.

Menurut laman web TnG, pengguna tidak lagi memerlukan temujanji untuk ke pusat berkenaan. Tetapi kami nasihatnya agar menelefon dulu pusat berkenaan bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama.

Tempah secara atas talian

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 03

Jika kamu seorang yang gemarkan DIY atau buat sendiri di rumah, kamu boleh membeli 'kit' RFID secara dalam talian. Kit ini juga boleh dibeli di aplikasi jual beli Shopee dan Lazada. Cara yang palik disyorkan adalah membeli kit berkenaan menerusi aplikasi eWallet TnG

Juga baca: Nak buang TnG dan Smart Tag? Ini rakaman RFID gagal sampai palang kena kereta!

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 04

Jika aplikasi eWallet TnG anda tidak memaparkan RFID pada muka pertama, tekan 'More' untuk pemasangan.

Tidak sukar, hanya dengan membuka aplikasi TnG anda, pilih RFID kamu akan dibawa terus untuk memesan kit berkenaan di muka surat berikutnya.

Kemudian, kamu hanya perlu 'klik' dan memberikan segala maklumat yang diminta seperti alamat dan membayar RM 35 menerusi aplikasi eWallet TnG. Sudah tentu, kamu juga perlu membayar cas penghantaran.

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 05

TnG mengesyorkan untuk melekatkan tag berkenaan di bahagian cermin depan bagi kenderaan besar seperti SUV dan MPV namun untuk kereta dalam segmen sedan, ia disarankan untuk dilekatkan di bahagian lampu depan utama.

Seperti cukai jalan, tag RFID perlu dilekatkan di bahagian kiri kenderaan anda. Ia juga perlu dilekatkan sekurang-kurangnya 5 cm daripada sebarang bucu dan kami menyarankan agar ukuran yang tepat dibuat sebelum anda menampal pelekat tag berkenaan.

Cara pemasangan

  • Gosok bahagian permukaan dengan kain pengelap alkohol bagi mendapatkan permukaan bersih daripada sebarang kekotoran terutama minyak
  • Apabila sudah kering, kopek pelekat tag dan dengan berhati-hati, tampalkannya di permukaan yang dikehendaki.

Nota* Apabila tag sudah ditampal, tidak mudah untuk menanggalkannya. Jika kamu melakukan kesilapan, kamu boleh menempah tag baharu daripada TnG tetapi hanya sekali. Jika terus melakukan kesilapan, kamu perlu membayar harga penuh.

Aktifkan RFID anda

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 06

Kemudian, kamu perlu mengaktifkan tag RFID. Dua cara boleh dilakukan iaitu sama ada menggunakan laman web TnG atau paling muda, menggunakan aplikasi eWallet TnG.

  • Buka aplikasi TnG, pilih RFID
  • Aktifkan RFID dengan mengimbas kod bar di bawah pelekat tag
  • Proses pengaktifan mengambil masa 24 jam

Apa yang pasti, pengumuman penamatan lorong TnG dan SmartTag di masa depan sebenarnya tidak mencetus banyak keterujaan kepada pengguna sebaliknya mencipta lebih banyak persoalan yang berpotensi memeningkan.

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 07

Secara ringkas, tag RFID hanya dipautkan kepada satu unit eWallet TnG, jadi bagaimana jika kereta yang digunakan dikongsi dalam satu keluarga atau rakan. Siapakah yang akan membayar tol berkenaan jika ia digunakan oleh orang lain?

Dan antara persoalan paling popular, bagaimana jika pengimbas tidak berjaya mengesan tag RFID? Dengan TnG dan SmartTag, ia sekurang-kurangnya mempunyai kad untuk diimbas di tepi 'booth' tol.

Juga Baca: Percubaan tol tanpa palang Malaysia bermula di Besraya pada tahun 2022

Lorong TnG, SmartTag bakal dimansuh, jadi di mana, bagaimana nak dapatkan dan aktifkan RFID? 08

Jika difikirkan, RFID dan teknologi SmartTag hampir serupa namun dengan hanya menggunakan pelekat, pengguna tidak perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membeli peranti SmartTag atau bateri untuk mengaktifkannnya.

Apapun, sama-samalah kita nantikan adakah projek ini akan mencetus lebih banyak 'pening kepala' atau semakin memudahkan. 

*Artikel ini adalah terjemahan yang diolah semula. Pautan asal dalam Bahasa Inggeris di sini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda