window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan

Mersita · Dec 16, 2021 04:21 PM

Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan 01

Kaedah kutipan tol menggunakan kad Touch n’ Go dan SmartTAG di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuhraya sebelum pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi Lane Free Flow – MLFF).

Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan 02

Pengumuman oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia ini dibuat susulan pelaksanaan transaksi tol menggunakan RFID (Radio Frequency Identification) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara Selatan yang akan bermula dari 15 Januari 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat masa ini, kaedah pembayaran tol menggunakan kad TnG dan SmartTAG masih lagi disediakan.

Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan 01

Dengan pelaksanaan RFID ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi kemudahan pengguna.

Ia juga selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (Intelligent Transport System – ITS Blue Print) yang diterajui KKR, termasuklah MLFF.

Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan 02

Menurut KKR, sistem RFID membolehkan perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/jam.

Antara kelebihan lain RFID termasuklah kebolehan transaksi tol tanpa sentuh yang boleh mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, mengurangkan kesesakan di plaza tol, serta penawaran sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet dimana pengguna sudah tidak perlu ‘top up’ di kaunter tambah nilai.

Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan 03

Kereta anda belum dilengkapi RFID? Beli tag RFID secara atas-talian menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, portal Touch ‘n Go, atau ejen pemasaran yang dilantik untuk memasangnya sendiri.

Terdapat 39 pusat pemasangan tag RFID di seluruh Semenanjung Malaysia, dan lebih banyak pusat pemasangan akan ditambah bagi memudahkan peralihan pengguna kepada sistem pembayaran RFID.

Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan 04

"Berapa harga RFID?" tanya Makcik Kiah.

Layari laman sesawang PLUS dan portal Touch 'n Go untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kutipan tol di laluan Juru, Pulau Pinang - Skudai, Johor.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda