window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta "sport" asas Porsche!

Haris · Feb 26, 2023 10:00 AM

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Oliver Blume mengumumkan bahawa Porsche 718 generasi akan datang akan menjadi model elektrik (EV) menjelang 2025. Ini bermakna enjin pembakaran dalaman yang kini digunakan Porsche akan menghembuskan nafas terakhirnya dalam Porsche 718 Cayman / Boxster generasi semasa (982).

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Adakah itu bermakna bahawa Porsche 718 Cayman / Boxster generasi semasa (982) bakal menjadi model ikonik yang bernilai? Itu bergantung kepada varian dan/atau spesifikasi tetapi ada kemungkinan Porsche 718 EV akan datang hanya akan menambahkan lagi susut nilai generasi 718 semasa. Hmm..

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berapakah harga Porsche 718 ketika baharu?

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Porsche 718 Boxster dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada tahun 2016 dengan harga bermula RM 480k. Porsche 718 Cayman tiba kemudian pada tahun 2017 dengan harga permulaan RM 530k. Perhatikan bahawa ini adalah model asas tanpa sebarang pilihan ditambah.

Berapakah harga Porsche 718 terpakai ketika ini?

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Harga semasa (ketika artikel ditulis) untuk Porsche 718 Cayman recond adalah purata sekitar RM 350k hingga RM 400k untuk model 2018-2019.

Porsche 718 Boxster recond ebih sukar diperoleh justeru mudah mendapat peningkatan harga sekurang-kurangnya +RM 50k atau lebih. Walau bagaimanapun, harga untuk model ini sangat dipengaruhi oleh bilangan pilihan yang ditawarkan.

Apakah perbezaan di antara Cayman dengan Boxster?

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Porsche 718 Cayman

Terdapat dua gaya badan untuk Porsche 718 iaitu - coupe (718 Cayman) dan convertible (718 Boxster). Dalam setiap gaya badan, terdapat beberapa varian iaitu, Cayman/Boxster (asas), Cayman/Boxster S, Cayman/Boxster GTS, Cayman/Boxster GT4, dan lain-lain.

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Porsche 718 Boxster

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai varian Porsche, rujuk pautan di bawah. Disebabkan varian Porsche agak kompleks dengan harga yang boleh melonjak tinggi mengikut varian, bagi panduan kereta terpakai ini kita melihat hanya varian asas 718 Cayman / Boxster dan varian di atasnya iaitu 718 Cayman / Boxster S.

Baca: Panduan: Porsche Cayenne terpakai (958 generasi ke-2) dari RM 300k, masih boleh "loan" kalau teringin!

Apa perbezaan untuk varian ‘S’?

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Ringkasnya, kuasa. Porsche 718 Cayman / Boxster mendapat enjin 4-silinder "Boxer" 2.0 liter turbocaj yang menghasilkan 300 PS / 380 Nm, manakala Porsche 718 Cayman / Boxster S mendapat enjin 2.5 liter yang lebih besar dengan turbo geometri turbin yang menghasilkan 350 PS / 420 Nm

Kedua-dua enjin dipadankan dengan pilihan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan atau manual 6-kelajuan, lebih banyak didapati dalam pilihan pertama.

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Pengenalan enjin 4-silinder "Boxer" turbocaj yang dikecilkan bagi menggantikan enjin 6-silinder beraspirasi semula jadi dari sebelumnya tidak diterima dengan baik oleh peminat. Namun secara objektif, dalam setiap metrik yang boleh diukur (kuasa dan kecekapan), enjin baru adalah lebih baik daripada sebelumnya.

Bagi pasaran Malaysia, enjin yang lebih kecil bermakna cukai jalan yang lebih rendah lantas lebih ramai yang mampu bergaya dengannya.

Varian Porsche 718 yang disyorkan?

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Masih mempunyai but belakang

Varian yang disyorkan untuk mana-mana Porsche selalunya berkait dengan bajet anda. Sungguhpun begitu, terdapat lebih banyak pilihan untuk Porsche 718 Cayman asas dengan enjin 2.0L dan sebaik sahaja anda mahu ke varian S, terdapat potensi untuk harga bertindih dengan varian GTS yang lebih tinggi. Justeru, ia berbalik kepada berapakah kemampuan sebenar anda.

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Bonet hadapan juga mempunyai ruang

Selalunya, Porsche 718 Cayman asas dengan enjin 2.0 liter turbocaj cukup untuk penggunaan dan penggayaan anda. Ini bukan untuk merendahkan tahap kemampuan anda tetapi hanyalah sekadar pilihan yang lebih membebaskan tahap kewangan anda.

Apa masalah dan tips sebelum membeli Porsche 718?

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Kami merujuk kepada Adrian Mak yang mengendalikan bengkel Porsche bebas terbesar di Malaysia, dinamakan sebagai The Porsche Lover kerana kepakarannya dalam memelihara dan membaik pulih model Porsche.

Secara amnya, kami diberitahu bahawa Porsche 718 Cayman / Boxster umumnya sebuah kenderaan yang boleh dipercayai, dengan ketahanan yang agak bagus untuk standard Porsche.

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Walau bagaimanapun, satu isu biasa ialah kegagalan pam air yang akan menyebabkan kebocoran penyejuk. Ini boleh berlaku untuk kereta dengan jarak tempuh serendah 30-40k km.

Apabila ini berlaku, kereta boleh mengeluarkan amaran penyejuk rendah dan pemeriksaan akan mendedahkan kesan air / penyejuk yang meleleh. Penggantian komponen pam air yang mudah adalah jawapannya.

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Setakat itu sahaja untuk isu-isu biasa. Perhatian harus diberikan kepada komponen haus dan lusuh seperti penyerap hentak, bushing, sendi, brek, tayar, dll. kerana komponen bahagian bawah inilah yang selalunya mampu menjadikan kos pemuliharaan tinggi.

Apa lagi yang perlu saya tahu mengenai Porsche 718?

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Seperti biasa, berhati-hati dengan unit dengan perbatuan yang telah dipusing semula atau unit dengan talaan semula. Sekiranya anda tidak pasti keadaan unit tertentu yang anda lihat, The Porsche Lover ada menyediakan pemeriksaan pra-pembelian (PPI) pada harga RM 300 untuk pemeriksaan kenderaan yang menyeluruh.

Konklusi

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Porsche 718 Cayman/Boxster telah terbukti cukup dipercayai untuk berkhidmat sebagai pemandu harian dan kenderaan hujung minggu untuk pemanduan yang penuh bersemangat. Dengan generasi akan datang yang bakal hadir dalam pacuan elektrik penuh, kini adalah masa yang baik untuk membeli Porsche 718 berenjin pembakaran terakhir pada harga yang boleh dicapai.

Atau lihat sahaja senarai Porsche 718 melalui pautan di laman Carlist ini.

Porsche 718 Boxster/Cayman terpakai sekitar RM 330k, jika nak merasa kereta

Bagi mereka yang berminat, The Porsche Lover terletak di 1, Jalan Pendidik U1/31, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Maklumat untuk dihubungi boleh didapati di sini.

Baca: Diilhamkan oleh Mazda MX-5 dan Toyota - Ini bagaimana Porsche Boxster menyelamatkan Porsche

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Porsche 718 Boxster GTS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda