window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta "Continental", ini 3 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum beli!

Haris · Apr 8, 2023 06:00 PM

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Kereta continental sering dilihat lebih atasan berbanding model jenama timur kerana penampilan mereka yang lebih elegan, prestasi yang lebih mantap, teknologi, dan keselamatan yang lebih maju.

Salah faham yang sering berlegar berkaitan dengan kereta continental adalah jenama segmen premium seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi dan Volvo sahaja yang merupakan kereta continental.

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebenarnya, volum pasaran yang terhad ditambah dengan situasi (percukaian, jarak daripada negara pengeluar) di luar kawalan telah mewujudkan jurang antara jenama timur dan barat.

Justeru, tidak hairanlah jika ramai yang cenderung untuk mempercayai bahawa kereta "continental" adalah model premium manakala kenderaan pengeluaran massa/marhaen cenderung kereta daripada jenama timur.

Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa kereta continental juga mempunyai lebih banyak jenama arus perdana yang berkebolehan, setanding model pasaran massa Jepun yang popular di sini. Jenama seperti Volkswagen dan Peugeot adalah kereta continental yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan arus perdana.

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Di satu sudut, jenama seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi dan Volvo semuanya terkenal di Malaysia untuk model premium mereka. Jenama ini dibezakan oleh teknologi terkini dan bahan premium yang digunakan dalam pembangunan. Model-model jenama ini adalah model ruji bagi segmen premium.

Sebaliknya, Volkswagen dan Peugeot menyasarkan model mereka dalam kurungan harga lebih dekat dengan model Jepun walaupun ia masih sebenarnya kereta continental.

Sekiranya anda mempertimbangkan kereta continental, ikuti beberapa sentimen berikut sebelum melakukan pembelian.

1. Model, portfolio dan rekod lampau

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Kereta continental menarik minat pengguna yang sanggup membelanjakan wang untuk teknologi terkini. Ini termasuk sistem infotainment, ciri keselesaan dan keselamatan, yang semakin berpengaruh dalam pertimbangan pembeli kerana kenderaan ini merupakan sebahagian besar daripada aspek kehidupan kita.

Bukan itu sahaja, jenama premium mempunyai prestij yang tersendiri lantas dengan menawarkan rekaan serta teknologi yang terkini kepada pengguna, ia semakin memberi pengaruh besar terhadap kemahuan individu.

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Lagi pun, siapa tak nak kereta yang lebih selamat? Sekiranya anda mampu membayar harga premium untuk keselamatan anda, anda tentu sanggup. Siapa yang mahu menentang idea mengenai hidup lebih lama?

Jenama premium juga memahami kehendak ini. Justeru, model terbaru sentiasa menuju ke Malaysia hampir sebaik sahaja ia dilancarkan secara global. Mercedes-Benz dan BMW menerajui aspek ini tetapi Volvo tidak jauh di belakang.

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Kehendak pasaran juga memerlukan pemasangan tempatan (CKD) untuk mengurangkan harga dan trio jenama ini telah menubuhkan operasi mereka di Malaysia. Malah, operasi CKD Volvo di sini adalah yang paling lama dalam kalangan pengeluar lain... bermula seawal tahun 1960-an.

Sungguhpun begitu, keyakinan bagi sesetengah jenama continental lain ada yang merudum disebabkan pengurusan lampau oleh pemegang francais, kekurangan spesifikasi yang sesuai dengan keperluan pasaran tempatan, dan skala ekonomi. Faktor-faktor ini meletakkan pembeli di posisi sukar kerana mereka perlu membayar lebih mahal untuk alat ganti dan memastikan kenderaan mereka terus berjalan.

2. Harga dan susut nilai

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Bergantung kepada bahagian mana anda berada, susut nilai adalah musuh atau sahabat anda.

Sama seperti telefon pintar terkini yang semakin ketinggalan zaman dengan pantas, kereta continental premium juga mengemas kini teknologi mereka dengan setiap generasi baru.

Disebabkan kemajuan sepantas kilat dalam teknologi ini, ia menjadikan kereta premium anda berada dalam cermin pandang belakang model pengganti apabila kemaskini facelift (atau terma LCI - Life Cycle Impulse) memperkenalkan ciri terkini dan terhebat.

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Di samping itu, kelemahan teknologi moden ini adalah kos yang berkaitan dengan baik pulih sekiranya ada sesuatu yang rosak. Lebih kerap daripada tidak, memperbaiki sesuatu komponen dalam kereta premium menjadi sukar kerana tahap kerumitan dan penyelesaian mudah adalah untuk menggantikannya.

Selepas jaminan tamat, anda akan disediakan dengan bil penyelenggaraan dan baik pulih yang melonjak dari empat angka hingga mencecah lima angka dalam sekelip lampu periksa enjin.

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Juga bukan sesuatu yang luar biasa bagi kereta continental untuk susut nilai sebanyak 25 peratus daripada harga asal mereka dalam 2 tahun pertama. Malah, semakin tinggi model dalam hierarki segmen, semakin besar kadar susut nilai.

Bagi seseorang yang ingin membeli kereta continental terpakai, ini antara faktor yang memihak kepada mereka. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan mengenai servis. Jika anda mempertimbangkan model generasi lama atau yang sudah melebihi jaminan, ini bermakna apa-apa masalah akan diuruskan secara terus dari poket anda.

3. Kos servis dan penyelenggaraan

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

WapCar mempunyai panduan yang meluas untuk membeli kereta continental pra-milik, termasuk kos penyelenggaraan dan operasi. Kami juga berkongsi bengkel pakar yang memberi tumpuan kepada pembuatan tertentu.

Adalah penting untuk diingatkan bahawa semua penjimatan yang yang anda perolehi melalui susut nilai akan menjadi ilusi semata apabila kereta continental terpakai anda mula menunjukkan tanda kekurangannya.

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Kini, CARSOME telah melancarkan Pusat Servis CARSOME yang memenuhi keperluan kereta di luar jaminan, justeru memiliki kereta continental terpakai sudah kurang memeningkan kerana penyelenggaraan dan baik pulih yang boleh dipercayai akhirnya tersedia.

Semak mengenai pusat servis CARSOME di pautan ini.

Baca: CARSOME Service Center - bengkel servis kereta yang berkualiti, telus & menjimatkan kos

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Model kereta continental yang disyorkan

Tinjauan di laman CARSOME akan memaparkan beberapa model continental yang popular dalam inventori mereka. Kami telah menyenaraikan 5 model popular yang meliputi spektrum keperluan pengguna yang luas mengikut citarasa umum.

BMW 3 Series

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

BMW 3 Series adalah model popular malar segar. Kebahagiaan memandu yang mengasyikkan kini menjadi penanda aras industri untuk sedan sport menjadikan BMW ini satu pilihan yang tidak boleh salah. Walaupun dalam varian peringkat permulaan, pengendalian terkenal tetap dirasai namun rasailah trim M Sport teratas jika mampu.

Lihat beberapa contoh di CARSOME tetapi pastikan anda membaca panduan kami untuk membeli BMW 3 Series generasi F30 terpakai melalui pautan di bawah.

  • 2021 BMW 330i M Sport Driving Assist Pack 2.0

    RM 253,900
    RM 2,892
    /bulan

    26,660 km

    2 years

    Perai

  • 2020 BMW 330i M Sport 2.0

    RM 230,000
    RM 2,608
    /bulan

    36,446 km

    3 years

    Masai

  • 2021 BMW 330i M Sport Driving Assist Pack 2.0

    RM 265,900
    RM 2,914
    /bulan

    20,795 km

    2 years

    Petaling Jaya

Baca: F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI

Mercedes-Benz C-Class

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Sekiranya anda mencari sesuatu melebihi pemanduan dan pengendalian, Mercedes-Benz C-Class adalah model terbaik dan kontra kepada 3 Series.

C-Class meletakkan dirinya sebagai pilihan mewah dan lebih elegan di jalan raya dengan rasa tenang yang meyakinkan, membolehkan anda menikmati perjalanan mengikuti citarasa anda sendiri.

Seperti biasa, CARSOME menawarkan beberapa unit C-Class terpakai yang bagus dengan panduan biasa kami di pautan berikutnya.

  • 2018 Mercedes-Benz C200 Avantgarde 2.0

    RM 182,100
    RM 2,083
    /bulan

    69,993 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2015 Mercedes-Benz C200 Avantgarde 2.0

    RM 152,400
    RM 1,670
    /bulan

    96,320 km

    8.5 years

    Petaling Jaya

  • 2020 Mercedes-Benz C200 AMG Line 2.0

    RM 237,800
    RM 2,673
    /bulan

    39,479 km

    3.5 years

    Perai

Baca: Mercedes-Benz C-Class W205 terpakai - simbol kejayaan tapi harga Honda Civic sahaja, baloi tak?

Volkswagen Tiguan

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Untuk mereka yang berkeluarga, Volkswagen Tiguan adalah model terlaris VW di sini untuk alasan yang baik, menyumbang lebih separuh daripada jualan di negara ini. Ia adalah SUV bersaiz sederhana yang mamtap dengan pemanduan yang bagus setanding reputasi kereta continental.

Tambahan pula, terdapat juga varian 7-tempat duduk yang tersedia, menambah daya tarikan dan fungsi sebagai penggerak keluarga. Sekiranya SUV Jepun tidak menarik minat anda, Tiguan adalah pilihan rombongan anda.

Model Volkswagen Tiguan terpakai tak mudah didapati malah untuk CARSOME sekalipun jadi cepat tekan pautan yang diberikan ini.

  • 2019 Volkswagen TIGUAN 280 TSI HIGHLINE 1.4

    RM 121,900
    RM 1,336
    /bulan

    38,374 km

    4.5 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Volkswagen TIGUAN 280 TSI HIGHLINE 1.4

    RM 110,000
    RM 1,205
    /bulan

    33,215 km

    5.5 years

    Petaling Jaya

  • 2019 Volkswagen TIGUAN 280 TSI HIGHLINE 1.4

    RM 120,600
    RM 1,322
    /bulan

    36,450 km

    4 years

    Kuala Lumpur

Volvo XC60

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

Sinonim dengan keselamatan, tidak ada kereta yang lebih baik untuk keluarga daripada Volvo. Walaupun model yang ditawarkan terhad, jenama itu menonjol sebagai nilai yang lebih baik untuk wang anda berbanding BMW dan Mercedes-Benz biasa.

Namun,boleh menjadi SUV prestasi bukan pilihan utama yang mungkin sesuai dengan mereka yang suka merendah diri.

Tidak menghairankan, unit Volvo XC60 terpakai terjual dengan cepat di CARSOME namun apa kata tinjau sekali sekala jika ia tidak tersenarai.

  • 2019 Volvo XC60 T8 2.0

    RM 252,300
    RM 2,793
    /bulan

    49,176 km

    5 years

    Kuala Lumpur

  • 2016 Volvo XC60 T6 2.0

    RM 109,600
    RM 1,210
    /bulan

    68,139 km

    6.5 years

    Petaling Jaya

  • 2015 Volvo XC60 T6 2.0

    RM 98,900
    RM 1,084
    /bulan

    83,782 km

    8.5 years

    Kuala Lumpur

Mini Cooper Countryman

Pendedahan: Segala-galanya mengenai kereta

MINI Cooper Countryman adalah SUV kompak untuk mereka yang memerlukan praiktikaliti tanpa mengorbankan pengendalian go-kart Mini yang terkenal itu.

Ia masih sebuah SUV yang berkeupayaan tinggi justeru jangan takut untuk membawanya berjalan jauh mahupun berriadah dengan cara anda.

Beberapa contoh MINI Cooper Countryman terpakai di CARSOME di sini tetapi jangan lupa untuk melihat panduan kami sebelum membeli.

  • 2018 Mini COUNTRYMAN COOPER S E-HYBRID 1.5

    RM 167,900
    RM 1,772
    /bulan

    31,426 km

    5.5 years

    Petaling Jaya

  • 2015 Mini COUNTRYMAN COOPER 1.6

    RM 106,400
    RM 1,166
    /bulan

    65,839 km

    8.5 years

    Kuala Lumpur

  • 2019 MINI Countryman Cooper S Pure 2.0

    RM 183,200
    RM 2,095
    /bulan

    46,122 km

    4.5 years

    Petaling Jaya

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda