3 lagi jenama gergasi kereta elektrik (EV) akan masuk pasaran Indonesia tahun ini - BYD, VW dan?
Faisal ยท Feb 25, 2023 04:00 PM
0
0
Dalam dunia elektrifikasi, Indonesia adalah antara negara yang pelabur-pelabur besar berminat untuk menapak.
Menurut Ketua Pengarah hal ehwal Mesin, Kelengkapan Pengangkutan dan Elektronik (ILMATE) dari Kementerian Industri Indonesia, Taufiek Bawazier, tahun ini akan ada pengeluar dari China, Jepun dan Eropah datang untuk melabur dan mengorak langkah, sekaligus meningkatkan lagi sektor industri di sana.
Kata beliau juga, produksi kereta elektrik ketiga-tiga jenama ini akan siap pada tahun 2024. Kilang pengeluar EV itu akan mula dibina dalam tahun ini juga. Apapun, Taufiek belum mendedahkan jenama baru mana yang akan memasang kereta elektrik di Indonesia.
Namun begitu, beberapa jenama telahpun giat berbincang dengan kerajaan Indonesia berkenaan industri kereta elektrik di sana. Salah-satunya adalah BYD Automobile Co Ltd dan Volkswagen.
Kalau anda nak tahu, proses pelaburan BYD di Indonesia adalah dalam fasa terakhir. Di negara Malaysia pula, BYD sudahpun mula bergerak laju di Lembah Klang dan akan diperkenalkan ke seluruh negara.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.