Rebiu: Bagaimana 'feel' memandu Ferrari Roma dengan harga RM 968K+ di Malaysia, best ke tak?

  • Pemanduan yang selembut sutera; elegan
  • Nampak ‘low-profile’, sesuai untuk individu ‘gentleman’
  • Boleh dipandu harian

Dari pelayan restoran yang meminta kami untuk belanja bunyi ekzos, kepada pemandu yang memberi laluan secara ajaib tanpa perlu disuruh, dan tidak kurang daripada sedozen telefon kamera yang diacu kepada kami ala selebriti – pengalaman sebegini merupakan satu perkara yang janggal bagi di WapCar.

Maklumlah, biasanya kami menguji pandu kereta yang orang biasa beli. Tetapi hari ini, kami dapat merasa apa yang saya rasa secara peribadinya, simbol kejayaan sebenar. Ianya bukan Mercedes-Benz, bukan BMW, tetapi Ferrari. Terima kasih kepada Naza Italia, kami diberi peluang untuk menguji pandu Ferrari Roma, model grand tourer-nya.

Pengalaman La Dolce Vita

Ah, Ferrari. Ya, ia mahal dan menarik perhatian walaupun anda tidak mahu, tetapi ia juga mempunyai auranya tersendiri. Tengok saja pun dah teruja, inikan lagi duduk dah memandunya. Perasan gah itu memang ada, jauh lebih tinggi dari mana-mana jenama mewah tipikal dari Jerman.

Mungkin sebahagian daripada daya tarikan itu datang daripada bagaimana kami mengetahui jenama Ferrari melalui poster, siri Formula Satu, permainan video, mengumpul model kereta dan sebagainya.

Kemungkinan besar anda mempunyai poster F40 ini di dinding anda ketika itu

Maka tidak hairanlah, secara tradisional, Ferrari menjadi dambaan ramai orang di luar sana.

Aspek tradisional ini boleh dilihat serta dirasai pada Ferrari Roma. Pusat reka bentuk Ferrari, Centro Stile, mendapat inspirasi daripada model 50-an dan 60-an, yang menjelaskan mengapa walaupun dalam warna Blu Tour de France yang agak inkognito ini, garisan seksi Roma mengundang mata anda untuk memerhati setiap bahagian lengkungan yang licin dengan penuh perasaan terpesona.

Dengan enjinnya di hadapan, Roma dengan hardtop - kembar kepada Portofino M convertible – adalah kereta grand tourer (GT) sejati.

Terdapat tiga skrin besar secara keseluruhan: satu untuk pelarasan, satu untuk membaca vital, dan satu lagi untuk menakutkan penumpang

Ini adalah tombol gear ala 'gated-shifter'

Ferrari Roma merupakan model pasca IPO (dengan tanda NYSE yang sesuai, RACE), bermakna ia dilengkapi kelengkapan canggih seperti pemegang pintu elektronik, skrin gergasi, dan gugusan instrumen digital sepenuhnya.

Butang sentuhan haptik pada stereng amat responsif

i penumpang terkencing

Apabila Roma dipertunjukkan buat pertama kali kepada khalayak ramai, GT itu mendapat tepukan serta cemuhan serentak. Bagi mereka yang mencemuhnya, banyak menganggap keputusan Marenello untuk mencipta model itu dipengaruhi oleh para pemegang saham kerana ia nampak "lembut" berbanding model Ferrari lain yang agresif dan garang.

Lembut ke? Dusta!

Seperti banyak pahlawan papan kekunci di internet, ini semua hanyalah berdasarkan dakwaan palsu semata-mata. Lagipun, Roma adalah salah satu Ferrari bukan hibrid yang dihasilkan di Maranello.

Ini adalah fakta yang patut diraikan dalam dunia kita yang kian beralih ke tenaga elektrik. Enjin V12 dalam barisan Ferrari hampir berada pada evolusi terakhir mereka, dan apabila ianya dihentikan, kami yakin ia mungkin tidak akan kembali semula.

Kembali semula kepada Roma, rangkaian kuasa Roma sememangnya padu: anda akan mendengar bunyi gemuruh daripada ekzos apabila enjin dihidupkan, sebelum RPM turun ke bawah beberapa saat kemudian dengan elegan, membuatkan Roma menjadi tenang.

Enjin 3.9 liter V8 berpengecas turbo kembar dan transmisi automatik 8-kelajuan cukup lembut untuk membolehkan anda belayar dengan selesa (satu perbezaan penting), tetapi apabila anda menggunakan mod pemanduan Rosso...anda lebih baik mempunyai skil pemanduan yang cukup tangkas.

620 PS dan 720 Nm mungkin tidak “power” sangat macam 1,000 PS dalam Ferrari SF90 Spider hibrid ringan, tetapi seperti yang dibuktikan oleh peminat pemanduan, kelajuan tidak sama dengan keseronokan.

Ia lebih kepada bagaimana Roma terasa lengkap dan satu dengan trenkuasa, casis, stereng serta pengalaman pemanduannya. Tak kisahlah apa situasi sekalipun, sama ada untuk keluar malam di Bukit Bintang atau memandu ke Kuala Kubu Bharu – kami dapati Roma ini serba boleh sebagai sebuah kereta pemandu.

Walaupun butang maklum balas haptik mengingatkan anda kepada masa depan, stereng dengan ‘feel’ yang mantap dan responsif membolehkan anda merasa segala maklumbalas daripada tayar kepada pemandu.

Butang Manettino lima langkah bertukar-tukar antara mod pemanduan yang berbeza - Wet, Comfort, Sport, Race, dan ESC Off (yang digeruni). Walaupun kami telah mencuba kesemua mod pemanduan (kecuali ESC Off kerana itu sesuai di litar lumba) ketika uji pandu ini, mod Comfort atau Wet (jika hujan) adalah lebih sesuai untuk pemanduan harian, merasap segala lekuk dan liku di jalan dengan selesa.

Supercar yang mampu melakukan segalanya?

Mungkin anda rasa ayat di atas tidak masuk akal, tetapi anda perlu ingat bahawa interpretasi “segalanya” berbeza bagi setiap individu.

Bagi kami, maksud “segalanya” lebih kepada perwatakan dan karakter Ferrari Roma. Ia begitu santai apabila dipandu secara perlahan ataupun di bandar, tidak pernah berpura-pura menjadi sebuah kereta khas untuk trek, tetapi jika dan apabila anda memerlukannya – ia boleh melakukannya. Maklumlah, ini adalah Ferrari.

Tumpuan pada kebolehdiaman adalah jelas, dan Roma melakukan dengan elegan dan bergaya, tidak kira keadaan cuaca dan jenis pemanduan.

Walaupun ia dikira sebagai Ferrari “mampu milik” dalam barisan model yang dijual oleh Naza Italia (harga dari RM 968,000), kami yakin pelanggan pertama yang membelinya akan menjadi pelanggan setia pada masa akan datang.

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Ferrari Roma

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Ferrari Roma
Cek Lebih