Mamak Talk
The BMW 330i has good handling , the Mercedes C200 has a stylish interior. With the same budget, should I go for BMW or Mercedes?
39
Syarikat pengeluar motosikal tempatan, Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) bakal meningkatkan penawaran dalam segmen skuter menerusi pengenalan model Karisma 125S 2022 yang dijadual dilancarkan pada 24 Februari ini (Khamis).
Seperti tidak ingin berahsia, Modenas turut melancarkan satu video teaser yang menayangkan kelibat model berkenaan, baru-baru ini di laman sosial rasminya.
Juga baca: Modenas kemaskini pilihan warna untuk skuter Elegan 250 ABS, lagi ekslusif!
Pelancaran itu akan dihoskan oleh pengacara popular, Nazrudin Rahman secara maya FB LIVE pada jam 8 malam.
Sekalipun video berkenaan hanya menayangkan bahagian depan dan sisi skuter berkenaan, dapat dilihat Modenas Karisma 125S 2022 ini tampil dengan rekaan yang serba baharu berbanding Modenas Karisma 125 generasi terdahulu.
Ia selaras dengan 'tagline' untuk teaser berkenaan iaitu 'Kini tampil lebih BERGAYA & lebih TRENDY'!
Selain rekaan lampu depan yang bersegi menggunakan LED dan dilengkapi lampu siang DRL, ia turut datang dengan corak grafik yang lebih menarik.
Sebagai info, Modenas memperkenalkan Karisma 125 pada tahun 2016 lalu dan ia menggunakan platform skuter jenama terkenal Taiwan.
Tidak dapat dipastikan lagi mengenai spesifikasi penuh trenkuasa dan ciri-ciri menarik yang melengkapi skuter terbaharu ini namun apa yang diharapkan ia datang dengan ciri-ciri model termasuk dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
Tetapi apa yang amat diharapkan adalah penawaran harganya yang 'mesra rakyat'. Sama-sama kita nantikan.
Juga baca: Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
4