window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'!

Khairil · Dec 19, 2021 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 01

Malah rakan-rakan sepejabat, mahupun keluarga penulis juga bagaikan tidak percaya wujud cabaran seumpama itu yang disifatkan sebagai mendera diri dan cukup merbahaya. 

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 02

Dan ketika sesi 'briefing', bersama penganjur beberapa hari sebelum cabaran dimulakan, antara soalan yang dilontarkan penulis ialah bagaimana jika salah seorang peserta tidak lagi berupaya untuk melengkapkan cabaran berkenaan.

Begitupun dengan penjelasan yang diberikan penganjur berserta kata-kata semangat rakan-rakan peserta yang lain, keyakinan penulis kembali melonjak dan kegusaran juga menghilang.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 03

Selain penulis, turut terbabit adalah nama-nama terkenal dalam arena penulisan dan rebiu motosikal tempatan daripada akhbar utama dan laman web automotif terkemuka negara.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 04

Turut menyertai cabaran ini termasuklah pemilik Modenas Dominar D400 2021, pemilik Modenas Dominar D400 V1, bekas penguji motosikal, pemilik bengkel motosikal dan pelumba motocross.

Info ringkas, cabaran yang dilakukan Modenas ini seakan sama dengan cabaran 'Saddlesore 1000' yang dianjurkan oleh persatuan antarabangsa “Iron-Butt” 'punggung besi' yang berpengkalan di Amerika Syarikat. 

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 05

Untuk Modenas, apa yang mereka inginkan adalah mudah iaitu menguji sejauh mana kemampuan dan ketahanan penawaran terbaharu iaitu Modenas Dominar D400 2021.

Juga baca: Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'!

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 06

Berikut adalah sinopsis perjalanan mencabar kami:

Subang - Gurun (399 km)

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 07

Disifatkan sebagai tempoh 'bulan madu' kerana keadaan fizikal, mental para peserta masih kuat. Ketika melalui Pulau Pinang, keadaan sedikit sesak sebelum hujan turun di pertengahan jalan. Di Gurun, kami singgah berehat di kilang pemasangan Modenas disambut staf pengurusan di sana.

Gurun - Jerteh (315 km)

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 08

Peringkat yang boleh dianggap paling mengujakan kerana kami disajikan dengan pemandangan indah Banjaran Titiwangsa dan kawasan hutan simpan di Hutan Hujan Royal Belum, Perak.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 09

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 10

Tetapi perlu diingat, laluan di sini agak mencabar dan menguji kemampuan penunggang dan motosikal. Kami turut disapa kawanan gajah liar di tepi jalan. Mungkin terlalu fokus, penulis sebenarnya tidak dapat melihat haiwan berkenaan namun imejnya berjaya dirakam.

Jerteh - Kijal - Gambang (358 km)

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 11

Perjalanan diteruskan ketika laluan sedang sibuk kerana orang ramai pulang bekerja dan dipertengahan jalan ketika ingin memasuki LPT 2 menuju ke Gambang, keadaan sudah mulai gelap. Begitupun, perjalanan kami disapa dengan pemandangan indah pemandangan api marak menjulang di loji pemprosesan minyak di Kerteh.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 12

Gambang - Mersing - Simpang Renggam (327 km)

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 13

Meninggalkan Gambang, kami dapat melihat keadaan kilat yang mula sabung menyabung. Dan kurang setengah jam perjalanan, hujan turun selebat-lebatnya dan ia berterusan selama beberapa jam perjalanan kami. 

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 14

Ramai peserta yang tidak sempat menukar pakaian hujan termasuk penulis dan meneruskan perjalanan dalam keadaan basah. Tidak banyak dapat dilakukan selain daripada redha.
Selain hujan dan laluan sempit, antara cabaran lain adalah perlu memotong kenderaan berat termasuk treler malah ada kemalangan membabitkan kebakaran kereta berlaku di laluan berkenaan.

Simpang Renggam - Ayer Keroh - Sungai Besi (260 km)

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 15

Mungkin ramai yang menganggap menunggang dalam keadaan hujan lebat paling mencabar dalam cabaran ini namun bagi penulis, menahan rasa mengantuk di atas motosikal jauh lebih sukar terutama di lebuhraya.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 16

Macam-macam yang dilakukan termasuk menyanyi, menjerit dan apa saja yang difikirkan dibuat namun ia tidak. Mujur, tiada apa yang tidak diingini terjadi sebelum tiba di Hotel Concorde Kuala Lumpur dalam keadaan bergaya namun letih yang tidak terhingga.

Cabaran disempurnakan

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 17

Secara keseluruhan, kami berjaya menempuhi jarak lebih 1,600 km dalam masa 23 jam 8 minit yang meliputi beberapa laluan paling sukar, dan keadaan yang agak mencabar serta berpeluang melihat pemandangan seluruh Semenanjung Malaysia dalam satu pengembaraan.

Juga baca: Modenas Pulsar RS200 2021 sudah mula dijual, harga menarik RM 9,990!

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 18

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 19

Selesai cabaran, penulis sempat menemui dua peserta yang merupakan pemilik Dominar D400 yang baharu dan model sebelumnya iaitu Mahathir Che Ahmad dan Ng Wai Yip dan input yang diberikan oleh mereka sememangnya menarik untuk didengar.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 20

Mahathir Che Ahmad

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 21

Ng Wai Yip

Berikut adalah info yang diperoleh daripada mereka:

  • Gegaran enjin berkurangan berbanding model sebelumnya

Jika Modenas menggunakan model terdahulu untuk melakukan cabaran ini, mereka akui mungkin tidak mampu melakukannya berikutan gegaran yang datang daripada enjin 1 Silinder ini.

  • Lebih berprestasi

Kelajuan 'top' dan tork yang ada pada model ini juga dirasakan meningkat berbanding model sebelumnya.

  • Sistem suspensi lebih mantap

Penggunaan fork jenis terbalik (USD) bukan saja menambah 'kehenseman' model ini, namun meningkatkan kualiti pengendaliannya.  
Ia pastinya memberi lebih keyakinan ketika mengambil selekoh dan lebih stabil di laluan yang lurus.

  • Transmisi lancar

Menggunakan transmisi manual 6-kelajuan, model terbaharu ini dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S). Jadi proses penukaran gear bertambah lancar dan mudah.

Juga baca: Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877!

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 22

Sistem brek juga menjalankan tugasnya dengan baik dengan rotor dan cakera kini di sebelah kiri. Lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, ia memang memberi keyakinan tidak kira di laluan kering mahupun basah.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 23

Set tayar yang dibekalkan oleh spesifikasi kilang juga boleh dianggap baik. Terasa yakin di laluan kering dan di laluan basah, tidak terlalu 'membuang'.
Dan seperti yang diwar-warkan, lampu utama untuk Modenas Dominar D400 2021 sememangnya mantap. Ia cukup cerah dan kemampuannya diuji ketika perjalanan di waktu malam dalam keadaan yang sukar.

Kesimpulan

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 24

Melengkapkan Cabaran 1,600 km Modenas Dominar D400 ini sememangnya satu kejayaan peribadi yang cukup membanggakan buat penulis dan pastinya akan kekal di ingatan.

Sejujurnya bagi penulis, berada hampir 21 jam di atas motosikal Modenas Dominar D400 2021 ini tidak membuatkan punggung terasa terlalu kebas. Justeru, selain mampu menjadi motosikal tunggangan harian yang baik, ia sememangnya mempunyai kemampuan untuk melakukan cabaran ini.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 25

Dari pemerhatian penulis juga, tiada sebarang masalah berkaitan mekanikal berlaku sepanjang cabaran, jadi ia boleh dianggap satu pencapaian kerana perlu diingat, ini bukan penjelajahan santai. 

Dari sudut pengalaman dan kualiti tunggangan, penulis juga bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan-rakan yang turut sama berada dalam cabaran ini jadi tidak perlulah mengulangnya. 

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 26

Dan dengan kejayaan melengkapkan cabaran ini, ia membuktikan Modenas Dominar D400 2021 ini sememangnya padu dan tawaran yang cukup menarik.

Dengan spesifikasi yang ditawarkan Modenas D400 2021, janganlah membandingkan ia menjadi model terbaik atau paling 'kacak' di atas jalan raya termasuk dalam kelasnya sekalipun ia tidak kalah dari sudut itu mempunyai 'aura' sebagai model 'big bike'.

Juga baca: Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k!

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 27

Dijual pada harga RM 13,997 (asas) tanpa pendaftaran dan cukai jalan bersama dua pilihan warna yang menarik iaitu Savanna Green dan Charcoal Black. Setiap pembelian datang dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km (mana satu tiba dahulu).

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 28

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 29

Malah dengan penawaran harga yang cukup berpatutan ini, ia sememangnya cukup mesra rakyat marhaen seperti 'tag line' Modenas. Justeru, ia sememangnya pilihan yang cukup berbaloi.

Takluk cabaran 1,600 km, 24 Jam dengan bergaya, bukti Modenas Dominar D400 2021 memang 'padu'! 30

Terima kasih diucapkan kepada Modenas atas peluang yang diberi dan jika sudi, jemputlah kami di WapCar lagi.

Jom kita layan video daripada Modenas mengenai cabaran ini laman Facebook rasmi mereka di bawah.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda