window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k!

Khairil ยท Nov 9, 2021 10:00 AM

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k! 01

Di pasaran Thailand, penawaran untuk motosikal 'Sport touring' aras mula meningkat menerusi penawaran terbaharu daripada jenama Bajaj dari India dengan kehadiran Bajaj Dominar 250 2021.

Harga yang ditawarkan untuk model yang dibawa masuk menerusi pengimport, VROOM Thailand itu adalah 105,000 baht (RM 13,199).

Juga baca: Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k! 01

Pilihan warna yang ditawarkan adalah:

  • Hitam
  • Merah

Dari sudut reka bentuk atau dimensi, Bajaj Dominar 250 sama seperti 'abangnya' Bajaj Dominar 400 atau Modenas Dominar D400 di Malaysia dengan teknologi yang digunakan juga sama termasuk dari sudut suspensi mahupun sistem brek.

Juga baca: Modenas Pulsar RS200 2021 sudah mula dijual, harga menarik RM 9,990!

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k! 02

Justeru dari sudut suspensi, Bajaj Dominar 250 menggunakan fork jenis terbalik (USD) 37 mm dengan penyerap hentak tunggal Nitrox boleh laras di bahagian belakang.

Brek pula menggunakan cekera tunggal bersaiz 300 mm di roda depan (Dominar 400 320 mm) dan cakera tunggal 230 mm (belakang) bersama kaliper Bybre lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k! 03

Seperti Dominar 400, dimensi Dominar 250 juga sama iaitu jarak roda 1,453 mm, jarak lega Bumi pula 157 mm dan ketinggian pelana setinggi 800 mm. Sistem ekzos Dominar 250 juga menggunakan sistem ekzos tunggal dengan mufler berkembar.

Juga baca: Modenas Pulsar NS200 ABS 2021 dikemaskini, harga asas kekal RM 9.7k!

Dari sudut trenkuasa, Dominar 250 menggunakan enjin bersesaran 248 cc, 4 Lejang, 4 Injap, 1 Silinder, DOHC, DTS-i, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dan digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac Assist & Slipper.

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k! 04

Kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 26.6 Hp pada 8,500 rpm dan tork 23.5 Nm pada 6,500 rpm.

Apa yang menjadi perbezaan ketara selain trenkuasa antara Dominar 250 dan 'abangnya' adalah saiz tayar yang digunakan. Untuk roda hadapan, ia menggunakan set 100/80-17 dan belakang 130/70-17. Sebagai perbandingan, Dominar 400 menggunakan set roda 110/70-17 (depan) dan 150/60-17 (belakang).

Juga baca: Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang!

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k! 05

Ciri-ciri lain adalah penggunaan sistem lampu LED penuh, panel meter berkembar LCD dengan panel utama memaparkan maklumat seperti spidometer, takometer, baki paras bahan api, jarak tunggangan dan informasi lain.

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k! 06

Informasi menarik lain adalah tangki bahan api 13 liter dengan berat kasar yang hampir sama dengan Dominar 400 iaitu 180 kg.

Apa yang lagi menarik, jaminan yang ditawarkan oleh pengeluar adalah selama tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000 km dan lima tahun atau 50,000 km untuk sistem Suntikan Bahan Api.

Bajaj Dominar 250 2021 mendarat di Thailand, fork USD, ABS, harga RM 13k! 07

Selain itu, servis percuma juga ditawarkan selama tiga tahun atau jarak perbatuan 30,000 km.

Juga baca: Modenas Dominar D400 serba baharu dilancar, fork USD, spesifikasi dipertingkat, harga asas RM 13,997!

Tidak diketahui sama ada Modenas berminat untuk membawa masuk Dominar 250 ke pasaran tempatan namun jika ia tiba, ia pastinya sesuatu pilihan yang menarik untuk dipertimbangkan.

Sumber: mthai

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda