window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'!

Khairil · Oct 2, 2021 08:00 PM

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 01

Sebagai model yang baru dilancarkan, pelawaan Modenas untuk menunggang uji model paling berkuasanya iaitu Dominar D400 2021 yang tampil dengan naik taraf signifikan cukup kami alu-alukan. 

Apa tidaknya, berdasarkan rebiu 'otai-otai' di arena automotif dua roda tanah air terhadap versi sulungnya yang dilancar pada 2018, rata-ratanya menyebut ia adalah sebuah motosikal 'Sport touring' yang mantap dan 'syok' ditunggang.

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Justeru, ia sememangnya mengundang keterujaan terutama buat kami yang boleh disifatkan sebagai 'nubis' di arena ini.

Seperti diketahui, Modenas Dominar D400 ini adalah model 'rebadge' syarikat pengeluar motosikal India, Bajaj Auto Ltd. Jadi dari sudut kualiti binaan dan trenkuasanya, usahlah ia dipertikaikan terutama menerusi penggunaan enjin yang diperoleh hasil kerjasama dengan syarikat terkemuka Austria, KTM.

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 01

Sebagai makluman, enjin yang sama turut digunakan dalam pelbagai model KTM termasuklah KTM 390 Duke dan RC 390.

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 02

Sekalipun spesifikasi trenkuasanya hampir sama dengan model terdahulu iaitu enjin 373 cc, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, ia tidak lagi menggunakan SOHC namun DOHC. Dilengkapkan dengan teknologi DTS-i, angka kuasanya kini meningkat kepada 40 PS (berbanding 35 PS) untuk versi sebelumnya dengan angka tork kekal 35 Nm.

Juga baca: Tunggang uji ringkas Modenas Pulsar RS200 2021. Jujur, ia 'syok' ditunggang!

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 03

Perubahan lain yang amat ditunggu-tunggu pula adalah seperti penggunakan fork jenis terbalik (USD), brek depan radial dengan kaliper di sebelah kiri dan penambahan panel meter yang memaparkan kedudukan gear.

Dan selepas menunggang uji model terbaharu ini secara ringkas, ini ulasan yang dapat kami kongsikan.

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 04

Reka bentuk

"Tidak banyak boleh diulas mengenai reka bentuk Dominar D400 2021 ini kerana ia sememangnya cukup mirip model terdahulu namun apa yang penting, ia masih 'relevan' di jalan raya. Ditambah dengan penggunaan fork USD dan sistem ekzos muncung berkembar yang baharu, ia sememangnya menambahkan 'kehenseman' rekaan motosikal ini secara keseluruhan. Selain kelihat gagah dan memiliki aura 'big bike', bagi kami juga ia nampak mahal dan premium.

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 05

"Dan selain nampak hebat, bunyinya juga datang daripada ekzos serba baharu itu berjaya untuk mencetuskan rasa 'syok'."

Juga baca: Modenas Pulsar RS200 2021 sudah mula dijual, harga menarik RM 9,990!

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 06

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 07

Prestasi enjin

"Peningkatan 5 PS yang diperoleh pada versi terbaharu Dominar D400 ini sekalipun nampak kecil, namun jelas memberi perbezaan. Yang utama, ia dapat menghadirkan rasa sensasi menunggang motosikal berkuasa tinggi. 

"Kuasa yang dimiliki oleh Dominar D400 2021 memang boleh dianggap cukup baik dalam kelasnya. Tiada perasaan lelah ketika pendikitnya dipulas dengan kuasanya tersedia di setiap gear dan cukup 'responsif'. Gagal mengawal nafsu, boleh 'meroket' jawabnya.

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 08

"Dengan bantuan klac Assist & Slipper, penukaran gear juga lancar. Di lebuhraya, tiada masalah langsung untuk Dominar D400 2021 ini berada di laluan tengah (jangan amalkan). Menunggang di kesesakan jalan raya dan bandar juga tidak mendatangkan masalah kerana ia cukup 'agile' dan mudah dikendalikan.

"Tunggangan pada waktu malam pasti bukan sesuatu yang menakutkan bersama Dominar D400 2021 ini. Seperti yang didakwa Modenas, pencahayaannya memang cukup mengagumkan dan cukup terang. Malah boleh menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan merasa sedikit jengkel kerana Modenas mendakwa ia boleh menyuluh sejauh 15 km."

Juga baca: Modenas Kriss 110 DB dikemaskini - brek cakera, pengecas USB, harga RM 3,877!

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 09

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 10

Tunggangan dan pengendalian

"Bermula dengan posisi tunggangan, ia boleh dikatakan ergonomik dan bagi penulis yang berbadan agak sasa, ia cukup selesa.

"Penggunaan fork USD bukan saja menambah 'hensem', tapi turut mendatangkan senyuman dari sudut pengendalian. Ia cukup stabil terutama ketika mengambil selekoh. Dilengkapi dengan penyerap hentakan tunggal Nitrox boleh laras di suspensi belakang, ciri-ciri itu berupaya meningkatkan kualiti tunggangan menepati kehendak masing-masing.

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 11

"Mengikut citarasa penulis, hentakan yang dirasai ketika melalui jalan tidak rata sedikit keras namun ia sememangnya sudah dijangka dan boleh difahami. 

"Tidak kira menunggang dengan santai atau agresif, ia memang memuaskan. Mungkin ada sedikit gegaran di terotel namun ia tidak mendatangkan masalah kerana ia masih boleh diterima dan tidak terlalu menjengkelkan."

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 12

Keselamatan dan ciri-ciri lain

"Dari sudut kuasa membrek, sistem yang dipadankan dengan Modenas Dominar D400 2021 ini boleh dianggap mencukupi. Tampil dengan perubahan posisi cakera radial di sebelah kiri, prestasi sistem brek cakera brek bersaiz 320 mm di hadapan dan 230 mm di belakang serta dilengkapi sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran ini dapat dirasai.

"Dan tidak lagi datang dengan satu panel meter, naik taraf terbaharu turut menyaksikan  penambahan panel meter di bawah meter utama menjadikan ia kini lengkap dengan petunjuk gear. Nampak remeh tapi cukup dialu-alukan."

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 13

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 14

Konklusi 

Ingin ditegaskan, dengan penawaran harga RM 13,997 (asas), sukar untuk mana-mana model menandingi penawaran daripada Modenas Dominar D400 2021 ini. Dan dengan apa yang ditawarkan, kami boleh sifatkan ia sememangnya pilihan yang hebat.

Untuk persoalan sama ada ia sesuai untuk kegunaan harian, jawapannya ya tetapi ia juga mempunyai keupayaan untuk menjadi motosikal 'all rounder' yang baik. Ia bermakna jika anda mahu mengembara, konvoi jarak jauh, motosikal ini mempunyai apa yang diperlukan.

Rebiu Modenas Dominar D400 2021, berprestasi, spesifikasi padu, harga 'marhaen'! 15

Sekalipun respon yang diperoleh daripada 'netizen' ketika ia dilancarkan jelas tidak begitu mengujakan dan ramai memandangnya dengan 'sebelah mata', tetapi bagi kami, ia ibarat pepatah yang baru direka, 'hanya yang tahu saja tahu'.

Tak percaya, anda cubalah sendiri.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda