window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi...

Khairil · Apr 9, 2023 04:00 PM

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 01

Tiba dengan reputasi yang cukup gah, banyak tumpuan diberikan kepada Royal Enfield Hunter 350 (2023) apabila ia mendarat di pasaran Malaysia, baru-baru ini.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 02

Kepada yang tak tahu, Royal Enfield Hunter 350 adalah penyandang anugerah motosikal terbaik di India, dan sekalipun baru 'setahun jagung' di pasaran, sudah lebih 1 juta unit motosikal ini didakwa berada di atas jalan raya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 01

Malah lebih menakjubkan, ia turut didakwa mempunyai tempahan dengan angka yang sama di negara kelahirannya, India dan 'kejayaan' itulah diharapkan pengedar eksklusifnya, Didi Group di pasaran tempatan.

Juga baca: Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k!

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 02

Sebagai model yang dinanti-nantikan, Royal Enfield Hunter 350 diperkenalkan pada harga asas bermula RM 22k di Malaysia (jauh lebih mahal berbanding di India).

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 03

Dan tak sampai sebulan di pasaran, kami di Wapcar berpeluang untuk menguji motosikal selama beberapa hari, baru-baru ini. Jadi adakah ia mampu menjadi 'hits' dan mencipta sensasi seperti di India? Ini pandangan kami. Jom.

Rekaan - Gabungan retro, moden yang 'ngam', seimbang

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 04

Susah nak menafikan yang rekaan, gaya retro moden yang dibawa Royal Enfield Hunter 350 sebagai kekuatan utama motosikal ini dan tak susah untuk mengenali Hunter 350 adalah produk buatan Royal Enfield.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 05

Ia memiliki lenggok rekaan yang tipikal dan memang sinonim dengan Royal Enfield yang diasaskan di Britain, bertemakan retro dan klasik menerusi penggunaan lampu berbentuk bulat, bukan saja di lampu utama, malah belakang dan signal.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 06

Sebagai motosikal dalam segmen 'Urban roadster', Hunter 350 boleh dikatakan kompak dan penggayaan moden itu dikuatkan lagi menerusi rekaan tangki, bahagian belakang lebih pendek serta rekaan ekzos yang sporty. 

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 07

Untuk meningkatkan lagi 'rasa' moden itu, pelbagai komponen termasuk enjin 'dihitamkan' (elemen krom diminima) dan penggunaan rim sukan bersaiz 17 inci turut meningkatkan ciri itu. 

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 08

Bahagian panel meter, sekalipun masih berbentuk bulat namun menggunakan sistem digital LCD bersama analog dan paling utama, skema warna yang ditawarkan memang menjadi antara kekuatan Royal Enfield.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 09

Di Malaysia, dua varian Royal Enfield Hunter 350 (Metro Dapper dan Metro Rebel) bersama enam pilihan warna berbeza ditawarkan. Perincian seperti berikut:

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 10

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 11

Prestasi - Trenkuasa yang lancar, tapi kurang 'umph'

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 12

Dipacu enjin bersesaran 349 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara/Minyak, Suntikan Bahan Api bersama transmisi 5 kelajuan klac manual, kuasa yang dihamburkan oleh Royal Enfield Hunter 350 sepatutnya boleh diagak. Sekalipun sesarannya enjinnya nampak sihat, tetapi percayalah ia memang tak dapat mengujakan anda (terutama penunggang otai).

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 13

Begitupun bagi penulis, dapat dirasakan yang Hunter 350 lebih responsif berbanding dua 'saudaranya', Classic dan Meteor 350. Dengan pemetaan terotel yang berbeza, Hunter 350 memberikan respon terotel yang lebih baik, dan mungkin terbaik dalam kelasnya.

Juga baca: Royal Enfield Malaysia catat 500 % pertumbuhan jualan tahun lalu, lancar Pusat Pameran 3S terbaharu di Pulau Pinang!

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 14

Berbalik kepada hantaran kuasa Hunter 350, memulas saja terotel, penulis sudah dapat menjangkakan kemampuan motosikal ini.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 15

Apapun jangan terpedaya, kuasa tork motosikal ini boleh menyebabkan anda sedikit terkejut dengan hantaran kuasa di awal yang agak baik sekalipun keterujaan itu cepat hilang apabila ia dikerah dengan kuat. 

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 16

Untuk mencapai kelajuan 120 km/j, ia bukan sesuatu yang sukar tetapi ia tidak mahu pergi lebih laju selepas angka itu (sekurang-kurangnya buat penulis yang berbadan sasa).

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 17

Apapun, sebagai motosikal yang mementingkan gaya, Hunter 350 juga cukup sesuai untuk tunggangan bandar, ia sememangnya tiada masalah kerana anda tidak memerlukan 'top' atau kelajuan di kawasan seperti ini.

Tunggangan - Tak susah dikendalikan, senang dikawal, selesa

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 18

Selepas beberapa hari menguji motosikal ini, penulis dapat merasakan antara kekuatan Hunter 350 adalah pengendaliannya yang baik. Untuk motosikal yang kerangkanya dihasilkan dengan bantuan teknologi Harris Performance, ia memang 'syok' ditunggang.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 19

Dari sudut posisi tunggangan, Hunter 350 bagi penulis cukup ergonomik yang menjadikan pengendaliannya dirasakan cukup mudah. Aktiviti meredah laluan sesak, 'mencilok' juga bukan masalah buat motosikal ini.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 20

Sistem suspensi menjalankan tugasnya dengan baik, terutama ketika mengambil selekoh tapi bagi menulis, ia agak keras dan mendatangkan rasa kurang selesa ketika melalui jalan tak rata.

Untuk tunggangan di lebuh raya pula, ia tak mendatangkan penat yang ketara sekalipun menunggangnya agak lama. Ini mungkin berikutan kedudukan peg kaki yang nampak 'tepat' dan dengan penulis yang memiliki ketinggian 172 cm, ia rasa cukup selesa.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 21

Seperti motosikal 'roadster' lain memang mudah dikawal, mungkin sama seperti 'Super moped' (motosikal memiliki tuil klac), tak liar dan sesuai mereka yang berjinak-jinak dalam dunia motosikal yang agak besar.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 22

Dan kerana ia tidak memiliki kuasa yang menakutkan, ia juga cukup sesuai kepada golongan wanita yang teringin untuk melakukan aktiviti penjelajahan atau konvoi dua roda bersama rakan-rakan, budaya dan aktiviti yang kian diikuti dan diminati ketika ini.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 23

Lebih menarik, selain untuk 'beginner' dan wanita, Hunter 350 mungkin sesuai untuk penunggang berusia yang tidak lagi mahukan kelajuan, namun mahu merasai kembali keseronokkan menunggang.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 24

Tipikal motosikal silinder tunggal, gegaran yang terhasil daripada enjin memang diakui agak terasa namun masih boleh diterima, terutama jika anda memakai sarung tangan.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 25

Sekali lagi perlu diingatkan, berikutan kemampuannya terutama dari sudut kuasa agak terhad, ia mungkin kurang sesuai untuk perjalanan jarak terlalu jauh terutama kepada mereka yang sudah biasa dengan jentera berkuasa kerana tempoh perjalanan akan menjadi lama.

Selain itu, sebagai model yang tiba dengan lencana Royal Enfield, Hunter 350 memang sebuah motosikal yang berkualiti. Kualiti binaan, komponen dan aksesori yang digunakan boleh dipuji serta tak nampak murah.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 26

Dari sudut penggunaan bahan api, sekalipun tak diuji secara spesifik, ia memang boleh dijangka kerana ia tidak boleh dikerah dengan begitu kasar dan sistem brek juga cukup baik, terutama dengan kaliber yang dimiliki motosikal ini.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 27

Tetapi apa yang penting, bunyi yang dihasilkan ekzos boleh boleh dikatakan 'sedap' bagi penulis.

Kesimpulan

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 28

Dijual pada harga asas bermula RM 22k, memang tak adil menyatakan Hunter 350 mampu menjadi 'hits' seperti di India di mana harga jualannya diketahui cukup murah (setaraf super moped di Malaysia).

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 29

Selain harga, ada pelbagai lagi faktor mengapa Hunter 350 cukup laris di India, sesuatu yang tidak berlaku di sini di mana kapcai masih lagi raja.

Rebiu Royal Enfield Hunter 350 (2023): Penampilan mengujakan, kacak, kualiti padu tapi... 30

Tetapi kepada yang sudah bosan dengan rekaan kapcai atau skuter, mahukan kelainan, keseronokkan menunggang, gaya, kualiti tunggangan tinggi, Royal Enfield Hunter 350 memang boleh menjadi pilihan terbaik anda tapi perlu diingat, sekalipun ia tak laju, anda masih perlu memiliki lesen 'B' penuh terlebih dulu.

Juga baca: Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda