window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu!

Khairil · Jun 11, 2023 08:00 PM

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 01

Mengikuti debut global di India sekitar Mac tahun lalu, Royal Enfield Scram 411 memang tak menunggu masa lama, hanya sekitar enam bulan untuk dibawa masuk Royal Enfield Malaysia di bawah pengurusan Didi Group ke pasaran tempatan.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 02

Tiba sebagai antara model terbaharu ditawarkan Royal Enfield Malaysia serba baharu, Royal Enfield Scram 411 boleh dikatakan antara model yang memimpin semula kebangkitan populariti jenama global itu di pasaran tempatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 01

Selain kekuatan jenama, antara daya penarik motosikal ini pastinya menerusi penawaran harga yang boleh dikatakan cukup 'syok' bermula RM 26,900, RM 27,100 dan RM 27,400.

Juga baca: Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k!

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 02

Kepada yang tak tahu, Royal Enfield adalah jenama asal United Kingdom yang kini menjadi milik syarikat India. Dan ketika ini, ia adalah jenama semi premium terlaris di pasaran dunia.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 03

Selain status, populariti model ini bukan saja disebabkan harganya yang boleh dikatakan menarik, tetapi kualiti binaan dan paling dipuji adalah penggunaan 'casis' yang dibangunkan teknologi Haris Performance.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 04

Baru-baru ini, kami di Wapcar diberi peluang untuk 'melayannya' selama beberapa hari. Jadi nak tahu apa pandangan kami mengenai motosikal ini? Jom layan rebiu ini.

Rekaan - Klasik, 'simple' dan seimbang

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 05

Seperti diketahui, Royal Enfield Scram 411 dihasilkan menerusi inspirasi model lasak jenama itu, Royal Enfield Himalayan yang berjaya mencipta populariti tersendiri sebelum ini.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 06

Rekaannya seperti biasa dan tipikal Royal Enfield tampil dengan elemen klasik dan retro, namun pada masa sama agresif ala scrambler.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 07

Sekalipun turut membawa gaya lasak, Royal Enfield nampaknya seperti tidak mahu ia terlalu menonjol dan menariknya, seimbang.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 08

Dan lebih menarik, Royal Enfield mempunyai 7 pilihan warna menarik yang boleh dipilih untuk Scram 411 yang turut membezakan penawaran harganya (Spesifikasi, ciri sama).

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 09

Pilihan warna untuk harga asas RM 26,900

Bergaya retro, panel meter Scram 411 berbentuk bulat dan menggunakan gabungan analog dan digital. Bagi penulis, ia memang menambah ciri retro itu sendiri dan dari susut penggunaan, ia mudah dilihat, termasuk ketika waktu malam. 

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 10

Pilihan warna untuk harga asas RM 27,100

Kepada yang masih rasakan standard tak cukup dan  mahukan ia menjadi lagi kacak, pasangkan saja dengan beberapa aksesori tulen dari Royal Enfield antaranya 'pannier' dan ia 'auto' nampak lagi 'umph'.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 11

Pilihan warna untuk harga asas RM 27,400

Secara keseluruhan, mungkin ada yang tidak menggemari rekaan agak retro + lasak seperti ini tetapi bagi penulis, ia kelainan yang mengujakan. Dan percayalah, bagi penukis, makin lama dipandang, makan menarik dilihat.

Trenkuasa - Jangan harapkan 'bulan bintang' tapi boleh diharap!

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 12

Dipacu enjin 411 cc, 1 Silinder, 2 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Udara/minyak, SOHC, kemampuan yang dijana motosikal ini diakui bukan luar biasa dan memang boleh dijangka.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 13

Dengan kuasa 23.9 Hp pada 6,500 rpm dan tork 32 Nm pada 4,500 rpm, ia bukanlah sebuah jentera yang dicipta untuk kelajuan.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 14

Dan berada di atas jalan raya, perlu diingat dan boleh dikatakan tidak memberikan anda sensasi menunggang sebuah jentera berkuasa.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 15

Sebelum terlupa dan sedikit istimewa buat Wapcar, kami diberikan unit tunggang uji yang sudah siap dengan beberapa modifikasi termasuk di bahagian ekzos. Jadi prestasinya sudah meningkat sedikit.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 16

Sistem transmisi masih menggunakan kotak gear 5 kelajuan tetapi ia tidak mendatangkan masalah. Tiada ciri seperti klac 'Assist', tetapi penukaran gear tetap lancar.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 17

Sesuatu yang perlu diakui juga, enjinnya memang terasa sedikit kasar jadi kepada yang sudah lama dengan motosikal buatan Jepun, anda akan mendapati tidaklah begitu lancar.

Juga baca: 6 faktor 'best' mampu buat anda terpikat dengan Royal Enfield Scram 411!

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 18

Tetapi jangan salah anggap, ia masih baik dan tetap responsif.

Dari sudut kualiti dan ketahanan trenkuasanya pula, fikirkan seperti ini. Adakah motosikal yang dibina untuk kegunaan  di India, yang terkenal dengan 'kelasakan' tidak mempunyai ketahanan yang boleh diharapkan.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 19

Tak dilengkapi dengan pelbagai ciri kawalan tunggangan elektronik canggih, tak salah untuk menyatakan Royal Enfield Scram 411 sebagai asas tetapi seperti kebanyakan motosikal yang 'simple' lain, ia tetap menyeronokkan.

Tunggangan - Tipikal Royal Enfield, rilek dan santai

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 20

Seperti rekaannya, Royal Enfield Scram 411 memang direka untuk boleh mengharungi laluan lasak, tapi bagi kami, janganlah ia dilenjan secara ganas.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 21

Ini kerana pada pandangan penulis, motosikal ini lebih 'serasi' untuk tunggangan 'touring' atau pengembaraan jarak jauh.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 22

Dan antara sebabnya adalah tak seperti Himalayan, Royal Enfield Scram 411 dipadankan dengan rim 19 inci (depan) bagi kami, ia lebih sesuai untuk tunggangan yang agak sporty dan lebih syok ditunggang melakukan aktiviti penjelajahan di laluan tarmac.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 23

Tetapi sekali lagi kami ingatkan, jangan mengharapkan ia mampu membawa anda sehingga jauh melebihi had laju kebangsaan seperti jentera berkuasa tinggi.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 24

Mengulas sistem suspensi, apa yang dipadankan kepada Scram 411 ini diakui mampu menyerap hentakan yang terhasil daripada kualiti jalan seperti permukaan bulan dan menariknya, tidak mudah hilang kawalan.

Tetapi bagi penulis, untuk jalan di Malaysia, 'setup' kilang adalah sedikit lembut terutama suspensi belakang.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 25

Menggunakan kerangka yang dihasilkan 'pakar', ia sememangnya menghasilkan tunggangan yang berkualiti, tiada olengan pelik dapat dirasai.

Dipadankan dengan set roda dengan karakter 'dual purpose', ia tidaklah namun sedikit bising ketika melalui jalan tarmac. Tetapi, ia tidaklah sehingga mengganggu.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 26

Penulis sempat melayan selekoh mendaki ke Genting Highland dan dapat dinyatakan, ia bukanlah sebuah jentera padu untuk melayan selekoh, tapi tetap berkemampuan.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 27

Dan dengan kuasa yang ada, mendaki puncak Genting Highland juga tidak mendatangkan kesukaran tetapi seperti dijangka, enjinnya perlu sedikit dikerah untuk mendapatkan rasa sensasi terutama di kecerunan tinggi.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 28

Apa yang digemari lagi adalah rekaan dan posisi pelana yang besar dan tidak begitu tinggi.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 29

Untuk seseorang yang berbadan agak sasa seperti penulis, ia boleh dikatakan cukup selesa dan pastinya tidak bermasalah untuk mengharungi perjalanan jarak jauh. Dan lebih menarik, pembonceng juga merasai sensasi yang sama.

Menurut Royal Enfield, pelana yang dipadankan kepada Scram 411 ini adalah pembaikan daripada model Himalayan jadi ia sesuatu yang boleh dijangka.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 30

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 31

Untuk sistem henti, sekalipun hanya dipadankan dengan brek cakera tunggal bersaiz 300 mm, 2 piston (depan) dan cakera 1 piston di belakang, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, kemampuan membrek motosikal ini memang boleh diharapkan.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 32

Tetapi seperti pengulas luar negara nyatakan, jika ada ciri nyahaktif ABS roda belakang seperti Himalayan, ia pastinya cukup baik.

Apa kurang 'syok'?

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 33

Sebagai model yang 'layan' dibawa menjelajah, tiada visor angin memang sedikit menjengkelkan dan mengganggu kualiti tunggangan.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 34

Bagi penulis, penggunaan visor untuk motosikal seperti ini adalah 'harus' tidak kisah ia daripada jenama 'ori' mahupun 'after market' dan anda perlu serius mengdapatkannya untuk melakukan aktiviti penjelajahan. (Percayalah cermin mata hitam jenama 'R..ban' tak membantu).

Menunggang pada kelajuan bawah 110 km/j tidak mendatangkan sebarang isu namun jika dikerah lebih daripada itu, ia mungkin sedikit kurang selesa.

Kesimpulan

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 35

Dihasilkan Royal Enfield untuk menghuni segmen yang boleh dianggap mampu milik namun berada dalam kelasnya tersendiri, bagi kami Scram 411 menjalankan tugasnya dengan baik.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 36

Bagi penulis, perlu diakui, ia mampu memikat pelbagai golongan, dan boleh dibawa untuk tunggangan seharian atau mahu berseronok di hujung minggu atau apabila diperlukan.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 37

Lebih menarik, ia juga sesuai dijadikan motosikal pemula sebelum beralih kepada segmen yang lebih berkuasa, terutama jika anda berminat dengan segmen ADV touring.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 38

Tidak seperti model Himalayan yang peminatnya mungkin terdiri daripada penggemar 'hardcore' ADV, Scram 411 memberikan kelainan dan sekaligus menjadikan prospek pemilikannya juga meluas.

Rebiu Royal Enfield Scram 411: Gandingan unik retro, 'garang', kelainan yang ditunggu-tunggu! 39

Dan dengan apa yang ditawarkan, bagi kami kepada yang sedang mencari, tidak salah untuk anda mencubanya.

Juga baca: Royal Enfield kini tersedia di Dreamshop, ada pelan pembayaran mudah tanpa faedah 0%!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda