window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'?

Khairil · Apr 1, 2023 08:00 PM

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 01

Terkejut kami di Wapcar dan rakan media lain apabila pihak Boon Siew Honda (BSH), Januari lalu menghantar jemputan ke Pulau Pinang bagi pelancaran sebuah model baharu yang akhirnya didedahkan sebagai Honda ADV 160 (2023).

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 02

Mungkin mahukan kelainan, tetapi dari sudut lain, ia turut menunjukkan betapa pentingnya Honda ADV 160 kepada BSH.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 01

Tiba sebagai model pengganti kepada skuter yang masih hangat permintaannya, Honda ADV 150 (pengeluaran dihentikan), kehadiran Honda ADV 160 di Malaysia memang perlu menunggu lama, sekitar beberapa bulan selepas debut globalnya di Indonesia.

Juga baca: Honda ADV 160 (2023) 'mendarat' di Malaysia, ganti ADV 150, ada HSTC, harga asas RM 12.9k!

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 02

Yakin dengan kemampuan dan prospek dimiliki Honda ADV 160, pihak media turut diberikan peluang untuk menguji ringkas skuter itu ketika pelancaran, termasuk meredah laluan lasak ringan merentasi bendang di Pulau Pinang.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 03

Dan selepas beberapa bulan di pasaran, pihak BSH akhirnya memberi peluang buat Wapcar mengujinya secara lebih mendalam selama beberapa hari. Jadi nak tau input yang kami peroleh? Jom.

Rekaan - Nampak sama tapi jangan terpedaya, kekal padu

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 04

Perlu diakui, jika sekilas pandang atau tak diperhatikan secara terperinci, memang tak nampak perbezaan ketara rekaan Honda ADV 160 dan Honda ADV 150.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 05

Ia memang 'menyakitkan', terutama ia turut membabitkan peningkatan harga tetapi hakikatnya, pembaharuan Honda ADV 160 boleh dikatakan bersifar total dan apa yang mustahak, ia kekal menarik dan mengujakan.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 06

Tipikal rekaan skuter, motosikal ADV 160 ranggi, rekaan lampu depan lebih 'menjeling' garang dan seperti mampu meredah apa saja. Penggunaan skema warna juga memang serasi dan Honda meningkatkan penampilannya dengan penggunaan warna seperti warna 'gangsa' di beberapa bahagian panel bagi meningkatkan penampilannya.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 07

Tiba sebagai skuter aras rendah, mengulas ringkas kualiti binaan Honda ADV 160, sama seperti model buatan Honda lain memang perlu diakui baik tapi tiada apa yang sempurna bukan.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 08

Harga Honda ADV 160 

  • RM 12,999 (asas) (Ketika pelancaran)

Prestasi - Peningkatan yang diharapkan

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 09

Dijana enjin baharu eSP+, 156.9 cc, 4 Injap, (149.3 cc, eSP, 2 Injap - Honda ADV 150), Honda ADV 160 seperti namanya diberikan talaan berbeza oleh pihak Honda berbanding skuter menggunakan enjin sama jenama sama sebagai contoh, Honda Vario 160.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 10

Dan hakikat yang perlu diakui, Honda ADV 160 memang tak dicipta untuk kelajuan, namun lebih kepada kualiti tunggangan dan keselesaan. Untuk penulis yang berbadan sasa, kelajuan paling tinggi diperoleh hanya sekitar 120 km/j.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 11

Jika dibandingkan dengan ADV 150, kuasa yang dimiliki Honda ADV 160 dirasakan lebih 'punchy' dan peningkatan tork juga dapat dirasa.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 12

Pulasan terotel juga rasanya lebih ringan dan hantaran kuasa linear (untuk kelasnya).

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 13

Perlu kami maklumkan, perbezaan yang diperoleh bukanlah terlalu ketara atau namun jika anda pemilik atau pernah menggunakan Honda ADV 150, dijamin anda boleh merasainya.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 14

Sebelum mengulas lebih lanjut, selain trenkuasa, jom layan perubahan lain Honda ADV 160 dan ADV 150:

  • Panel badan, depan, sisi, belakang berubah sepenuhnya.
  • Dimensi (Panjang x lebar x tinggi) kekal namun tinggi berubah - 1,196 mm (ADV 160), 1,153 mm (ADV 150).

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 15

  • Kapasiti storan bawah pelana lebih besar - 30 liter berbanding 28 liter (ADV 150)

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 16

  • Tangki bahan api lebih besar - ADV 160 (8.1 liter), ADV 150 (8 liter)
  • Posisi pelana lebih landai, rendah - 780 mm (ADV 160), 795 (ADV 150)

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 17

  • Panel meter - Butang pengaturan terpisah dan diposisi antara bar 'handle' dan panel meter.
  • Visor angin lebih tinggi
  • Port pengecas USB lebih pantas 5V 2,1A
  • Ada kawalan traksi - Honda Selectable Torque Control (HSTC) -  Boleh dinyahaktif

Tunggangan - Memang kekuatan ADV 160

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 18

Sekalipun hanya beberapa hari bersama skuter bergaya lasak ini, dengan sesi ujian yang agak terbatas, apa yang tak dapat dinafikan adalah menunggangnya memang 'syok'.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 19

Perlu diakui, selain rekaan yang menjadi daya penarik, kekuatan Honda ADV 160 ini memang adalah kualiti tunggangannya. Jika anda baru dengan skuter, dan beralih daripada kapcai, perubahannya memang tidak ketara terutama dari sudut posisi tunggangan namun beralih kepada keselesaan, ia memang terasa.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 20

Turut dikenali sebagai skuter 'Urban ADV, ia memang tak susah nak dibawa di kawasan bandar yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas. Dalam bahasa mudah, 'mencilok' bukan satu masalah besar.

Sistem suspensi, terutama di hadapan mungkin pada pandangan penulis sedikit keras (tipikal Honda) namun suspensi belakang (Showa siap 'Subtank') menjalankan tugas dengan baik terutama ketika ada pembonceng.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 21

Sekalipun penulis boleh dikatakan memiliki 'badan' yang sasa, tak susah untuk melayan selekoh dengan Honda ADV 160. 

Seperti dinyatakan, sistem HSTC boleh dinyahaktif dengan hanya menekan satu butang dan ia memang memudahkan terutama kepada mereka yang berminat melakukan aktiviti 'off-road' ringan. Tetapi perlu diingat, perlu ada 'skil' untuk melakukannya.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 22

Untuk penulis, sistem HSTC penting terutama ketika mengambil selekoh dan ia dapat dirasai. Tetapi kepada yang tak gemar dengan sistem ini, jangan bimbang, ia memiliki ciri untuk dinyahaktif tapi pada pendapat kami, ia memang satu peningkatan ciri yang menarik.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 23

Sekalipun tak laju, Honda ADV 160 diakui memang sesuai untuk aktiviti 'touring'. Penjelajahan jarak jauh memang bukan satu masalah kerana dengan Honda ADV 150, memang sudah ramai melakukannya.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 24

Dan sekalipun menggunakan tayar jenis 'dual purpose', getaran yang terhasil tak begitu terasa atau boleh mendatangkan jengkel.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 25

Untuk sistem henti, brek yang dipadankan (cakera depan belakang) juga menjalankan tugasnya dengan baik sekalipun ABS yang ditawarkan hanya satu saluran.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 26

Berbalik kepada berkemampuan meredah laluan lasak ringan, untuk skuter yang dibeli pada harga belasan ribu ringgit, perlu dinyatakan hanya yang betul-betul 'kering' (hati) atau berpoket tebal untuk melakukannya.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 27

Benar jangan menjadikan kenderaan sebagai hamba kepada pemilik, tetapi jika rosak, pemilik yang akan pening kepala. Dan nasihat kami, jangan mencari masalah dan perlu diingat, ada ilmu untuk melakukannya dengan gembira.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 28

Turut dipadankan dengan visor angin boleh laras, ia memang membantu tetapi jika ada produk 'after market' yang menawarkan hadangan lebih tinggi, penulis akan memilihnya. 

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 29

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 30

Selain kualiti tunggangan yang baik, apa yang menambah 'kekuatan' skuter ini adalah beberapa lagi ciri seperti penggunaan sistem kunci pintar yang memang memudahkan, sistem 'Start-stop' dan kapasiti tangki bahan api yang agak besar.

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 31

Menurut Honda, dua unit kunci diberikan kepada pembeli dan ia memang bagus.

Kesimpulan

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 32

Menjadi pendahulu atau 'benchmark' kepada skuter bergaya 'lasak', persaingan yang dimiliki Honda ADV 150 memang tinggi dan kehadiran ADV 160 yang datang dengan pelbagai pembaharuan adalah jawapan Honda untuk menangkis 'serangan' itu. 

Rebiu Honda ADV 160 (2023): Betul ke jadi lagi layan, 'syok'? 33

Dijual pada harga RM 12,999 (asas), perlu diakui Honda ADV 160 bukan model yang 'marhaen'. Tetapi seperti Honda ADV 150, ia nampaknya bukan menjadi faktor penentu utama pembelian skuter ini kerana pembeli memang nampak teruja dengan kehadirannya.

Juga baca: Honda ADV160 (2022) buat debut 'premiere' di Indonesia, ada HSTC, harga mula RM 10.6k!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda