KTM menerusi jentera RC16 membuktikan kejaguhan jentera mereka di litar basah dengan menakluk perlumbaan Grand Prix (GP) Indonesia 2022 di Litar Mandalika, semalam menerusi bintangnya, Miguel Oliveira.
Agak menakutkan, perlumbaan sulung MotoGP di Mandalika itu pada awalnya hampir dibatalkan susulan hujan lebat yang menyaksikan jaguh Honda, Marc Marquez terlepas aksi di litar selepas kemalangan ketika sesi pemanas badan.
Juga baca: 'Kepakaran' Malaysia ditagih, SIC hantar staf, marshal bantu Litar Mandalika anjur MotoGP Indonesia!
Tetapi selepas penangguhan panjang, perlumbaan diteruskan dengan Oliveira yang memulakan saingan di petak ketujuh berjaya mencelah untuk berentap di barisan depan dan selepas beberapa kali pendahulu berpindah tangan, pelumba kelahiran Portugal itu melepasi garisan penamat selaku juara.
Sekalipun jentera KTM dilihat mempunyai 'kelebihan' di litar basah, Oliveira berkata permulaan sempurna di petak perlumbaan sebagai faktor utama kemenangannya di Mandalika.
"Tanpa permulaan yang bagus perlumbaan ini pasti berbeza untuk saya. Saya benar-benar tidak dapat melihat apapun di belakang pelumba lain," kata Oliveira. "Dengan semua percikan dan air hujan di visor, jelas sukar untuk saya melihat garisan dan menjadi tepat.
"Selain itu, keadaan itu pasti menyukarkan saya untuk menilai tahap cengkaman. Saya fikir pada penghujung perlumbaan, saya mendapat pemahaman yang lebih dan sekuat mana saya boleh memberi tekanan.
"Tetapi untuk berlumba sebanyak 20 pusingan dalam pusingan atau membandingkan dengan latihan amat berbeza. Agak baik, saya memperoleh permulaan yang hebat dan selepas saya mengikuti Jack (Miller), saya dapat memahaminya dengan lebih baik."
Juga baca: Selepas isu 'konten', perlumbaan ATC di Mandalika batal gara-gara tak cukup 'marshal'!
Memulakan perlumbaan di petak utama, penyandang juara dunia dari Yamaha, Fabio Quartararo sedikit bergelut dalam keadaan litar basah namun masih berjaya meloloskan diri selaku pemenang podium.
Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba pasukan satelit Ducati, Johann Zarco dari pasukan Pramac Ducati sekaligus mengecewakan 'pakar litar basah', Jack Miller (Ducati Lenovo) dari Australia.
Prestasi menakjubkan turut ditampilkan pelumba 'rookie' pasukan WithU Yamaha RNF, Darryn Binder yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 sekaligus mengumpul mata pertamanya di MotoGP musim ini.
Juga baca: Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah!
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP22) (Tak habiskan perlumbaan)
Andrea Dovizioso (ITA) WithU Yamaha RNF (YZR-M1) (Tak habiskan perlumbaan)
Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V) (Tak mulakan perlumbaan)
* Pelumba rookie
Sumber imej: FB Red Bull Motorsports, FB Monster Energy Yamaha MotoGP, FB Pramac Racing
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}