window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah!

Khairil Β· Mar 21, 2022 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah! 01

Dibayangi seorang lagi pelumba berbakat negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril di IATC, Hakim Danish menamatkan saingan di tangga kelima keseluruhan.

Tetapi perlu diingat, Hakim Danish baru berusia 13 tahun ketika itu dan pada musim ini, pelumba kelahiran Terengganu itu akhirnya gah melakar kemenangan sulungnya di IATC 2022 di Mandalika, Sabtu lalu.

Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah! 02

Dan bukan satu kemenangan yang dapat diraih, namun Hakim Danish yang juga juara pertama SIC MiniGP kelas 160cc pada 2020 turut menyapu bersih kedua-dua perlumbaan yang ditawarkan di pusingan 2 itu, semalam.

Juga baca: Kempunan podium IATC 2022 di Qatar, pelumba cilik Malaysia sasar 'bangkit' di Mandalika

Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah! 03

Sebagai rekod, perlumbaan IATC dibarisi pelumba berbakat dari seluruh Asia termasuk dari Jepun, Australia dengan kejuaraan musim lalu menjadi milik pelumba Jepun, Taiyo Furusato yang musim ini beraksi Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia.

Danial Syahmi yang menamatkan saingan di tangga kedua keseluruhan pula mewakili Honda di Kejuaraan Moto3 CEV di Eropah.

Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah! 04

Mengulas kemenangannya di Mandalika, Hakim Danish berkata perancangan awalnya adalah untuk menempatkan diri di barisan depan ketika kelayakan dan ia berjaya dibuat sekalipun kelayakan berlangsung dalam keadaan hujan. 

"Untuk kemenangan pertama saya, saya amat gembira tapi, saya masih cuba untuk mempertingkatkan lagi tunggangan saya dan cuba lagi memperbaikinya," katanya yang memimpin perlumbaan seawal pusingan pertama sehingga garisan penamat.

Juga baca: Pelumba negara, Danial Syahmi lakar bangga, naib juara keseluruhan ATC 2021!

Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah! 05

Pada perlumbaan kedua, Hakim Danish diberikan tentangan lebih sengit sebelum mendahului perlumbaan di dua pusingan terakhir. 

"Terima kasih kepada yang doakan saya, keluarga, mekanik, pasukan dan kepada semua yang menyokong saya," katanya yang kini turut merampas carta keseluruhan IATC 2022 daripada pelumba Jepun, Shinya Ezawa dengan mengumpul keseluruhan 72 mata.

Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah! 06

Kejayaan cemerlang Hakim Danish di Mandalika mendapat ucapan tahniah daripada seluruh rakyat Malaysia termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Selepas berakhir pusingan kedua di Mandalika, perlumbaan IATC 2022 akan ke Litar Twin Ring Motegi, Jepun yang dijadual pada 23-25 September diikuti Litar Antarabangsa Chang, Thailand (30 September- 2 Oktober) bagi Pusingan 4.

Juga baca: Selepas isu 'konten', perlumbaan ATC di Mandalika batal gara-gara tak cukup 'marshal'!

Kejayaan Hakim Danish di Mandalika cipta kagum, menteri ucap tahniah! 07

Pusingan 5 akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 21-23 Oktober sebelum Litar Mandalika sekali lagi menjadi venue penutup tirai yang dijadual dari 11-13 November.

Sumber imej: FB Asia Talent Cup
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda