window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan!

Khairil ยท Apr 2, 2021 11:00 AM

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan! 01

Kejayaan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli menaiki podium pada kedua-dua perlumbaan 1 dan 2 Asia Talent Cup (ATC) di Qatar minggu lalu adalah di luar jangkaan dan sememangnya cukup membanggakan.

Pada perlumbaan pembuka tirai ATC di Litar Antarabangsa Losail minggu lalu, Hakim yang berusia 14 tahun mencipta kejutan apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Kejayaan sama kemudian diulang pada perlumbaan kedua.

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan! 02

Hakim Danish (kanan)

Sebagai info, Hakim adalah pemenang dalam kelas 160 cc di SIC MiniGP tahun lalu sekaligus memberinya peluang untuk beraksi di perlumbaan berprestij menggilap pelumba muda berbakat iaitu di ATC pada musim ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai insan yang boleh dianggap sebagai mentor kepada Hakim, Pengurus Program SIC MiniGP, Zulfahmi Khairuddin memuji kesungguhan dan pengorbanan pelumba cilik berkenaan dan kejayaan di Qatar itu disifatkan sebagai di luar jangkaan.

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan! 01

"Kita bertuah kerana ada pelumba seperti Hakim Danish," katanya yang juga pengurus pasukan ZK Racing yang mengendalikan SIC MiniGP bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC). "Dia memenangi kelas 160 cc dan selepas itu kami mengambilnya untuk berlatih di litar Sepang.

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan! 02

"Dia langsung tak balik ke rumahnya di Terengganu sejak tiga bulan lalu. Daripada situ, kita tahu yang dia seorang pelumba sangat berdisplin, memberi sepenuh komitmen dalam latihan dan disebabkan itu, dia menunjukkan peningkatan dari hari ke hari.

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan! 03

"Sebelum ke Qatar, kami sudah membuat persediaan yang sangat mantap dan saya yakin Hakim Danish akan buat kejutan di Qatar tetapi tak sangka yang dia boleh berada di podium. Dia sudah menunjukkan potensi dengan meraih podium, bukan sekali tapi dua kali. Satu keputusan baik dan ia bagus untuk SIC MiniGP kerana mempunyai seorang juara yang beraksi di peringkat antarabangsa."

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan! 04

Selain Hakim, turut mewakili Malaysia pada ATC 2021 adalah dua lagi pelumba muda berbakat besar Danial Syahmi Ahmad Shahril dan Sharul Ezwan Sharil.

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan! 05

Di ATC, mereka perlu bersaing dengan pelumba muda berbakat Asia lain antaranya dari Jepun, Thailand, Indonesia, Australia dan Qatar yang turut terpilih beraksi dalam perlumbaan berkenaan.

Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan! 06

Pada aksi di Qatar minggu lalu, pelumba Jepun, Taiyo Furusato membuktikan kejaguhannya dengan memenangi kedua-dua perlumbaan. Perlumbaan 3 dan 4 ATC 2021 dijadualkan pada minggu ini.

Sementara itu, sesi pemilihan peserta bagi Kejohanan SIC MiniGP Musim ke-2 baru saja berakhir minggu lalu yang menyaksikan seramai 25 bakat muda terpilih menyertai program berkenaan yang dijadual bermula pada Jun hingga September ini.

Sumber berita/imej: Berita Harian, Facebook ATC, Zulfahmi Khairuddin

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda