window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelumba negara, Danial Syahmi lakar bangga, naib juara keseluruhan ATC 2021!

Khairil · Nov 22, 2021 08:00 PM

Pelumba negara, Danial Syahmi lakar bangga, naib juara keseluruhan ATC 2021! 01

Selepas kempen tak menentu bagi perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) 2021, pelumba muda berbakat negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril membuktikan kemampuannya dengan menamatkan saingan di tangga kedua keseluruhan.

Pada perlumbaan pusingan terakhir di Litar Mandalika Indonesia minggu lalu, pelumba Jepun, Taiyo Furusato gah dinobat sebagai juara keseluruhan selepas membolot kemenangan dalam kesemua tujuh perlumbaan yang berlangsung.

Juga baca: Selepas isu 'konten', perlumbaan ATC di Mandalika batal gara-gara tak cukup 'marshal'!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelumba negara, Danial Syahmi lakar bangga, naib juara keseluruhan ATC 2021! 01

Danial yang terpaksa berpuas hati di tangga kedua menamatkan saingan sebagai naib juara dalam lima perlumbaan termasuk lima perlumbaan terakhir berturut-turut.

Seorang lagi pelumba Jepun, Gun Mie menamatkan saingan di tangga ketiga keseluruhan dengan dua lagi pelumba negara yang turut beraksi, Hakim Danish Ramli dan Sharul Ezwan Sharil masing-masing di tangga ke-5 dan ke-7 keseluruhan.

Juga baca: Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC!

Pelumba negara, Danial Syahmi lakar bangga, naib juara keseluruhan ATC 2021! 02

Tetapi malang bagi Hakim Danish, dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal pada perlumbaan berkenaan selepas mengalami kemalangan pada perlumbaan kelima di Mandalika.

Juga baca: Prestasi Hakim Danish luar biasa, kejayaan di Qatar luar jangkaan!

Selain dibelenggu pandemik Covid-19, perlumbaan ATC di Mandalika turut diganggu oleh masalah ketiadaan 'marshal' dua minggu lalu dan perlumbaan pusingan terakhir turut dibelenggu oleh masalah cuaca yang tidak menentu.

Pelumba negara, Danial Syahmi lakar bangga, naib juara keseluruhan ATC 2021! 03

Tidak pernah mengenal erti putus asa, semangat yang dimiliki Danial Syahmi sememangnya mengagumkan rakyat Malaysia dengan anak muda pernah dipalit kemalangan ngeri pada 2018 lalu yang mengakibatkan kakinya terpaksa dibedah lebih 15 kali.

Pelumba negara, Danial Syahmi lakar bangga, naib juara keseluruhan ATC 2021! 04

"Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih terutama kepada keluarga saya. Semua kejayaan podium ini adalah untuk mereka," kata Danial. 

"Saya sudah mencuba yang terbaik. Mungkin tiada nasib untuk saya merasa kemenangan di sini. Mungkin pada tahun depan, saya mahu dapat lebih podium dan kemenangan. 

Juga baca: Kemaruk nak 'unboxing' menjelang WSBK di Mandalika, bos Ducati mengamuk!

Pelumba negara, Danial Syahmi lakar bangga, naib juara keseluruhan ATC 2021! 05

"Sebelum saya kembali beraksi di ATC, sasaran saya adalah kedudukan tiga terbaik keseluruhan. Jadi untuk saya mendapat tempat kedua keseluruhan membuatkan saya amat gembira," katanya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda