window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC!

Khairil ยท Nov 18, 2021 11:59 AM

Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC! 01

Selepas dipalit pelbagai isu tak diingini, Litar Mandalika Indonesia akhirnya memohon bantuan pakar daripada Malaysia bagi melancarkan operasinya menjelang perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK), hujung minggu ini.

Memetik laporan media negara jiran itu, seramai 19 marshal terlatih dari Malaysia diterbangkan khas untuk membantu Mandalika Grand Prix Association (MGPA) sempena penganjuran perlumbaan berprestij berkenaan.

Juga baca: Selepas isu 'konten', perlumbaan ATC di Mandalika batal gara-gara tak cukup 'marshal'!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC! 01

Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika merasmikan Litar Mandalika

Litar Mandalika sebelum ini dipalit isu mengakibatkan perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) yang sepatutnya berlangsung minggu lalu namun dibatalkan gara-gara ketiadaan petugas yang mencukupi mengikut piawaian ditetapkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan promoter, Dorna Sport. 

Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC! 02

Ia sekaligus mencetus persoalan mengenai kemampuan litar berkenaan yang turut dipalit isi 'konten' untuk menganjurkan acara bertaraf antarabangsa sebesar WSBK. 

Seperti sedia maklum, marshal di Malaysia terbukti berkemampuan malah sering dipanggil membantu perlumbaan besar di negara serantau termasuk Formula 1, MotoGP dan WSBK di Thailand dan Singapura.

Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC! 03

Difahamkan, menurut laporan Kompas, MGPA ada meminta bantuan daripada Litar Sentul di Indonesia namun berikutan tempoh waktu yang terlampau singkat, hanya doa dikirimkan kembali oleh Pengarah Litar Sentul, Rio Sarwono.

Juga baca: Kemaruk nak 'unboxing' menjelang WSBK di Mandalika, bos Ducati mengamuk!

“Mereka (Mandalika) minta bantuan, tapi untuk minggu ini, sudah terlalu singkat. Kira tidak boleh lakukan apa-apa. Malah jika tidak berhasil, nanti yang dipersalahkan adalah Sentul. 

Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC! 04

"Dengan berbaki empat hari, kami tidak mampu untuk membantu mereka. Oleh kerana itu, kami membantu doa saja."

Menurut sumber yang diperoleh daripada tmcblog, Litar Antarabangsa Sepang akan menerbangkan 19 marshal ke Lombok sehingga perlumbaan berakhir pada hari ini.

Juga baca: Rasmi, Litar Mandalika dapat 'lampu hijau' jadi perlumbaan tutup tirai WSBK 2021!

Bantuan tiba, 19 marshal Malaysia dikerah bantu Mandalika anjur WSBK, ATC! 05

Gambar hiasan

Marshal yang dihantar adalah yang terpilih dan sering dihantar ke negara jiran lain untuk membantu perlumbaan MotoGP dan F1 seperti di Buriram dan Singapura.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda