Proton baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan kereta elektrik pertama menjelang tahun 2027. Menariknya, seorang pembaca yang bernama Cornelius sebentar tadi baru menjumpai kelibat Geely Emgrand GSe di sekitar Shah alam.
Juga baca: Proton akan debut kereta elektrik EV sendiri menjelang 2027, ambil asas model Geely mana?
Berdasarkan pemerhatian kami, Emgrand GSe berwarna putih ini menggunakan plat nombor dagangan yang sama pada unit ujian Iriz dan Persona facelift sewaktu mereka belum lagi dilancarkan. Perkara ini adalah petanda bahawa Proton betul-betul hendak mengetengahkan elektrifikasi.
Juga baca: Proton SAHKAN pelan untuk kereta hibrid & elektrik, EV di Malaysia bawah RM 100k tak mustahil
Menariknya, Geely Emgrand GS adalah model lama yang mana ia diperkenalkan pada tahun 2016 dan GSe sendiri sudah ada sejak tahun 2018. Jadi, tidak mustahil kalau ia tidak masuk ke produksi Proton.
Dari segi nadi, Emgrand GSe dikuasakan oleh motor elektrik 163 PS/250 Nm tork dan pek bateri berkapasiti 52 kWj. Jarak memandu di bawah kitaran NEDC adalah sejauh 353 km, manakala mengecas (30% - 80%) menggunakan pengecas pantas 60 kW hanya memakan masa setengah jam. Satu pengecasan penuh melalui 220 V pula mengambil masa 9 jam.
Apapun, Proton masih ada 5 tahun untuk mencapai cita-cita EV mereka dan kali ini, mereka betul-betul perlu mengambil serius daripada membiarkannya begitu sahaja.
Juga baca: Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}