window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020!

Haris · Jul 25, 2020 12:00 PM

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 01

Di Malaysia, kurangnya kesedaran mengenai kereta elektrik. Namun begitu, Proton pernah memasang impian menerajui penghasilan kereta elektrik. Impian Proton ini sememangnya berasas namun seperti biasa, hanya disedari pada zaman ini.

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 02

Oleh itu, tidak keterlaluan bagi kami jika kami menyatakan bahawa Proton Iriz EV adalah salah satu daripada kereta yang mendahului zaman. Kereta ini boleh menjadi kayu ukur kemajuan anak tempatan dalam pembangunan teknologi. Namun sayang seribu kali sayang, wang ringgit ternyata mempengaruhi kemajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 01

Kami berpeluang melihat sendiri teknologi yang ada pada Proton Iriz EV ini. Kereta ini yang ditayangkan pada tahun 2015 ternyata mampu menandingi model-model kereta elektrik masa kini. Agak mengejutkan!

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 02

Proton Iriz EV ini didakwa mempunyai jarak pemanduan sehingga 300 km dengan bateri berkapasiti 39.6 kWh. Sebagai perbandingan, kereta elektrik masa kini mempunyai kapasiti bateri yang lebih rendah, misalnya Honda E (35.5 kWh) dan Mini Cooper SE (32.6 kWh).

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 03

Pengecasan dilakukan melalui soket Type 1 (pada penutup pengisi minyak) untuk pengecasan AC 6.6 kW dan soket CHAdeMO untuk pengecasan pantas DC 50 kW.

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 04

Penyongsang (inverter) ditutup dengan penutup plastik menggunakan pita pelekat. Kami menemui motor elektrik berkuasa 158 PS dengan 360 Nm tork yang menggerakkan roda depan berada pada bawah panel plastik tersebut.

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 05

Untuk perbandingan, Nissan Leaf mempunyai 108 PS kuasa and 253 Nm tork. Bacaan kuasa pada Proton Iriz EV ternyata jauh lebih tinggi. Bayangkan, semua ini adalah teknologi yang dibangunkan anak tempatan 5 tahun lepas, bukan hari ini!

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 06

5 tahun dahulu, nampaknya Proton telah mendahului zaman. Entah di mana salah silapnya, projek ini digugurkan. Mungkin begitulah caranya sejarah dan kemajuan mati. Dalam kerakusan nafsu pelabur.

Proton Iriz EV: kereta yang mendahului zaman. Lebih maju daripada kereta elektrik tahun 2020! 07

Lebih menyedihkan, kereta ini dilelong untuk memberi laluan kepada model akan datang. Begitulah nilai kereta ini akhirnya. Adakah anda bersetuju kereta (dan teknologi) ini dilelong begitu sahaja?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda