window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Iriz RX – senjata 600 PS/840 Nm untuk berentap di European Rallycross Championship 2022

Faisal · Apr 7, 2022 09:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, harapan Proton untuk bertanding dalam kejohanan rallycross antarabangsa belum lagi musnah kerana Team RX Racing sudah berjaya mendapat Iriz yang mereka mahukan untuk tahun 2022. Secara teknikal, Iriz RX ini dibangunkan oleh Tony Bardy Motorsport (TBM) dengan kerjasama pakar rali sukan motor Proton iaitu Mellors Elliot Motorsport (MEM). Jentera ini dibina di Derbyshire.

Juga bacaProton Iriz RX Supercar - 600 PS untuk takluk World Rallycross Championship 2021

Proton Iriz RX – senjata 600 PS/840 Nm untuk berentap di European Rallycross Championship 2022 01

Kiranya, Iriz RX adalah satu-satunya Proton Iriz yang dipasang di luar Malaysia. Harganya sahaja tidak kurang dari RM 775,000. Dari segi asas, Iriz RX menggunakan platform sama seperti kereta rali Iriz R5 tetapi dengan rangka badan baru yang dikhaskan untuk perlumbaan rallycross.

Juga baca'Malaysia Boleh', di sebalik tabir kereta lumba rali Proton Iriz R5 yang bernilai RM 960k!

Proton Iriz RX – senjata 600 PS/840 Nm untuk berentap di European Rallycross Championship 2022 02

Mengikuti piawaian Supercar, enjin 2.0L turbo pada Iriz RX dijangka menghembuskan 600 PS dan 840 Nm tork. Secara teknikal, enjin ini mungkin bernadikan 4B11 dari Mitsubishi yang mana ia menguasai Lancer Evolution X. Enjin sama pada Iriz R5 sendiri diturunkan kapasiti kepada 1.6L bagi menepati piawaian perlumbaannya.

Juga bacaLegenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?

Kalau tidak dihadkan, enjin-enjin ini mampu menghasilkan sehingga 1,000 PS dan 1,500 Nm tork. Pecutan 0 -100 km/j pula boleh dicapai kurang dari 2 saat, lebih laju daripada kereta Formula One.

Juga bacaPerbandingan: Proton Iriz R5 vs Satria Neo 2000, kereta rali manakah yang anda pilih ?

Proton Iriz RX – senjata 600 PS/840 Nm untuk berentap di European Rallycross Championship 2022 03

Pasukan Team RX Racing secara amnya akan menandingkan Iriz berprestasi tinggi ini dalam Motorsport UK British Rallycross Championship 5 Nations Trophy dan FIA European Rallycross Championship. Apapun untuk FIA World Rallycross Championship, Iriz RX tidak berkesempatan kerana kejohanan itu kini hanya untuk jentera berkuasa elektrik sahaja.

Proton Iriz RX – senjata 600 PS/840 Nm untuk berentap di European Rallycross Championship 2022 04

Mengenai Team RX Racing, pasukan sukan motor rallycross ini terdiri daripada orang Irish yang pernah dinobatkan sebagai juara British Champion 2007 iaitu Ollie O-Donovan dan anaknya sendiri, Patrick.

Proton Iriz RX – senjata 600 PS/840 Nm untuk berentap di European Rallycross Championship 2022 05

Menurut beliau sendiri, Iriz RX ternyata jauh lebih mantap dan ujian yang dibuat setakat ini belum menunjukkan potensi yang sebenar.

Juga bacaIni kisah Proton Putra Rali! Siapa kata Proton buang sejarah?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda