Renault Group dan Geely Auto telah memeterai perjanjian langganan dan perkongsian usaha sama (JV). Ini akan menyaksikan Geely memegang 34.02% daripada jumlah modal saham terbitan Renault Korea Motors (RKM).
Kumpulan Renault akan kekal sebagai pemegang saham majoriti dalam RKM, dan akan terus menyatukan entiti itu sepenuhnya.
Kerjasama ini terjadi selepas pengumuman bersama kedua-dua syarikat sebelum ini pada Januari 2022. Renault dan Geely akan menghasilkan barisan kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan model enjin pembakaran dalaman (ICE) yang serba baru ke pasaran Korea Selatan dan luar negara.
Baca juga: Geely uji sedan hibrid berkuasa metanol dengan suhu cecah - 40 darjah, tiada sebarang isu!
Kenderaan baru ini menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) milik Geely, dan juga akan dikuasakan oleh rangkaian kuasa hibrid Geely. Sementara itu, Renault dan RKM akan menyumbang "teknologi termaju mereka, kepakaran dalam reka bentuk dan pengalaman pelanggan, untuk melebihi jangkaan pasaran tempatan."
Rangkaian akan datang akan dihasilkan di kemudahan RKM semasa di Busan, Korea Selatan, dengan ramalan jumlah pengeluaran akan bermula pada 2024. Kereta ini akan dijual melalui rangkaian jualan dan selepas jualan RKM sedia ada.
Baca juga: Proton X70 generasi seterusnya? Geely Boyue 2022 serba baru dilihat buat kali pertama, platform CMA
"Peningkatan modal ini mencerminkan keyakinan kukuh oleh Geely Holding Group dan Renault Group terhadap potensi kukuh pasaran Korea Selatan yang akan meningkatkan lagi pelan Renault Group “Renaulution plan”.
"Kedua-dua syarikat komited sepenuhnya kepada Renault Korea Motors dengan memperkenalkan portfolio produk baru yang akan membawa kepada bahagian pasaran yang lebih besar dalam pasaran domestik Korea Selatan sambil meneroka peluang pasaran eksport," kata syarikat itu dalam satu kenyataan bersama.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}