window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely uji sedan hibrid berkuasa metanol dengan suhu cecah - 40 darjah, tiada sebarang isu!

Faisal ยท Mar 23, 2022 03:00 PM

Geely uji sedan hibrid berkuasa metanol dengan suhu cecah - 40 darjah, tiada sebarang isu! 01

  • Geely uji unit produksi sedan hibrid berkuasa metanol yang pertama di dunia
  • Teknologi NordThor Power Hybrid milik Geely Auto berjaya bendung isu menghidup enjin dalam cuaca sejuk
  • Pengurangan kadar pelepasan CO2 cecah 70%

Geely dengan bangganya mengumumkan bahawa ujian yang mereka buat terhadap sedan hibrid berkuasa metanol yang pertama di dunia adalah positif. Unit yang digelar sebagai Methanol Hybrid Emgrand ini juga tidak mengalami isu penghidupan enjin pada suhu sejuk.

Untuk makluman anda, Methanol Hybrid Emgrand milik Geely ini menggunakan asas Geely Emgrand generasi keempat yang mana ia dilancarkan pada akhir tahun lalu. Sedan segmen B ini dibangunkan berasaskan platform B-segment Modular Architecture (BMA) dari Geely Auto, sama seperti Proton X50.

Secara teknikal, Emgrand yang berkuasa metanol ini merupakan salah satu hasil daripada pelaburan jangka masa panjang Geely terhadap pembangunan kenderaan metanol yang bernilai RM 3 bilion.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely uji sedan hibrid berkuasa metanol dengan suhu cecah - 40 darjah, tiada sebarang isu! 01

Sebelum ini, para penyelidik sudah putus asa dengan isu menghidupkan enjin pada suhu sejuk tetapi masalah itu berjaya diselesaikan oleh teknologi hibrid NordThor Power milik Geely (sebelum ini dikenal sebagai Leishen Power).

Mengenai Geely Methanol Hybrid Emgrand

Jentera ini dikuasakan oleh enjin metanol 1.8L NA yang menghasilkan 132 PS dan 175 Nm tork. Motor elektrik (136 PS, 320 Nm) yang dipadankan memberikan gabungan output sebanyak 370 PS dan 495 Nm tork.

Sumber kuasa ini diurus oleh Dedicated Hybrid Transmission (DHT) yang mempunyai 3 kelajuan. Pada kelajuan rendah, ia menggunakan motor elektrik. Enjinnya pula berfungsi sebagai penambah jarak pandu (range-extender).

Juga bacaGeely Emgrand 2022 serba baharu dilancarkan di Filipina, sedan RM65k untuk menyaingi Vios dan City

Geely uji sedan hibrid berkuasa metanol dengan suhu cecah - 40 darjah, tiada sebarang isu! 02

Pecutan 0 – 100 km/j mengambil masa 8.8 saat dan berdasarkan kitaran WLTP, Geely mendakwa bahawa jentera ini menggunakan metanol serendah 9 liter/100 km.

Kalau diikutkan dengan metanol di China yang berharga 3 RMB per liter (~RM 2), memandu untuk setiap 100 km memakan kos sekitar 27 RMB (~RM 18).

Geely uji sedan hibrid berkuasa metanol dengan suhu cecah - 40 darjah, tiada sebarang isu! 03

Untuk pengetahuan anda, kadar pelepasan CO2 buat kenderaan metanol Geely dikatakan 70% lebih rendah berbanding model yang berkuasa petrol.

Malah, ujian terhadap Geely Emgrand berkuasa metanol bukan hibrid yang dibuat di Iceland sebelum ini sudah mencapai kadar pelepasan CO2 serendah 46 g per 100 km. Kalau anda nak tahu, kadar ini sendiri lebih rendah daripada kenderaan elektrik di kebanyakan negara.

Secara amnya, Geely berancang untuk membawa kenderaan berkuasa metanol ke penarafan EU supaya trenkuasa ini dapat diketengahkan di pasaran Eropah. Lagipun, ini juga salah satu daripada usaha untuk mencapai kadar karbon neutral.

Juga bacaProton bakal menggunakan Geely Emgrand sebagai model CKD baru - ganti Persona atau Preve?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia