Berikutan kesesakan trafik yang semakin teruk di Jambatan Pulau Pinang sejak kebelakangan ini, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di sana telah menggesa Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan semula perkhidmatan feri.
Menurut Pengerusi Gerakan, waktu puncak dan ketika cuti umum adalah paling gentir kerana jumlah kenderaan pada waktu itu adalah paling banyak. Kalau berlaku kemalangan, lagilah.
Sekiranya perkidmatan feri dilaksanakan semula, paling tidak pun pada waktu puncak, pengguna sekurang-kurangnya ada pilihan lain seandainya laluan jambatan mengalami kesesakan. Contohnya dari jam 6 – 10 pagi dan 4 – 9 malam.
Pada masa yang sama, beliau sempat mengulas bahawa keputusan kementerian yang menamatkan perkhidmatan feri untuk kenderaan empat tayar sejak 1 Januari 2021 adalah sesuatu yang tidak dirancang dengan tetiti. Sebagai kerajaan, kementerian sepatutnya mengutamakan rakyat berbanding isu kos pengangkutan awam.
Juga baca: Feri ikonik Pulau Pinang akan diubahsuai jadi restoran dan muzium terapung!
Sejak merentas negeri dibenarkan, Jambatan Pulau Pinang merekodkan penggunaan sehingga 61,000 kenderaan setiap hari. Bayangkan betapa sesaknya ia boleh jadi kalau ada kemalangan.
Juga baca: Trafik Jambatan Pulau Pinang semakin sesak, perkhidmatan feri digesa kembali beroperasi
Sumber: Sinar Harian
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}